10

1.1K 28 0
                                    

"So kita nak kemana pula". Soal Husna sebaik sahaja mereka keluar dari kedai buku.

"Tengok wayang jom, ada movie baru". Cadang Fatihah teruja.

"Kita pergi makanlah... Abang belanja, dengar cerita ada kedai jual nasi ayam penyet yang sedap area sini... Movie bila-bila boleh tengok, dekat rumah pun ada Astro first". Sangkal Raihan. Dia pantas berjalan ke kereta.

"Abang Raihan nak belanja makan... Jom pergi". Wawa ikut langkah Raihan.

"Yeh! Makan orang belanja yang paling di impikan". Husna berlari anak mengikut langkah Wawa.

"Tapi orang nak tengok wayang". Akhirnya cadangan Fatihah dipandang sepi semuanya.

Terpaksalah Fatihah ikut langkah mereka dengan langkah yang berat.

----------

"Nak pergi mana?" Soal Raihan apabila Fatihah meluru keluar dari kereta meninggalkannya.

"Sibuk!" Terus dia berlari masuk kedalam rumah. Barang-barang yang dibeli ditinggalkan di dalam kereta.

"Merajuk lah tu". Raihan keluarkan barang yang dibeli tadi sebelum mengunci kereta dan masuk kedalam rumah.

Baru sahaja langkah kaki Raihan tiba di tingkat dua banglo telinga Raihan sudah dapat menangkap muzik kuat dari ruang televisyen.

Pantas langkah kaki yang ingin ke bilik melencong ke arah ruang televisyen. Jenguk sahaja kepala dalam ruangan itu, matanya terus tertangkap tubuh Fatihah yang sedang menari mengikuti rentak lagu yang terpasang.

"Abang. Kenapa matikan televisyen". Terhenti segala tarian Fatihah dibuatnya.

"Dah nak asar. Naik mandi dan solat". Tegas dia berkata. Sengaja dia bercekak pinggang dan tayang wajah serius.

"Alah, orang nak menari. Buka balik". Fatihah cuba merampas alat kawalan jauh dari tangan Raihan.

"Fatihah Maryam, jangan suruh abang ulang apa yang abang cakap tadi". Terhenti tindakan Fatihah. Dia pandang Raihan dengan muka tak puas hati.

"Wayang tak boleh, nak karaoke dekat rumah pun tak boleh, bencilah!". Jerit Fatihah sebelum berlari meninggalkan ruangan itu.

---------
"Tiha, jom aku belanja kau makan". Fatihah yang sedang berjalan itu menoleh ke sisi.

"Makan lunch? Dengan kau? Berdua?" Lelaki itu mengangguk. Fatihah tertawa kecil.

"Jomlah. Aku belanja, lepastu kita pergi tengok wayang ataupun kita pergi karaoke". Tambah lelaki yang memakai tag nama Badrul itu.

"Kita pernah keluar tak sebelum ni?" Lelaki itu menggeleng. " Than, you know my answer". Fatihah berjalan laju meninggalkan Badrul.

"Sekali sahaja Tiha, jomlah". Badrul mengejar langkah Fatihah. Dia masih memujuk.

"Aku malaslah. Nanti ada sahaja gosip liar dekat sekolah ni". Fatihah menjarakkan sedikit tubuhnya apabila Badrul semakin merapatkan jarak antara mereka.

"Aku jamin tak ada siapa berani sebarkan gosip pasal kita... Jomlah". Fatihah menyandarkan tubuh pada koridor. Dia pandang wajah berharap Badrul itu.

"Urh, fine... Sabtu ni kau set tempat aku datang sendiri". Dia peluk tubuh. Badrul sudah tersenyum gembira.

"Yes, Sabtu ni ok... Aku tunggu... Sabtu ni". Fatihah geleng kepala melihat gelagat Badrul yang terlebih teruja itu.

---------

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ustaz". Ayat yang dituturkan ketua kelas itu diikut rakan sekelas yang lain.

"Waalaikumussalam... Semua boleh duduk". Bunyi kerusi ditarik menandakan mereka sudah duduk di tempat masing-masing.

Raihan pandang satu persatu wajah pelajarnya dan berhenti lama pada wajah Fatihah yang berada di barisan kedua tengah kelas.

"Hensem ya abang Raihan pakai kemeja jalur-jalur Harini". Bisik Wawa pada telinga Fatihah. Terus Fatihah tolak muka Wawa yang berada dekat dengannya itu.

"Kau nak kena tampar ke?" Keras suara Fatihah walaupun perlahan.

Mentang-mentanglah Raihan membahasakan dirinya 'abang' tempoh hari, sehingga sekarang Wawa dan Husna memanggil Raihan abang. Bengang juga Fatihah dibuatnya.

"Hari ini kita akan bahaskan topik ibadah, tanggungjawab suami dan isteri". Ujar Raihan tetapi perkataan isteri itu ditekankan sambil memandang Fatihah.

"Tu nak mengenakan akulah tu". Ujar Fatihah perlahan.

"Apa kau cakap". Wawa pusing menghadap aku. Aku tersengih.

"Eh, tak ada apa-apa... Aku cakap sorang-sorang". Wajahnya aku tolak supaya menghadap ke hadapan kembali.

"Kita mulakan dengan tanggungjawab suami..." Dan kelas pun bermula dengan Fatihah yang seperti tidak bersemangat itu.

Mana tidaknya awal-awal lagi dia dah kena perli dalam diam.

----------

"Pagi tadi sakan berdating dekat koridor ya". Fatihah yang sedang menjamah nasi mengangkat wajah. Dicarinya wajah Raihan yang dingin itu.

"Siapa? Saya?" Soal Fatihah sambil menjongket kening.

"Eh tak, isteri abang yang berdating dengan budak sekolah dia". Perli Raihan sambil meneruskan suapannya.

"Mana ada saya dating". Fatihah yang sudah selesai makan segera bangun dan ke dapur. Ditinggalnya Raihan seorang diri.

"Abang belum habis cakap lagi". Pergelangan tangan Fatihah, Raihan cengkam kuat apabila gadis itu seperti ingin melarikan diri dari bersoal jawab dengannya.

"Tanggungjawab suami adalah menyayangi dan melayani isterinya dengan lemah lembut". Fatihah ulang balik ayat yang Raihan sebut di dalam kelas. Cengkaman itu cuba dilepaskan namun semakin kuat.

"Tanggungjawab isteri adalah memberi layanan yang baik dari segi zahir dan batin kepada suami". Sengaja Raihan menekan perkataan 'batin' itu. Fatihah menjeling suaminya.

"Abang yang tak pernah minta, nak salahkan orang pula". Fatihah tarik kuat tangannya dan akhirnya terlepas dari cengkaman tangan kasar Raihan.

"Huh! Nak minta macam mana, dekat sikit pun dah lari berbatu". Fatihah terus terdiam.

"Dah abang menyeramkan, saya... Saya takut lah". Tergagap Fatihah membalas.

"Hello, abang siap bagi salam tahu... Dia yang letak bantal peluk dekat tengah-tengah lepastu terus selubung sampai kepala".

"Saya penatlah time tu, saya kan student lagi... Banyak kerja sekolah". Dalih Fatihah.

"Alasan lapuk". Raihan mencebik.

"Sudahlah... Saya nak tidur". Fatihah berlari-lari anak memanjat tangga.

"Tengok tu belum tuntut apa-apa dah lari". Fatihah pekakkan telinga mendengar kata-kata Raihan. Dia tetap meneruskan langkahnya.

---------

Nak pergi mana cantik-cantik ni?" Soal Raihan sambil merapati Fatihah yang sedang membetulkan awning tudung bawal.

Fatihah yang memakai baju inner putih dipadankan dengan jacket labuh berwarna baby blue dan seluar palazo warna royal blue itu menoleh.

"Saya nak keluar boleh?" Baru dia teringat dia belum minta kebenaran.

"Macam selalu". Fatihah pandang wajah Raihan yang elok bersandar pada dinding di sebelah almari solek itu.

"Alah, tak payah ikutlah. Abang selalu ikut, kali ni takpayahlah ikut". Fatihah buat muka comel.

"No way, abang dah janji dengan mama and papa akan jaga awak dengan baik. Jadi kemana sahaja awak pergi abang kena tahu". Ujar Raihan mendatar. Dia berjalan dan duduk di sofa. Telefon pintar di capai.

"Tapi saya dah bagitahu, saya keluar lunch dengan kawan je, lepastu saya janji saya terus balik". Raihan menatap telefon bimbit nya.

"Tetap tak boleh". Fatihah diam dan memandang Raihan yang tidak memandangnya.

"Okey, awak boleh ikut. Jom cepat". Lama Fatihah memikirkannya sebelum setuju. Dia capai beg dan di sangkut pada bahu sebelum keluar dari bilik.

nak suami ustaz Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang