8

1.1K 29 0
                                    

Hari berganti hari akhirnya mereka perlu pulang ke Malaysia meninggalkan papa dan mama di bumi Australia.

"Will miss you mama". Fatihah peluk erat mamanya. Mama mengusap belakang anak sulungnya.

"Raihan jaga anak papa elok-elok ya". Raihan mengangguk dan mencium tangan papanya.

"Insyaallah, Raihan akan jaga budak kecil dua orang ni dengan baik". Fatihah menjeling.

"Suka hati panggil orang budak kecil... Papa, jaga mama elok-elok... I will miss you". Tubuh papanya di peluk juga.

"Mama, nanti adik rindu macam mana?" Soal Farihah dalam sendunya.

"Drama Queen lah adik". Fatihah memukul lembut lengan adiknya.

"Sibuk kakak... Pukul orang je kerjanya". Sempat Fatihah membebel sambil mengusap tempat yang dipukul kakaknya.

"Jom pergi". Raihan menyalami tangan mamanya.

"Jaga anak mama baik-baik Raihan, banyakkan bersabar dengan kerenah mereka ya". Raihan senyum dan dan angguk.

"Papa... Adik akan rindu papa". Tubuh tua itu Farihah dakap erat.

"Anak manja papa ni. Belajar elok-elok, jangan nakal-nakal dekat asrama". Farihah mengangguk dan tersengih.

"Dah jom". Tudung si adik di tarik geram.

"Ish! Kakak kau memang cari pasal". Fatihah terus menyorok di belakang Raihan apabila Farihah sudah naik angin. Raihan hanya menggeleng kepala termasuklah mama dan papa mereka

"Kami pergi dulu". Ujar Raihan.

"Hati-hati" mereka mengangguk. Fatihah berlari anak meninggalkan mereka berdua. Takut dipukul si adik yang dari tadi tayang wajah tidak puas hati itu. Mujur sahaja Raihan yang membawa bagasi besarnya itu.

---------

Tamat sudah cuti sekolah yang berbaki lagi seminggu itu. Farihah sudah selamat dihantar pulang ke asrama petang tadi.

Kini tinggallah raihan dan Fatihah berdua. Raihan pandang Fatihah, Fatihah pandang Raihan.

Fatihah pegang perutnya yang berbunyi. Raihan jongket kening kearah Fatihah di depannya.

"Laparlah saya". Dia buat wajah comel pada Raihan.

"Lapar pergilah makan apa yang ada dekat dapur... Cakap dekat abang bukan boleh kenyang". Ujar Raihan sinis.

"Nak bermanja pun tak boleh... Sudahlah... Saya nak pergi selongkar dapur". Fatihah bangun meninggalkan Raihan sendiri.

Raihan buat tak tahu dengan telatah Fatihah yang sudah berlari-lari anak ke dapur. Televisyen yang terbuka dari tadi dia alih siaran.

-----------

"Saya nak awak kumpulkan buku harini juga". Ujar Raihan terganggu dia dengan suara tawa.

Di pandang sekeliling untuk mencari dari mana datangnya suara kuat itu. Matanya tertacap pada sudut tepi kantin.

"Baik ustaz... Kalau tidak ada apa-apa, saya pergi dulu". Raihan mengangguk.

Dia mula mengorak langkah ke arah sudut kantin sebaik sahaja pelajar lelaki itu beredar.

"Assalamualaikum". Terhenti tawa mereka bertiga apabila Raihan menyapa.

"Waalaikumussalam ustaz Raihan". Wawa dan Husna sudah tersengih-sengih. Fatihah terus diam membisu.

"Tak ada kelas ke?" Soal Raihan. Fatihah terus bangun.

nak suami ustaz Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang