"Assalamualaikum mama, papa". Ceria sahaja Fatihah pagi itu. Maklumlah ustaz baru nak masuk sekolah. Terus bersemangat dia nak ke sekolah. Beg di bahu di cabut dan diletakkan pada kaki meja.
"Waalaikumussalam... Ceria nampak". Fatihah yang sedang mencedok nasi kedalam pinggan tersenyum.
"Harini bersemangat nak masuk sekolah... Rasa lama sangat cuti". Mama jongket kening.
"Dua hari je kamu cuti... Apa yang lamanya?" Soal mama hairan.
"Entah, selalunya dialah paling lemau kalau hari Isnin" sampuk papa pula.
"Ish! Mana ada... Excited ni". Terus nasi disua ke mulut selepas membaca doa.
"Ikut kamulah. Ha, Raihan mari sarapan dulu". Fatihah menoleh kearah tangga. Muncul Raihan dari tingkat atas. Fatihah kembali memandang nasi yang berada di dalam pinggan. Boleh pula dia terlupa dia bukan bertiga je dalam rumah tapi sudah berempat. Adiknya Farihah sudah dihantar pulang ke asrama semalam.
Raihan melangkah menghampiri meja makan. Dilabuhkan duduk di sebelah mama Fatihah.
"Terima kasih". Nasi goreng yang disuakan buatnya dicapai. Doa dibaca sebelum memulakan suapan.
"Raihan pergi sekolah dengan Fatihah je lah... Pakai je kereta Jazz dekat garaj tu". Ujar papa. Bersembur nasi yang Fatiah baru suap ke dalam mulutnya itu. Semua memandang fatihah.
"Eh... Kenapa pula". Bangkang Fatihah.
"Ni, abang Raihan ni kerja satu sekolah kamu belajar... Senanglah nak pantau kamu". Balas mama pula.
"Apa? Jadi abang Raihan lah ustaz yang diaorang cakap-cakap tu?" Terus hilang segala keterujaan, kegembiraan, dan segala 'ke' milik Fatihah.
Mama dan papa memandang fatihah bingung.
"So... Jimat sikit minyak... Raihan tak kisah kan?" Raihan memandang fatihah yang sudah lemau itu kemudian memandang papa.
"Raihan ok je". Balasnya biasa.
"Tak boleh... Balik lain-lain... Kadang Tiha ada kelas tambahan balik lewat". Bangkang Tiha. Terus dihabiskan nasi yang tersisa dan pinggan dibawa ke dapur untuk dibasuh.
"Tiha... Tiha". Mama menggeleng kepala.
_________
Fatihah berjalan masuk ke kelas. Awal lagi untuk ke tapak perhimpunan. Baik duduk dalam kelas dulu.
"Ish! Apahal abang Raihan yang jadi ustaz baru tu... Baru nak excited, benci lah... Dekat rumah jumpa. Dekat sekolah jumpa" marah Fatihah sendirian.
"Dia dahlah tak suka aku... Boleh pulak ada selalu dekat dengan aku... Aku harap dia tak mengajar kelas ni". Bebelnya lagi sambil menyelak-nyelak buku ditangan. Niat di hati ingin membaca buku tapi niat hanya tinggal niat.
"Alah! Sudahlah ustazah Siti tengah tunggu hari je nak bersalin... Masak kalau dia yang ganti ni".
"Hoi! Bebel apa sorang-sorang?" Husna merapati Fatihah sambil memegang bahunya . Nasib sahaja buku rintangan tidak dicampak kearah Husna.
"Kau nak bagi aku mampus ke?!" Ujar Fatihah dengan jelingan.
"Hihihi... Kau cakap sorang-sorang... Kita orang masuk PON kau tak perasan". Husna menanggalkan beg galas dan meletakkan beg itu di kerusinya. Wawa turut berbuat perkara sama.
"Jomlah... Perhimpunan nak start dah ni". Fatihah tengok jam di pergelangan tangan kanannya. Lagi 10 minit perhimpunan nak di mulakan.
"Jom weh... Wawa nikan penolong ketua pengawas, nanti dia catat nama kau sebab lewat masuk perhimpunan... Tengok dia dah pegang buku and pen". Husna menarik lengan baju Fatihah untuk turut sama berdiri. Wawa sudah membulat kan matanya memandang Husna yang tersengih macam kerang busuk.
"Kau ni cari gaduh". Laju sahaja tangan mencubit lengan gebu Husna.
"Adoi! Harini mesti dekat tapak perhimpunan diaorang akan kenalkan ustaz baru tu kan... Aku rasalah kita yang dapat ustaz baru tu... Ustazah Siti kan nak bersalin". Ujar Husna sambil menggosok lengannya yang sakit dicubit itu.
"Itulah rasanya... Tadi aku teman ibu aku dalam pejabat dia... Lepastu ustaz tu masuk... Hensem weh. Terus aku cover ayu". Cerita Wawa teruja sambil mengipas wajahnya dengan tangan.
"Aik! Tiha... Asal senyap je? Bukan kau ke paling excited kalau sebut pasal ustaz baru kita tu?" Soal Husna sambil menoleh kebelakang. Mereka sedang berjalan menuju ke dewan sekolah. Fatihah yang jalan menunduk dari tadi mengangkat wajah.
"Entah, sudahlah ustaz tu hensem walaupun kulit dia hitam manis. Macho bhai". Fatihah tersengih.
"Aku tak sedap badan je... Eh! Cepat, jom gi dewan aku nak duduk dekat bahagian kipas". Terus tangan kedua rakannya ditarik. Malas nak tengok muka detektif mereka itu.
____________
"Weh! Hensem teruk... Kalau macam ni aku PON jatuh cinta".
"Hensem sangat kan? Harap-harap dia yang gantikan ustazah... Boleh tengok muka dia hari-hari". Fatihah sudah kebosanan melayan kedua kawannya.
Dari dalam dewan hinggalah sekarang, sudah duduk dalam kelas masih bercerita berkenaan orang yang sama. Naik meluat Fatihah mendengar nya.
"Tiha... Oh! Tiha... Senyap je. Kau tak mahu ke ustaz tu?" Soal Husna sambil mengoncang lembut lengan Fatihah.
"Tak mahu... Korang boleh ambil... Aku nak ustaz lain". Terus Husna dan Wawa memang Fatihah sambil menjongket kening sebelah.
Baru sahaja Wawa ingin membuka mulut kedengaran suara ketua kelas menyuruh bangun dan memberi salam.
Husna pantas menghadap kehadapan dan bangun. Yang lain turut bangun dan memberi salam.
Kelas bermula seperti biasa.
___________
"Tuan Fatihah Maryam Tuan idris Mokhtar.... Termenung apa tu?" Soal Husna. Puas sudah dia memanggil Fatihah namun masih dalam alamnya sendiri.
"Apa benda kau ni... Mention nama penuh aku... Kantoilah dekat secret admire aku nanti. Senang diaorang nak akad nikah sebab dah tahu nama penuh aku" sempat lagi Fatihah melawak.
"Dah kau aku panggil dari tadi buat tak tahu je". Husna melabuhkan duduknya dihadapan Fatihah.
"Oh, kau panggil aku ya? Kenapa?" Husna tayang wajah malas.
"Asal tak beli makanan lagi? Pergi cepat... Nanti orang ramai kena bersesak-sesak pula". Fatihah baru terperasan yang meja sudah penuh dengan makanan Husna.
Budak yang bernama Husna ni memang kuat makan. Dengan bihun sup, keropok lekor lagi, kuih dan air sirap.
"Yelah... Banyak makan kau ya". Terus Fatihah berlari anak kerana Husna sudah mengangkat tangan untuk memukulnya.
Bedebuk!
"Tiha!"
"Adoi! Sakit punggung aku". Dia bangun dari jatuhnya. Husna sudah ketawa sambil bangun menghampiri Fatihah.
"Apa pasal kau langgar tiang makcik". Fatihah menjeling husna yang masih mentertawakan dia.
"Diamlah... Kau punya pasallah ni... Nasib tak ramai orang... Hish!" Terus dia berjalan ke tempat beli makanan.
"Ok ke dik? Kuat juga bunyi jatuh tadi". Fatihah tersengih.
"Okey acik.. saya nak nasi goreng ayam satu letak sup ya". Segera dia membuat pesanan.
"5 ringgit". Duit dan makanan bertukar tangan.
Fatihah berjalan ke tempat jual air pula sebaik sahaja makanan diletak diatas meja dihadapan Husna. Air sarsi menjadi pilihannya.
"Lama pergi tandas". Wawa tersengih.
"Sakit perut". Terus keropok lekor yang berada diatas meja diambil dan disua ke mulut.
"Aku ingatkan Husna punya". Husna menjeling.
"Itulah padahnya menuduh aku... Kan langgar tiang tadi. Nasib tak benjol". Wawa sudah membulat matanya. Perlahan-lahan dia tertawa apabila melihat wajah masam Fatihah.
"Langgar tiang? Ruginya aku tak tengok tadi". Terus Fatihah mencubit lengan Wawa.
YOU ARE READING
nak suami ustaz
القصة القصيرةObses Satu perkataan yg mengambarkan diri fatihah saat melihat lelaki berjubah Dan berkopiah. Namun, bukan ustaz Raihan yang dia dambakan. Lelaki itu sudahlah abang sepupunya. Lelaki itu membencinya sejak kecil. Kata-kata yang keluar dari mulutnya s...