18

1K 32 2
                                    

Selesai sahaja solat Isyak berjemaah tadi Fatihah, Wawa dan Husna berjalan ke unggun api yang dibuat di tengah-tengah kawasan perkhemahan. Unggun api itu dikelilingi khemah mereka semua.

Sesi santai pada malam ini dimulai dengan petikan gitar dari salah seorang pelajar. Masing-masing ingin menunjukkan bakat nyanyian mereka.

Jelas kelihatan di wajah Fatihah keseronokannya. Dia turut menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan seperti yang dibuat rakan-rakannya itu.

Tepukan di beri apabila mereka tamat menyanyi.

"So siapa pula nak nyanyi lepas ni?" Soal Danial yang memegang gitar.

"Tiha... Bagi Tiha nyanyi suara dia superb". Puji Wawa dan Fatihah sudah tersengih macam kerang busuk.

Tut! Tut!

Tiba-tiba telefon Fatihah berbunyi menandakan ada pesanan yang masuk. Entah bila masa telefon ini ada Line pun dia tidak pasti sedangkan tadi seharian tiada rangkaian.

Aplikasi WhatsApp dibuka dan satu chat dari si suami.

-time to sleep, jangan membantah-

Fatihah melilau kan pandangannya ke sekeliling. Matanya tertacap pada tubuh Raihan yang sedang duduk di kumpulan cikgu dengan berbaju t-shirt lengan panjang. Jelas sekali lelaki itu sedang merenungnya dengan renungan tajam.

"Tiha, oh Tiha... Nak nyanyi tak?" Husna menyiku Fatihah.

"Ha? Eh, taknaklah. Aku dah mengantuk nak kena tidur". Fatihah pura-pura menguap dan bangun dari duduknya.

"Alah, satu lagu je". Pujuk Wawa, Fatihah pandang yang lain. Semua diam dan memerhati. Matanya kembali tertacap pada Raihan yang tidak jauh dari mereka.

"Lain kalilah... Suara aku tak ada kalau aku mengantuk ni, tidur dulu ya. Bye". Terus Fatihah masuk kedalam khemahnya. Terdengar keluhan rakan-rakan dari luar khemah.

Tut! Tut!

Satu lagi pesanan ringkas masuk dan Fatihah membukanya
Dari siapa lagi kalau bukan encik suami.

-goodgirl, nasib dengar arahan kalau tak... Malam ni awak tidur satu khemah dengan abanglah-

-tidurlah... Tadi suruh orang tidur-

Balas Fatihah dan disimpan telefon di poket kecil beg silang yang dia bawa dan kain batik dilipat kecil untuk di buat alas kepala.

-------------

Fatihah mencelikkan matanya. Keadaan dalam khemah yang gelap itu menyukarkan penglihatan. Telefon didalam poket kecil beg silang diambil.

"2 pagi, alamak nak membuang air kecil pula". Fatihah bangun dan duduk. Husna dan Wawa sudah berdengkur halus disebelahnya.

Tanpa berfikir panjang dia terus keluar dari khemah untuk ke bilik air.

Baru kaki hendak melangkah kembali ke khemah telinganya menangkap sesuatu bunyi. Bunyi bacaan ayat AL quran yang tidak asing dari pendengaran itu.

Entah mengapa kakinya gatal untuk melihat gerangan siapa yang sedang mengaji itu.

Fatihah menyorok di belakang pokok besar dimana pokok itu paling dekat dengan Si dia yang sedang asyik mengalunkan bacaan suci Al-Quran itu.

Fatihah tenggelam dalam bacaan yang mendayu Dayu itu.

"Fatihah. Fatihah Maryam". Fatihah tersedar dari lamunannya. Dia angkat kepala dan terkejut bukan kepalang. Raihan berdiri dihadapannya.

"Abang... Terkejut saya". Dia urut dadanya.

"Kenapa tak tidur lagi, bukan dari pukul 11 tadi ke abang suruh tidur?" Soal Raihan sambil menjongket kening.

nak suami ustaz Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang