7

1.1K 33 0
                                    

Skirt pleat berwarna ungu tua itu dipadankan dengan t-shirt turtle neck berwarna ungu lembut. Tudung labuh berwarna senada dengan baju Fatihah sarung di kepala dan sebelah kanan tudung di lilit pada tengkuk manakala sebelah lagi di pin kemas pada bahu. Coat labuh berwarna ungu disarung di badan.

Setelah puas melihat dirinya di dalam cermin Fatihah mencapai stokin berwarna ungu dan menyarungkan stokin itu pada kaki.

Sempat Fatihah mengerling Raihan di sofa single pada hujung bilik itu. Dia sudah siap memakai seluar jeans putih dengan t-shirt tebal lengan panjang ungu tua beserta mafla pada leher.

Tak nampak pun sebenarnya Raihan tu ustaz. Dia lebih kelihatan seperti model pakaian. Dengan rambut disikat kemas dan kacamata hitam tersangkut elok pada poket atas sebelah kanan baju.

"Abang ustaz tapi kenapa bila keluar tak macam ustaz pun". Fatihah bersuara. Raihan kerut kening.

"Sukahati abanglah... Awak tu isteri ustaz tapi tak nampak macam isteri ustaz pun". Terus berasap rasanya telinga Fatihah dibuatnya.

Selamba sahaja Raihan keluar meninggalkan Fatihah yang bengang sendiri itu.

Fatihah jalan menghentak kaki. Mujur sahaja apartment papanya dari batu kalau dari kayu mahu bunyi macam gergasi sedang berjalan.

Fatihah capai kasut platform yang elok terletak pada rak kasut. Kasut warna putih itu disarung ke kaki.

Farihah sudah berdiri di luar pintu pagar dengan berbaju kod hijau pucuk pisang dan skirt kembang payung berwarna cream. Dia mengenakan tudung berwarna cream dan kasut platform bertali berwarna hitam.

Fatihah capai tangan adiknya dan berlalu pergi meninggalkan Raihan. Terkebil-kebil Farihah
dibuatnya.

"Gaduh ke? Muncung aja". Farihah sudah dapat menebak situasi sekarang.

"Mana ada... Kakak riha ni  manja sangat, melawak pon tak boleh". Ujarnya tanpa perasaan.

"Melawak sangat, kerja sakitkan hati orang sahaja". Fatihah membalas tanpa memandang Raihan.

"Haish, gaduh sahajalah... Awak berdua ni dalam mood honeymoon... Mana boleh gaduh, nanti riha tak dapat anak buah". Farihah melepaskan tangan kakaknya dan berlari menjauh. Dia tertawa sedikit sambil menutup mulut.

"Farihah Maisarah!" Jerit kedua-dua serentak.

"Wow! Sehati sejiwa... Bolehlah ni dapat anak buah awal tahun depan". Fatihah dan Raihan berpandangan sesama mereka. Muka Fatihah sudah membahang merah.

"Jangan lari adik... Akak dapat jaga". Fatihah terus mengejar langkah Farihah. Tidak sanggup menatap wajah bersahaja Raihan.

"Wek! Akak tak dapat... Lari pun lembap". Sempat lagi Farihah memerli kakaknya.

Mereka berkejar-kejaran di tempat letak kereta. Mujur sahaja tempat letak kereta waktu itu sunyi.

Maklumlah jam sudah pukul 9 pagi, dan hari ini hari Isnin pasti sudah ramai ke tempat kerja. Mereka sahaja yang ada di tempat letak kereta itu.

Papa dan mama mereka awal pagi lagi sudah berangkat ke tempat kerja kerana ada meeting tergempar.

Raihan menggelengkan kepala melihat telatah dua beradik itu. Kereta sewa dia hampiri dan alarm kereta di tekan.

Farihah terus berlari ke pintu kereta belakang, dibuka pintu itu kemudian di tutup setelah dia memboloskan diri kedalam perut kereta.. Tak sempat Fatihah menahan pintu itu dari ditutup untuk  mencubit adiknya.

Farihah tayang muka kemenangan sambil memegang pemegang pintu agar Fatihah tidak boleh membuka pintu belakang kereta itu.

Dan akhirnya Fatihah mengalah. Pintu kereta bahagian penumpang hadapan dia buka dan memboloskan diri kedalam perut kereta.

Sempat Fatihah menjeling adiknya yang duduk di belakang Raihan. Farihah menjelirkan lidah kearahnya.

---------

Fatihah merebahkan diri diatas tilam empuk itu. Letih berjalan melihat kawasan. Nasib sahaja dia sudah  solat isyak di masjid sebelum pulang tadi.

"Pergi mandi". Mata Fatihah buka sebelah. Raihan sudah bercekak pinggang di hadapannya.

"Abang pergilah mandi dulu". Fatihah berkata malas. Dia kembali memejamkan mata.

Tenang dia rasakan. Raihan sudah berjalan ke almari baju untuk mengambil baju tidur sebelum ke bilik air meninggalkan isterinya diatas katil.

20 minit kemudian...

Raihan yang sudah segar keluar dari bilik air dengan tuala tersangkut pada bahu. Dia sudah lengkap berpijamas jalur itu berjalan menghampiri katil dimana Fatihah sedang berdengkur kepenatan.

"Bangun mandi, lepastu baru tidur". Kejut Raihan perlahan sambil menyentuh jari kaki Fatihah yang masih berlapik stokin.

"Lima minit". Ujar Fatihah malas tanpa membuka mata.

"Now Fatihah... Ke nak abang yang mandikan?" Terus terbuntang mata kantuk Fatihah.

"Saya boleh mandi sendiri". Segera dia bangun dari katil. Dalam keadaan mamai dia cabut beg silang, tudung, coat dan anak tudung. Stokin turut dilucutkan sebelum dia berjalan terhuyung-hayang ke arah bilik air.

15 minit kemudian...

"Abang!" Terperanjat Raihan yang sedang membaca tafsir Al-Quran itu.

Terus Raihan berlari ke bilik air. Pintu bilik air diketuk cemas.

"Tiha... Kenapa? Buka pintu ni" Soalnya risau.

"Baju. Tiha terlupa bawa baju tidur... Abang tolong ambilkan dalam almari, Tiha dah letak sekali". Ujarnya tanpa membuka pintu bilik air. Raihan ketap bibir.

Dia terus berjalan ke almari pakaian tanpa suara. Baju pyjamas bercorak kartun itu diambil dan dibawa ke bilik air.

"Ni bajunya... Bukalah pintu". Ujarnya geram. Pintu di ketuk.

Fatihah buka sedikit pintu bilik air. Dia tersengih menayangkan wajah tidak bersalahnya itu. Segera baju ditangan Raihan di capai dan pintu ditutup kembali. Wajah bengang Raihan tidak di hiraukan

"Thanks". Ujarnya dari dalam bilik air. Raihan terus berlalu ke katil menyambung kembali pembacaannya.

---------

Fatihah yang baru keluar dari bilik air terus merebahkan diri diatas katil tanpa menghiraukan Raihan yang ada di sebelah.

"AL Mulk dulu". Ujar Raihan perlahan tapi masih boleh di dengari Fatihah.

Dengan malasnya Fatihah duduk di samping Raihan sambil menarik selimut tebal menutupi kepala. Dia menguap sebelum membetulkan duduknya.

Raihan hanya menggeleng kepala melihat gelagat isterinya. Mereka memulakan bacaan dengan ummul kitab AL Fatihah.

Fatihah yang mengantuk merebahkan kepala pada lengan Raihan tanpa disuruh. Mulut masih terkumat-kamit membaca ayat AL Mulk yang dibaca Raihan.

Usai sahaja membaca surah AL Mulk, mereka sambung dengan membaca surah AL Kahfi 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir. Mata Fatihah semakin memberat dan akhirnya Raihan baca seorang diri.

"Tidur elok-elok". Tegur Raihan sebaik sahaja selesai membaca surah AL Kahfi sendirian tadi.

"Hem, selamat malam ustaz Saya". Ujarnya mamai. Fatihah terus membaringkan tubuhnya dan selimut yang menutupi kepala tadi di bawa menutupi badan yang sudah berbaring.

Raihan letak tafsir Al-Quran di atas meja lampu sebelum mematikan lampu tidur di sisinya.

Sempat dia usap kepala Fatihah yang sudah lena itu sebelum dia merebahkan badan di samping isterinya. Selimut di tarik sehingga ke dada. Doa tidur dibaca sebelum dia turut melelapkan mata.

nak suami ustaz Where stories live. Discover now