Disebabkan fatihah pura-pura terseliuh bahagian kaki, kakinya kini dibalut dan dia dilarang menyertai semua aktiviti Outdoor yang ada seperti water tubing yang akan dijalankan petang ini dan night walk pada malam nanti.
Akhirnya Fatihah mengeluh sendiri, inilah padahnya menipu. Allah bayar cash.
Akhirnya dia duduk sahaja di batu besar di tepi sungai dengan wajah bosan. Merenung air yang mengalir dengan rasa geram pada diri sendiri.
"Lain kali jangan menipu". Fatihah pusing ke belakang. Raihan berdiri sambil berpeluk tubuh.
"Mana ada saya menipu". Fatihah kembali menghadap ke hadapan. Raihan duduk jauh sedikit dari tempat Fatihah duduk itu.
"Hem, tengok muka pun tahu yang kaki tu tak terseliuh pun". Fatihah pandang Raihan yang tenang memandang air mengalir itu.
"Kenapa abang tak join main water tubing?" Soal Fatihah mengubah topik.
"Malaslah, tak ada isteri yang perlu dijaga... Isterinya ada di sini keseorangan, lagipun abang dah pernah main". Ujar Raihan bersahaja. Fatihah tersenyum.
"Mereka tak syak apa-apa ke?" Soal fatihah lagi.
"No, abang cakap abang loya... Bila waktu petang sahaja abang loya sebab pembawakan budak jadi mereka tak fikir apa... And ada Hairul yang demam dekat dalam khemah sana tengah berehat jadi, abang cakap abang akan pantau kamu berdua". Fatihah mengangguk.
"Nanti kita ke sini lagi ya, saya nak juga main water tubing tu". Ujar Fatihah setelah lama berdiam diri.
"Itulah lain kali jangan tipu kan dah menyesal". Fatihah muncung.
"Mana ada tipu". Fatihah tetap hendak menegakkan benang yang basah. Raihan menggeleng kepala melihat telatah isterinya itu.
"Jom makan abang tahu anak abang tu lapar". Raihan bangun dari duduknya dan Fatihah mengikuti jejak langkah Raihan yang sudah kembali ke tapak perkhemahan.
Raihan keluarkan biskut dan kek pisang yang dibeli tempoh hari bersama air kotak Dutch lady coklat.
Sempat dia mengajak Hairul yang sedang berehat didalam khemah itu.
Mereka bertiga menjamah makanan tersebut sehinggalah yang lain pulang dengan keadaan basah kuyup.
-------------
"Tunggu dalam kereta, abang kena uruskan pelajar-pelajar yang belum pulang dulu". Fatihah mengangguk. Dia duduk di tempat penumpang hadapan dan kerusi diturunkan agar berbaring.
Mengantuk kerana kurang tidur. Namun perutnya yang berbunyi perlu diisi.
Dengan malasnya dia matikan enjin kereta dan berjalan keluar ke koperasi sekolah.
Hari ini hari Rabu jadi koperasi buka sehingga jam 5 petang kerana pelajar ada aktiviti kokurikulum.
Susu kacang soya dan roti coklat diambil lalu dia ke kaunter pembayaran.
Duit 100 ringgit dari dompet dikeluarkan sebelum dihulur pada sidang penjaga kaunter.
"Besarnya duit adik. Tak ada duit kecil ke? Akak tak ada duit tukar sebanyak ini sebab duit baru je simpan dalam peti" Soal akak itu. Fatihah menyelongkar dompet lagi. Namun hampa.
"Tak ada kak ini paling kecil".
"Tak apa kira sekali dengan saya punya". Fatihah menoleh. Emir disebelah meletakkan botol mineral dan sepeket gula-gula diatas kaunter.
"Eh tak payah saya tak jadi belilah kalau begitu". Terus Fatihah simpan duitnya kembali. Dia terus keluar dari koperasi.
"Kira je sekali". Penjaga kaunter itu mengangguk.

ANDA SEDANG MEMBACA
nak suami ustaz
ContoObses Satu perkataan yg mengambarkan diri fatihah saat melihat lelaki berjubah Dan berkopiah. Namun, bukan ustaz Raihan yang dia dambakan. Lelaki itu sudahlah abang sepupunya. Lelaki itu membencinya sejak kecil. Kata-kata yang keluar dari mulutnya s...