11

1.1K 31 0
                                    

Fatihah rasa gementar apabila kereta sudah berhenti di kotak letak kereta. Raihan yang santai berbaju t-shirt kolar itu sudah mematikan enjin kereta.

"Tak mahu keluar ke". Soal Raihan apabila Fatihah seperti tidak mahu keluar dari kereta.

"Ha? Eh, jom keluar". Terketar-ketar Fatihah membuka pintu kereta. Raihan pandang pelik isterinya.

Kenapalah aku setuju. Patut tadi aku cancel je. Kenapa aku tak terfikir benda ni. Kau ni Tiha, cari pasal.

Bebel Fatihah dalam hati. Dia sudah lihat, Kelibat Badrul yang sudah duduk membelakanginya.

"Mana kawan awak tu". Terperanjat Fatihah dengan suara mendatar Raihan.

"Er, hai Badrul". Sapa Fatihah sebaik sahaja berdiri di sebelah meja yang Badrul duduk.

"Tihaaa..." Mata Badrul beralih pada lelaki yang berdiri di belakang Fatihah. "Ustaz... Raihan?".

"Dah order makan ke?" Fatihah yang gelabah terus duduk di kerusi hadapan Badrul. Raihan hanya diam dan mengambil tempat di sebelah Fatihah.

"Eh. Belum, tunggu Tiha. Em, maaf tanya, apa hubungan kau orang berdua?". Badrul sedikit berbisik apabila bertanya. Sempat dia kerling Raihan yang bersahaja itu.

"Kami... Kami saudara, ni abang saudara aku... Abang Raihan". Raihan jeling Fatihah yang bercakap gugup itu.

"Oh, faham". Dan pelayan pun datang untuk mengambil order.

------------

"Kawan ya?" Fatihah diam membisu di dalam kereta. "Keluar makan ya?" Fatihah garu pipinya yang tidak gatal sambil melontarkan pandangan ke luar tingkap.

"Betullah... Kawan".

"Kalau abang tak ikut tadi mesti berdua je... Awak kena ingat awak tu isteri saya, jaga pergaulan".

"Kami keluar makan sahaja. Bukan buat apa pun". Terus Raihan memberhentikan kereta di bahu jalan dan merapatkan diri dengan Fatihah.

"Keluar makan berdua sedangkan awak memegang status bini saya, sangat tidak patut". Perlahan, namun menggerunkan.

Fatihah menikus diri di tempat duduknya. Tali pinggang keselamatan yang melilit tubuhnya di pegang kejap apabila Raihan mencengkam kusyen kereta tempat dia sandar itu.

"Sorry". Tangisan ditahan. Wajah bengis Raihan itu menakutkannya.

Raihan kembali meneruskan pemanduan nya. Fatihah sudah teresak menangis apabila Raihan tidak menunjukkan respon.

----------

Fatihah sudah gelisah sendirian di dalam bilik. Jam pada skrin telefon dia pandang.

12.30 tengah malam dan Raihan masih tidak masuk kedalam bilik.

Penantian dia akhirnya membuahkan hasil. Pintu bilik terkuak. Fatihah pantas turun dari katil dan merapati Raihan

"Abang, saya betul-betul minta maaf". Fatihah pegang tangan Raihan yang baru melangkah masuk ke dalam bilik.

Tanpa kata, Raihan menarik lengannya dari pegangan Fatihah dan naik keatas katil. Wajah sendu Fatihah langsung dia tidak hiraukan.

Fatihah pandang sekeliling, matanya tertancap lama pada tafsir Al-Quran di meja kopi bersebelahan sofa.

Dia ambil tafsir Al-Quran itu dan katil di panjat katil. Sempat tangan mencapai tudung sarung yang terdampar diatas sofa.

Raihan buka mata apabila dia rasa ada benda menindih dadanya. Mata Raihan yang tertancap pada tafsir Al-Quran itu beralih pada wajah berharap Fatihah.

nak suami ustaz Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang