15

1K 34 2
                                    

-Abang sayangkan awak Fatihah Maryam. Tolong maafkan abang-

Lagi sekali Fatihah dapat surat dari pengirim yang sama. Mana dia tahu, tengok tulisannya lah. Ditulis dengan tulisan jawi yang kemas.

"Kenapa abang Raihan tak tegur sahaja aku semalam dekat rumah?" Soalnya musykil. "Takkan dia malu nak minta maaf?" Surat itu di lipat dan di masukkan pada poket hadapan beg sekolah.

Fatihah tertawa sendiri. Dia sudah merencana balik ini dia akan terus melancarkan mood dinginnya.

-------------

'Tolong terima abang kembali Fatihah Maryam... Abang tahu abang lukakan hati awak... Maafkan abang'

Fatihah tersenyum gembira. Dia yakin ini surat dari Raihan. Surat itu dilipat dan di simpan ke dalam beg. Chocolate Cadbury Hazel yang disertakan sekali itu Fatihah capai.

"Abang Raihan ni sweet juga ya... Malu nak minta maaf depan-depan... Bagi surat pun comel guna tulisan jawi, ni yang aku bertambah cinta ni". Ujar Fatihah sendirian

"Sengih sorang-sorang... Mereng ke?" Soal Wawa yang baru datang bersama Husna.

"Weh! Chocolate Cadbury... Sharelah". Husna yang terperasan chocolate Cadbury di tangan Fatihah terus bersuara.

"Ah! Tak boleh... Ini dari my love, mana boleh kongsi". Chocolate Cadbury itu dilarikan dari gapaian Husna. Husna mencebik.

"Takpe... Nanti aku pergi beli sendiri, kedekut". Husna peluk tubuh. Wawa hanya menggeleng melihat telatah rakannya itu.

-------------

Hari ini Fatihah sudah tidak dapat surat dah, mungkin kerana semalam dia dah tegur Raihan dan mereka sudah berbaik.

"Tiha. Tak mahu balik ke?" Soal Wawa menyentakkan Fatihah dari lamunannya.

"Jomlah, sudahlah macam nak hujan ni... Kita naik motor". Tambah Husna yang sudah berada di muka pintu.

"Kau orang pergi dulu, aku nak kena jumpa cikgu Rashidah sekejap". Ujar Fatihah sambil mengemas buku dan mejanya.

"Okey, jangan lambat sangat... Nak hujan ni". Fatihah menunjukkan simbol okey sebelum rakan-rakan nya beredar.

Fatihah pantas melangkah ke bilik guru. Bilik guru itu lengang kerana sudah tamat sesi persekolahan pada hari ini 2 jam yang lalu.

Hanya kelasnya yang tiba-tiba ada kelas tambahan. Fatihah lihat meja Raihan yang sudah kemas. Pasti suaminya itu sudah pulang.

Tanpa membuang masa dia terus ke meja cikgu Rasyidah.

------------

Keluar sahaja Fatihah dari bilik guru hujan turun dengan lebat. Fatihah pandang langit. Langit gelap menandakan hujan ini lambat lagi untuk berhenti.

Benar kata Wawa dan Husna yang hujan bakal turun. Sudahlah dia naik motor, memang taklah dia meredah hujan lebat ini.

"Kalau ada papa, mesti papa ambil". Ujarnya sendiri. Fatihah melangkah ke arah kantin sekolah. Rasanya situ tempat paling selamat untuk dia menumpang berteduh.

Hendak masuk ke kelas rasanya tak mahu, sudahlah kelasnya di tingkat 3.

Fatihah berjalan melepasi kerusi-kerusi kosong di kantin. Dia duduk di tengah-tengah kantin.

Buku teks dan buku tulis fizik dikeluarkan dari beg. Lebih baik dia siapkan kerja rumah fizik sementara bosan tidak tahu nak buat apa.

"Assalamualaikum". Fatihah mengangkat wajah. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang.

nak suami ustaz Where stories live. Discover now