ada apa dengan cinta
yang hanya manis
pada mulanya•
•
L U T H Z A R I E L
•
•Mata aku jatuh pada anak di dalam dukungan Rania. Dari tadi aku hanya mendiamkan diri saat melihat anak itu. Sampai... aku paksa Farid yang azankan bayi itu.
"Awak, tak nak dukung Rizqi?" Mata Rania membundar memandang aku. Aku tahu dia cuba pujuk aku selepas apa yang terjadi, namun hati aku seakan terlalu berat untuk menerima kenyataan ini.
Kenyataan yang...
Anak lelaki aku cacat. Sebelah kakinya kudung.
Aku melepaskan keluhan berat sebelum mengalihkan pandangan. "Tak nak." Balas aku dan Rania terus terdiam di tempatnya.
"Kenapa anak kau cacat?"
Rania kelihatan tersentak mendengar soalan aku. Namun, tidak pula dia menangis seperti selalu. Dia nampak begitu tabah meskipun dia tahu anaknya tidak sempurna. Kenapa dia boleh terima hakikat itu? "Ini anak awak jugak, Luth."
Bibir aku mengukir senyuman sinis. Sepasang mata hitam yang membundar itu aku pandang tajam. "Bukan anak aku. Entah dengan lelaki cacat mana kau tidur, kau kata tu anak aku?"
Matanya terpejam beberapa saat sebelum dibuka semula dengan takungan air mata. Bibirnya mengukir senyuman pahit. "Anak tak sempurna tak semestinya sebab ibu ayah dia sempurna."
"Ada aku kesah?"
Jujur aku bencikan diri aku yang sekarang ini. Terlalu jahat dan kejam, terlalu mengejar sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Namun, aku tidak boleh menerima kenyataan ini. Aku... ada anak OKU?
"Awak sempurna sebab Tuhan ciptakan awak lengkap." Balasnya tidak mahu kalah. Tangannya menepuk perlahan punggung bayi yang merengek apabila suara kami membangunkan dia dari tidur. "Jangan angkuh dengan Tuhan, Luth." Mata hitamnya memandang aku tanpa gentar.
Mata aku jatuh pada anak di dalam dukungannya. "Anak ni akan menyusahkan kita je lah! Siapa nak tanggung hidup dia!"
"Kalau awak tak nak tanggung, baiklah. Saya tak peduli." Rania bersuara tegas. Disebabkan anak cacat dia ni, dia ada hati nak melawan aku?
Aku merengus kasar. "Aku dah suruh kau gugurkan anak tu!"
"Luth!" Suaranya meninggi sehingga si bayi merengek - rengek sebentar. Namun, tangannya cepat sahaja menepuk sehingga bayi itu terlena semula. "Jangan hina anak saya."
"Mampus kau lah." Aku terus berpaling ingin keluar. Entah kenapa, aku teringatkan sesuatu. Sesuatu yang...
"Kalau kau bertegas nak jaga anak kau, kau jangan tunjuk muka kau dekat aku. Berambus dari hidup aku."
Aku terdengar suaranya tergelak sinis.
"Awak buang saya, Luth?" Soalnya dengan suara yang melirih sedih. Siapa sangka seorang suami yang selama ini dia sangka akan menjaganya hingga ke akhir hayat, membuang dirinya hanya kerana seorang anak yang tidak sempurna seperti bayi lain.
Aku berpaling semula menghadapnya. "Aku tak nak kau lagi."
Kenapa?
Kenapa diri aku jadi seperti ini. Kenapa aku jadi kejam dengan perempuan yang mencintai aku sepenuh hatinya?
Rania hanya tersenyum manis. "Baik, saya... akan pergi. Terima kasih atas semuanya." air matanya mula jatuh mengalir di pipi. "Tapi, boleh tolong saya?"
Aku memandang matanya. "Apa?"
"Tolong cium saya dan Rizqi buat kali terakhir."
Tanpa berkata apa, aku terus melangkah mendekatinya. Bibir aku mengucup lembut dahinya sebelum turun mencium dahi Rizqi. Bau bayi itu mula mengalirkan sesuatu rasa di lubuk hati aku.
"Pergi." Rania tersenyum manis.
•
•tika bahagia,
indah semua
sepertinya esok milik kita•
•"Jangan jadi jantan bodoh, Luth!"
Aku hanya menikus saat suara Farid meninggi. Peduli apa aku kalau dia tidak setuju dengan keputusan aku. Peduli apa aku kalau dia nak marah pun.
Farid menghentak kuat meja kerja aku dengan tangannya. Rahangnya diketap seperti menahan amarah yang memuncak. "Yang kau buang itu isteri kau! Perempuan yang mengandungkan anak kau! Yang lahirkan anak kau!"
"Anak cacat!" Jerkah aku sehingga kata - kata Farid terhenti. Aku menikam tepat ke dalam matanya. "Anak cacat tu, bukan anak aku!"
Farid tersenyum sinis. Dia menjeling aku tajam. "Kau lelaki dayus! Kau lebih kejam dari Tengku Alex!"
"Diam!"
Aku bukan dayus.
Aku bukan kejam.
Itu memang... bukan anak aku.
"Kau tak pernah hargai dia di sisi kau, Luth. Masa kau suruh dia gugurkan anak dia dan kau minta maaf, dengan lapang hatinya dia maafkan kau. Semua silap kau dia telan je! Hanya satu silap dia... satu sahaja." dan Farid terus meraup wajahnya kasar. "Melahirkan anak yang kurang upaya, kau jijik dengan dia."
Tanpa mengambil pusing kata Farid, tangan aku sibuk membuka fail - fail di atas meja. Mata aku fokuskan pada kerja.
"Jangan sampai hati dia bukan untuk kau lagi."
"Masa tu, muka kau pun dia tak heran."
Kata - kata Farid bagaikan tamparan buat aku. Aku hanya bersandar tenang pada kerusi. Nafas aku dihela perlahan. "Dia tak akan berhenti cintakan aku." Bisik aku perlahan.
Yakin.
Farid tersenyum dengan tangan yang berpeluk tubuh. "Cinta tu tak dikenal pasti bila datangnya, Luth. Juga tidak diketahui kenapa hilangnya."
"Jangan lupa solat." Farid menepuk perlahan bahu aku sebelum dia melangkah keluar dari pejabat aku.
Mata aku jatuh pada meja kerja Rania. Keluhan berat aku lepaskan. Aku... bingung. Separuh hati aku tidak mahukan anak itu dan ingin membenci Rania kerana melahirkan aku anak cacat. Tapi separuh lagi...
Sentiasa mencintai dia.
Aku bodoh.
Aku kejam.
Aku gila.
Aku sakiti perempuan yang cintakan aku.
Telefon pejabat aku capai dan nombor seseorang aku dail. "Dapatkan aku perempuan untuk jadi isteri. Lepastu... buang meja kerja Rania."
Cinta aku.
Membunuhnya.
•
•
mengapa kita
asik saja
tak pernah bersatu
•
•bosan bukan. hm sikit lagi sikit lagi. 40 kita tamat ye anak anak!!!
YOU ARE READING
Heartless ✔️
Romancemempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. ••• bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian. ••• puteri rania chempaka, mencintai lelaki itu adalah racun yang tidak berhenti menyakiti. tapi j...