Ting! Tong!
Fatihah yang sedang menyapu ruang tamu memandang pintu utama rumah banglo papanya itu.
"Siapa pula yang datang pagi-pagi Sabtu ni". Penyapu ditangan dia bawa sekali. Tudung sarung yang sememangnya tersangkut kemas di bahagian rak kasut didalam rumah itu dicapainya.
Mudah kerja bila orang datang terus sarung tudung. Tak perlu berlari naik kebilik untuk mencari tudung.
Pintu dibuka dan dia berjalan ke arah pagar.
"Tiha!" Lambaian dari Wawa dan Husna membuatkan Fatihah tersentak.
"Korang buat apa datang sini?" Soal Fatihah gugup. Namun pintu pagar tetap dia buka untuk membolehkan rakannya masuk.
"Saja melawat rumah... Mama kau ada, rindu lah nak makan masakan mama kau". Terang Wawa sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
"Mama? Mama tak ada". Fatihah mengejar langkah rakan-rakan nya yang sudah masuk kedalam rumah.
Mereka memang buat rumah Fatihah macam rumah sendiri. Maklumlah rapat.
"Mama kau pergi mana?" Soal Husna pula. Terpaksalah Fatihah membuka cerita.
"Habis kau tak takut ke duduk sorang-sorang?" Soal Wawa. Fatihah garu kepala.
"Entah bukan kalau mama dengan papa kau pergi outstation kau tinggal rumah aku ke?" Soal Husna pula.
"Aku okeylah... Aku kan dah besar". Wawa dan Husna pandang Fatihah dengan pandangan tak puas hati.
"Assalamualaikum". Tersentak mereka bertiga. Tiba-tiba jantung Fatihah berdegup laju. Peluh dingin mula membasahi wajahnya.
"Ustaz Raihan!" Serentak Wawa dan Husna berkata. Salam Raihan tadi tidak dijawab.
"Kawan Fatihah ke?" Soal Raihan mesra sambil menghampiri mereka. Dia yang segak berbaju sukan pastinya baru balik dari berjoging.
"Haah, saya Husna, ini wawa". Balas Husna.
Raihan terperasan wajah Fatihah yang seperti ayam berak kapur itu terus melabuhkan duduk di sofa. Sengaja mahu menguji.
"Ustaz Raihan ni ada kaitan ke dengan Tiha?" Soal Wawa lurus. Raihan pandang Fatihah. Fatihah bulatkan matanya sambil menggeleng perlahan.
"Tiha tak beritahu ke? Saya ni...".
"Abang saudara... Ya ustaz Raihan abang saudara aku, sorry aku tak beri tahu kau orang. Aku malas nak kecoh-kecoh". Raihan pandang Fatihah sambil menjongket kening sebelah. Fatihah buat tidak tahu dengan pandangan itu.
"Oh abang saudara... Patut masa first time nampak dekat dewan haritu kau macam tak berminat". Ujar Wawa. Fatihah tersengih melihat kawannya itu.
"Saudara... Ustaz Raihan duduk sini ke? Berdua sahaja?" Soal Husna pula.
"Haah". Balas ustaz Raihan pendek membuatkan Fatihah tepuk dahi.
"Kami ada bibik, tapi bibik pergi pasar dengan driver. Tu tak nampak tu... Bukan Tinggal berdua". Pantas Fatihah berkata.
"Pandai kau menipu Fatihah oi. Bila masa pula kau ada bibik dengan driver ni". Bebel Fatihah dalam hati.
"Bibik? Bila masa kau ada bibik".
"Baru je... Eh! Kau orang datang sini nak buat apa ya?"
"Oh, lupa... Semalam kan kau cakap nak pergi kedai buku, cari buku latihan jomlah pergi".
"Aku belum mandi... Jom naik bilik aku dulu". Tangan Husna dan Wawa dia tarik untuk mengikuti langkahnya.
Ditinggal sahaja Raihan seorang diri. Mana boleh Fatihah tinggal kawan-kawan dia ini, habis nanti terkantoi dia sudah bernikah.

ANDA SEDANG MEMBACA
nak suami ustaz
Kısa HikayeObses Satu perkataan yg mengambarkan diri fatihah saat melihat lelaki berjubah Dan berkopiah. Namun, bukan ustaz Raihan yang dia dambakan. Lelaki itu sudahlah abang sepupunya. Lelaki itu membencinya sejak kecil. Kata-kata yang keluar dari mulutnya s...