"do you have any problems abang?" Fatihah mengelus lembut bahu Raihan. Terperanjat Raihan dibuatnya. Dia yang termenung tadi terus memusingkan diri. Dia tolak tangan Fatihah yang masih memegang bahunya.
"Nothing... Pergi tidur dah lambat ni". Ujarnya dingin. Fatihah kemam bibir.
"Just tell me, saya tak mahu tidur kalau abang tak bagi tahu masalah abang". Fatihah memeluk tubuh sambil menyandarkan tubuh pada dinding di sebelah.
"Tak ada apa-apa... Pergi tidur sana". Raihan tolak lembut tubuh Fatihah namun Fatihah mengeraskan dirinya.
"Tak mahu... Baik abang beri tahu apa masalah abang".
"Kenapa awak ni degil sangat! Abang cakap tak ada apa... Tak ada apalah! Serabut lah!" Bentak Raihan dengan suara garaunya. Terus dia bangun dengan kasar.
"Abang ni kenapa nak marah-marah?!Saya serabut? Abang kata saya serabut? Saya cuba ambil berat pada abang, abang kata saya serabut?" Suara Fatihah juga meninggi. Bergetar bibirnya menahan rasa geram.
"Ya memang serabut..." Ucapan Raihan terhenti sebaik sahaja matanya bertembung dengan mata Fatihah yang sudah berair.
Fatihah mengemam bibirnya seraya mengangguk dua kali. Terus dia berlalu pergi. Tidak sempat Raihan menahan langkah si isteri.
Kusut rambut Raihan apabila dia meramas kasar. Kusut sekusut hatinya sekarang.
--------
"Abang nak pergi mana?". Soal Fatihah apabila melihat Raihan sedang bersiap seperti hendak keluar.
"Abang ada hal kejap... Abang keluar kejap sahaja". Dahi isterinya dia cium sebelum melangkah keluar dari bilik. Fatihah pantas mengekori langkah Raihan.
"Hal apa? Saya nak ikut... Nak ikut". Ujar Fatihah manja sambil memaut lengan Raihan.
"Tunggu di rumahlah... Dah lewat malam ni, nanti masuk angin, cikgu Sarah tayar kereta dia pancit. Kesian dia dekat tepi jalan sorang-sorang, malam-malam bahaya". Fatihah memuncungkan bibirnya.
"Saya nak ikut juga. Takkan nak tinggalkan saya dekat rumah sendiri?" Suaranya kedengaran ingin merajuk.
"Jangan mengada Fatihah... Mama papa ada kan? Dah jangan jadi budak-budak, abang keluar kejap je". Fatihah hentak kaki perlahan.
"Nak ikut... Nak ikut juga". Raihan pandang wajah masam itu dengan gelengan.
"Jangan jadi budak-budak kecil Fatihah Maryam, dengar cakap abang". Tegas suaranya.
"Benci... Kalau saya macam budak-budak kenapa kahwin dengan saya? Kahwinlah dengan cikgu Sarah tu. Menggatal sangat perempuan tu... Macam tak ada lelaki lain nak minta tolong". Bebel Fatihah dengan perasaan geram.
"Shhh! Apa cakap orang macam tu. Dah dia ada kawan lelaki abang sorang sahaja, dia minta tolong abanglah... Keluarga dia jauh". Fatihah memeluk tubuh.
"Benci... Orang nak ikut tak kasi... Pergilah jumpa cikgu kesayangan abang tu, biarkan Fatihah sendiri dekat sini". Fatihah terus menutup pintu utama dan berlaluke tingkat atas.
Raihan menggelengkan kepalanya dengan telatah si isteri. Dia berlalu ke kereta dan enjin dihidupkan.
Fatihah di dalam bilik hanya mengintai dari sebalik langsir, kereta yang meluncur laju membelah kepekatan malam.
-------------
Tut! Tut!
Fatihah terjaga dari tidur dia. Panggilan telefon segera di jawab.
"Ya saya, Astaghfirullah abang". Serta merta air mata Fatihah mengalir. Matanya yang kuyup tadi terbuntang besar.
Telefon yang terjatuh dari pegangan tangan dia dipandang kosong. Segera dia berlari turun dari katil. Air mata tidak berhenti mengalir.
YOU ARE READING
nak suami ustaz
Historia CortaObses Satu perkataan yg mengambarkan diri fatihah saat melihat lelaki berjubah Dan berkopiah. Namun, bukan ustaz Raihan yang dia dambakan. Lelaki itu sudahlah abang sepupunya. Lelaki itu membencinya sejak kecil. Kata-kata yang keluar dari mulutnya s...