20

1K 33 0
                                    

Perlahan-lahan langkah kaki diatur memasuki surau sekolah. Dia berjalan ke tempat berwudhuk wanita. Handsock dan stokin dilucutkan dari tubuh. Tudung dan serkup dibuka, lengan baju di lipat sehingga ke siku.

Hari ini dia berpuasa ganti jadi lebih baik dia isi waktu rehatnya dengan solat dhuha.

Telekung yang tergantung di dalam almari dicapai dan di sarung pada kepala. Tudung sekolahnya digantung pada hanger.

Takbir diangkat sebagai tanda solat sunat dhuha dimulai.

Usai sahaja mengaminkan doa yang dibaca sendiri, Fatihah kembali ke almari untuk menggantikan telekung dengan tudung sekolahnya.

Fatihah yang ingin melangkah keluar dari surau terbantut. Suara itu, suara bacaan Alquran yang sudah lama dia tidak dengari.

Perlahan-lahan Fatihah bawa langkah ke langsir yang memisahkan antara saf lelaki dan saf perempuan.

Fatihah menyelak sedikit langsir dan dia dapat melihat belakang badan lelaki yang dia kenali itu.

-----------

"Kenapa tak tidur lagi?" Fatihah yang sedang menelentangkan terus meniarap diatas katilnya. Telefon masih melekap pada telinga kanannya.

"Abang belum mengaji lagi untuk saya macam semalam". Ujar Fatihah manja. Dia tersenyum sendiri.

" Okey... Nak baca surah apa, cepat cakap abang tengah baik hati ni". Fatihah tergelak perlahan.

"Surah Al-Fatihah". Emir disebelah sana tertawa.

"Baik tak payah kalau Al Fatihah... Awak pun boleh baca sendiri".

"Alah! Itukan nama saya... Em, kalau macam tu AL hadid lah".

"Kenapa al Hadid?" Soal Emir. Fatihah kembali menelentangkan diri.

"Sebab al Hadid bermaksud besi, dan kalau kita ada anak saya nak letak anak kita nama Hadid". Ujar Fatihah.

"Amboi dah fikir, awak tu baru 14 tahun tau" Soal Emir gatal. Fatihah tertawa manja.

"Eee,  sibuk. Dah cepatlah baca". Emir tertawa sebelum memulakan bacaan ayat suci Al-Quran untuk Fatihah.

-------------

Fatihah menyandarkan dirinya pada dinding di sebelah. Dia pegang dadanya yang berdegup kencang itu. Tiba-tiba dia jadi sebak.

Suara merdu Emir yang mengalunkan ayat dari surah al Hadid itu meruntuhkan jiwanya.

Kenangan lama bermain di ingatan. Sungguh dia rindu lelaki yang bernama Emir Shah itu.

Tanpa di pinta air matanya mengalir lesu. Kenapa kau muncul disaat aku sudah dimiliki lelaki lain secara mutlak Emir.

Kenapa aku masih menyintai kau disaat aku harus mencintai suami ku Emir.

Fatihah merintih sendiri. Dia tersedar apabila  loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat.

Fatihah bangun dan air mata dikesat. Segera dia menyarung kasut hitamnya sebelum berlari anak untuk memasuki kelas.

--------------

Raihan berjalan selamba melintasi tempat dimana Fatihah duduk. Fatihah yang melancarkan perang dingin itu tidak diendahkan.

Raihan terus ke pintu utama rumah sebelum keluar dan memboloskan diri kedalam perut kereta.

Fatihah hanya memerhati dari dalam, disebalik langsir tingkap ruang tamu itu dia dapat melihat kereta Raihan bergerak keluar dari perkarangan rumah.

nak suami ustaz Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang