6

1.1K 31 0
                                    

Beg kertas saiz A3 itu diletakkan dihadapan Fatihah. Fatihah yang sedang mengemas bagasinya mengangkat wajah menatap wajah Raihan yang bersahaja itu.

"For what?" Soalnya. Tapi tangan tetap juga mencapai beg-beg kertas itu.

"Hadiah seorang suami pada isterinya. Tengoklah". Tanpa banyak bunyi terus Fatihah geledah beg-beg itu.

"Tudung labuh? Handsock? Stokin?" Soalnya sambil mengeluarkan isi beg-beg kertas itu.

"Saya tak mahu awak pakai tudung lilit tengkuk lagi and awak kalau nak keluar wajib pakai stokin". Fatihah muncung.

Stoking pelbagai warna dan corak itu di belek. Lebih 15 pasang jugalah. Ada yang plain dan ada bercorak.

Tangannya beralih pada handsock. Seperti stokin tadi handsock juga terdapat dalam pelbagai warna dan design.

"Stokin ni boleh lagi tapi, tudung labuh saya tak sedia lah abang".

Ya, dia selalu sahaja pakai stokin walaupun kadangkala tidak pakai. Tapi tudung labuh?

"Kenapa? Takut nampak kolot? Takut tak boleh berfesyen?" Soal Raihan kedengaran agak sinis pada telinga Fatihah.

Fatihah diam sambil membelek-belek tudung bawal di tangan, pelbagai warna dan jenis kain, ada chiffon, ada cotton.

"Bukan macam tu... " Fatihah kehilangan kata. Apa yang Raihan katakan tadi memang merupakan salah satu punca dia tidak mahu bertudung labuh seperti adiknya.

"Esok pakai baju ni ke?" Soal Raihan sambil merapati Skirt jeans labuh dengan t-shirt lengan panjang kosong warna cream yang terdampar diatas sofa di dalam bilik.

"Haah". Dia melihat gerak geri Raihan.

Raihan berjalan ke arah almari baju 4 pintu itu.

Sehelai cardigan labuh jeans tanpa lengan di keluarkan dari almari. Tudung bawal chiffon warna cream yang berada di tangan Fatihah, Raihan ambil.

"Pakai cardigan jeans ni dengan tudung labuh sesuai sahaja... Bukan abang suruh awak pakai jubah memanjang". Fatihah pandang Raihan lama sebelum mengangguk.

"Ok". Nampaknya dia terpaksa rombak balik baju dalam bagasi besar miliknya itu.

Nak melawan rasanya tak boleh. Fatihah bangun dan membuka almari ya. Mencari-cari baju lain yang sesuai dengan imej barunya. Bertudung labuh.

---------

Fatihah masih berdiri dihadapan cermin. Dia masih ragu-ragu dengan tudung bawal yang sudah tersarung kemas di kepalanya.

Kali kedua dia pakai tudung labuh. Nasib sahaja sekali pakai terus nampak kemas. Kalau tidak mahu dia badmood sepanjang hari. Sudahlah mahu berjalan jauh.

Beberapa kali dia pusing tubuhnya dihadapan cermin.

Pandai juga suami aku padankan pakaian aku agar sesuai dipakai dengan tudung labuh ni.

Baju t-shirt lengan panjang yang di masukkan ke dalam skirt itu di betulkan sedikit sebelum dia mencapai beg silang yang juga diperbuat dari kain jeans itu.

"Cantiknya anak mama pakai macam ni". Baru sahaja Fatihah turun tangga dia sudah disapa dengan suara mama.

"Wah! Adik dah ada geng lah". Sampuk Farihah pula.

Papa hanya tersenyum melihat Fatihah dari atas hingga bawah.

"Tak salah papa pilih Raihan". Ujar papa perlahan. Raihan hanya tersenyum kearah papanya.

Sempat Fatihah memandang Raihan yang sudah segak berseluar jeans biru dengan jaket jeans yang tidak dibutangkan dan sama warna dengan seluar. Didalamnya dia pakai t-shirt lengan pendek tanpa kolar.

Rasanya sepadan pula harini, maklumlah dua-dua pakai jeans dan warna yang sama.

Mengadakan kau Fatihah, kau yang sediakan baju Raihan kau yang acah macam tersama pula. Kutuk hati Fatihah sendiri.

"Dah... Jom gerak, tak sabar nak pergi Australia ni". Fatihah pantas berjalan keluar. Kasut boot nya sudah tersedia di depan pintu.

--------

Fatihah berjalan sambil memaut lengan adiknya, Farihah. Dibiarkan Raihan jalan di sebelah dengan menarik bagasi kecil milik sendiri dan bagasi besar miliknya.

"Aik! Kakak... Kakak kahwin dengan abang Raihan ke kakak kahwin dengan adik?" Soal Farihah selamba. Tangan kanan menarik bagasi kuning miliknya.

"Shhh! Diamlah... Suka hati akklah nak paut tangan siapa, jalan je jangan banyak bunyi". Farihah buat muka menyampah.

"Tiha, awak tu dah berlaki... Yang dipeluknya adik tu lagi kenapa?" Soal mama bila terperasan situasi mereka.

"Hihihi, adik nampak alone tu yang Tiha jalan pegang dia tu... Takut sesat pula sebab membawa hati yang kesunyian... Abang Raihan tak nampak alone jadi biarkan je". Farihah dan Raihan sudah membulat matanya. Terus Farihah tolak tangan Fatihah yang melingkar pada tangan kirinya.

"Kita pula nampak alone... Dia yang alone sebenarnya". Farihah berlari-lari anak menghampiri mama dan papanya sambil mengheret bagasi.

Fatihah pandang Farihah kemudian pandang Raihan di sebelah. Dia tersengih macam kerang busuk.

-----------

"Tiha... Nak kemana tu". Fatihah jongket kening lalu berpaling menghadap papanya.

"Masuk bilik, rehat". Ujarnya malas.

"Bilik kamu sebelah kanan. Kenapa nak masuk bilik adik pula?" Fatihah tersengih sambil garu kepala yang masih berlapik tudung warna cream.

"Oh, belah kanan ni ya? Lupa pula". Sempat lagi dia terpandang Raihan yang turut memandang nya dari dalam bilik. Maklumlah pintu bilik terbuka dari tadi.

"Haish, budak ni... Macam-macam". Papanya terus beredar masuk ke dalam bilik sendiri.

Langkah Fatihah atur ke balkoni di hadapannya. Tidak jadi masuk bilik. Dibiarkan pintu bilik ternganga luas.

Sliding door dibuka sebaik sahaja langsir 3 lapisan itu di tolak ke tepi.

Udara di bumi Australia itu di hirup. Dihadapan terbentang luas pemandangan indah dari apartment milik papanya yang berada di tingkat 27 itu.

Fatihah sudah terfikir-fikir selama seminggu ini dia hendak kemana. Terus dia tersengih seorang diri.

"Sengih sorang-sorang... Macam orang tak betul". Hilang segala angan-angan Fatihah apabila mendengar suara sumbang itu.

"Orang sengih dia yang panas... Entah apa-apa tah. Dengki". Fatihah mencebik. Dipandang sekilas Raihan yang sudah duduk santai diatas kerusi malas yang diperbuat dari kayu jati di balkoni itu.

"Jom jalan dekat bawah kejap... Ada restoran halal yang menarik tadi abang jumpa dekat dengan apartment papa ni". Tanpa persetujuan ditarik sahaja tubuh kecil Fatihah untuk mengikut langkahnya.

"Alah, penatlah. Esok sahaja lah". Sebenarnya Fatihah malu untuk berdua-duaan dengan Raihan.

Sudahlah Raihan sering menyakitkan hatinya, perangai pun sekejap baik sekejap jahat.

"Ikut je boleh tak. Jangan banyak bunyi". Tengok keluar dah perangai jahat dia. Bukan nak reti cakap elok-elok.

"Eeee, paksa-paksa orang pula. Sudahlah ajak orang, lepastu marah-marah". Bebel Fatihah. Tapi dia tetap menyarung boot di kaki.

"Pot pet pot pet mulutnya... Nanti abang bagi makan bontot ayam baru tahu... Dah cepat, awak tu kena ikut cakap suami". Pintu Raihan tutup dan grill juga Raihan tutup sebelum menarik tangan Fatihah agar berjalan dengannya menuju ke lif.

Fatihah tayang wajah bosan. Di ikut sahaja tangan yang menarik pergelangan tangannya itu.

Malas hendak membantah. Nanti ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati dia.

nak suami ustaz Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang