4

1.1K 38 0
                                    

Fatihah mundar-mandir di dalam biliknya. Sesekali kepala di jenguk di sebalik langsir tingkap.

Berasap sahaja rasanya muka dia melihat orang yang duduk di kerusi batu di taman milik mamanya itu.

"Apahal budak-budak ni gatal sangat datang. Macam tak boleh tanya dekat sekolah sahaja". Bebel Fatihah sendiri sambil bersembunyi disebalik langsir melihat gelagat mereka yang berada di bawah itu.

"Tiha".

"Oh mak nak ustaz Raihan". Membulat mata Fatihah apabila mendengar latahnya sendiri.

"Mama salah dengar ke?". Fatihah terus gelabah. Langsir di tangan digenggam kuat sambil mengetap bibir.

"Mama suka kejutkan Tiha... Kalau Tiha kena serangan jantung macam mana? Siapa nak kahwin dengan menantu pilihan mama tu?" Soal fatihah geram sambil berpaling ke belakang menghadap mamanya.

"Nampaknya ada yang dah setuju ni". Mama tersengih penuh makna. Fatihah muncung.

"Mama jangan... Nanti Tiha cancel... Tiha belum sepenuhnya setuju ni". Ugut Fatihah.

"Tak... Tak... Jangan ubah fikiran... Nah pakai ni cepat". Mamanya terus ke meja belajar dimana bekas cincin itu di simpan. Terus cincin itu di capai dan disarung di jari manis Fatihah. Tidak pula anak daranya itu membantah.

"Siapa yang datang tu mama?" Soal fatihah mengubah topik. Cincin di jari di putar-putar.

"Anak murid abang Raihan kamu... Katanya jumaat semalam tak datang tu datang sini nak tanya benda yang tak faham". Fatihah mencebik meluat.

"Macam hari Isnin tak ada je... Ganggu orang waktu cuti... Sudahlah datang ramai-ramai". Bebel Fatihah sendiri.

"Aik, marah nampak... Dah jangan marah-marah, jom turun tolong mama masak... Asyik terperap je dalam bilik". Terus mamanya menarik Fatihah keluar dari bilik. Dengan langkah malas Fatihah berjalan keluar.

---------

Fatihah menggaul nasi didalam pinggan dengan perasaan geram. Di jeling mamanya sekilas sebelum menjeling Raihan yang berwajah selamba.

Mata dialih dari Raihan apabila jejaka itu memandangnya. Fatihah sedar yang Raihan memandang jari manisnya yang bersarung cincin itu.

"Tiha... Asal dikuis-kuis nasinya... Tak sedap ke". Fatihah yang menunduk tadi mengangkat wajah.

"Tak ada selera lah makan masakan sendiri". Ujar Fatihah kemudian menyuap nasi dengan malasnya.

"Tiha masak?" Fatihah menjongket kening memandang lelaki dihadapannya.

Pasti mahu complain tu tak complain pun mesti nak perli. Ujar Fatihah dalam hati

"Sedap kan?". Soal mama. Fatihah masih diam.

"Not bad... Masih boleh telan... Harap tak keracunan lah". Membulat mata aku memandang dia.

Kan betul. Dia mesti nak menyakitkan hati aku. Aku dah agak. Dengan muka tak bersalah dia. Benci betullah.

Jerit hati Fatihah geram. Terus dia makan dengan cepat. Malas nak menghadap muka tu.

"Amboi Raihan gurau kasar ya dengan bakal isteri... Tengok muka Tiha dah berubah dah". Fatihah jeling Raihan sebelum bangun dan membawa pinggan ke sinki untuk dicuci. Mamanya ketawa sahaja.

---------

"Tunang je Tiha... Bukan nikah pun, belum tentu abang Raihan sanggup tunggu kau 3 tahun". Ujar Fatihah seorang diri.

Dia mundar mandir sambil membelek cincin yang dia jadikan buah rantai itu. Maklumlah dia pelajar, mana sekolah benarkan memakai perhiasan tambahan pula emas.

Sebenarnya dia terdengar bicara mama dan papanya tadi di bawah, terus dia naik ke bilik dengan hati yang bercelaru.

-------

"Tiha... Duduk kejap". Fatihah yang baru muncul dari dapur memberhentikan langkahnya. Dia pandang tiga orang manusia yang ada di atas sofa di ruang tamu.

"Kenapa papa?" Soal fatihah sambil melangkah kearah mereka. Dia duduk disebelah mamanya berhadapan dengan papa dan Raihan.

"Mana cincin kamu?" Soal papa apabila melihat jari manis fatihah kosong.

Semua mata tertumpu pada jari Fatihah. Segera Fatihah sorok tangan ke belakang.

"I'm student papa... Mana boleh pakai barang kemas, Tiha jadikan buah rantai". Terang Fatihah.

"Lega mama dengar, ingatkan kamu tak mahu pakai". Mama sudah mula bertenang.

"Minggu depan kami kena berangkat ke Australia". Ujar papa. Satu persatu wajah mereka Fatihah pandang.

"Mama ikut?" Aku pandang mama meminta simpati. Mama senyum dan kepala aku dia usap lembut.

"Ya sayang, dan kami terpaksa menetap di sana selama 6 bulan. Syarikat papa dekat sana tengah ada masalah". Fatihah pandang mama sayup sebelum beralih pada papanya.

"Takkan nak tinggalkan Tiha. Dengan abang Raihan pula tu". Raihan dia pandang sekilas. Cepat-cepat Fatihah alih pandangan apabila Raihan yang dari tadi merenung Fatihah.

"Kami terpaksa, tapi kami dah selesaikan masalah ini". Ujar papa pula.

"Kami akan nikahkan Fatihah dengan Raihan hujung minggu ni". Terus Fatihah bangun dari duduknya.

"What?!" Suaranya meninggi. Satu persatu wajah yang ada dia pandang dengan muka terkejut.

"Kami mula-mula ingat nak tunangkan dulu kamu berdua... Tapi kami terpaksa pergi Australia jadi kami fikir baik kamu berdua jadi suami isteri". Bicara papa membuatkan Fatihah terkelu. Fatihah pandang wajah bersahaja Raihan.

"Tak risau mama dengan papa nak tinggalkan kamu bila Raihan dah sah jadi suami kamu Tiha. Raihan pun dah setuju". Mama mengusap belakang tangan Fatihah. Fatihah pandang Raihan sebelum memandang mama dan papanya.

"Beri Tiha masa untuk fikir". Fatihah bangun dan berlalu ke bilik.

Bergetar seluruh tubuh Fatihah. Tiba-tiba jantungnya berdegup laju. Fikirannya kusut.

Terus Fatihah kunci pintu biliknya dan merebahkan tubuh diatas katil. Mata segera dipejam bagi menenangkan fikiran.

-------

Lesu fatihah dibuat nya. Semalaman dia tak boleh tidur kerana memikirkan masalah itu. Lagi 4 hari sebelum hari Sabtu yang di tetapkan.

"Beb! Lemau je, tak sarapan ke". Perlahan-lahan Fatihah mengalihkan pandangannya. Dia tersenyum hambar.

"Apa kau buat kalau kau tiba-tiba dapat masalah besar... Masalah yang boleh merubah kehidupan kau 360 darjah?" Soal fatihah membuatkan Wawa dan Husna berpandangan sesama mereka.

"Contoh?" Fatihah mengeluh kecil.

"Em, contoh mama kau nak kau jadi akauntan tapi kau minta doktor.. ha, tu contohnya". Penat otak Fatihah memikirkan contoh.

Takkanlah nak cakap 'Mak aku paksa aku kahwin Sabtu ni'. Mahunya pengsan kawan-kawan Fatihah ni tambah bila tahu suaminya ustaz Raihan.

"Ikut kata hati, ikut kemampuan". Fatihah diam.

"Betul, study ni kita kena tengok minat juga, kalau tak , tak jalan". Sampuk Wawa.

"Tapi aku keliru... Takutlah tak sampai hati nak kecewakan mama papa aku". Ujar Fatihah lemah sambil menyandar pada kerusi yang dia duduk.

"Istikharah lah... istikharah bukan   untuk cari jodoh je, untuk study pon boleh. Tengok yang terbaik untuk kau. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang". Ha, ustazah Wawa sudah keluar.

"Yes, betul tu. Istikharah. Kalau kau rasa tenang dengan pilihan mama kau, kau go jelah... Tapi kalau tak mampu better takpayah". Terang Husna pula. Fatihah tersenyum mendengar nasihat rakannya.

Masih sempat rasanya nak buat istikharah ni.

nak suami ustaz Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang