3

1.1K 34 0
                                    

"Tiha... Jatuh ke tadi siang masa dekat sekolah". Fatihah yang baru sahaja melabuhkan duduk memandang mamanya.

"Mana mama tahu Tiha jatuh tadi?". Perlahan-lahan dia memandang wajah Raihan yang selamba itu.

"Abang Raihan pun ada ke masa Tiha jatuh tadi?" Soalnya lagi. Raihan memandang fatihah sebentar sebelum meneruskan suapanya.

"Sakit tak? Ada lebam mana-mana tak? Kalau sakit cakap kita boleh pergi klinik". Ujar mama risau tanpa menghiraukan pertanyaan Fatihah.

"Eh! Ok je... Sikit je ma... Jangan risau ya".

"Lain kali hati-hati". Papa pula bersuara.

Fatihah mengangguk dan tersenyum sambil memandang Raihan. Lelaki itu turut memandangnya dengan tatapan tajam. Pantas kedua mereka mengalihkan pandangan apabila tersedar dengan renungan masing-masing.

___________

Fatihah mengetuk dagunya dengan pen. Sebelah tangan menongkat muka diatas meja belajar.

"Tiha".

"Oh mak aku nak kahwin dengan ustaz". Tercampak pen ditangan.

Membulat mata Fatihah apabila ayat itu terpacul dari mulutnya. Segera bibir mungil itu ditekup dengan tangan kecilnya. Dia segera memusingkan tubuh menghadap pintu bilik.

Mamanya sudah tersenyum dan melangkah masuk. Fatihah malu sendiri.

"Mama ada benda nak cakap dengan Tiha". Mamanya melangkah ke arah katil dan duduk di birai katil.

"Cakap apa mama?" Soal fatihah sambil bangun menghampiri mamanya. Dia melabuhkan punggung di sebelah kiri mamanya.

"Untuk tiha". Sebentuk cincin emas belah rotan yang terletak elok didalam bekas dihulurkan. Fatihah memandang mamanya dengan wajah curiga.

"Untuk apa? Trial SPM pun belum... Dah bagi hadiah". Fatihah mencapai bekas kecil itu. Terus cincin itu dicapai dan di sarung pada jari manisnya. Dia mengangkat tangannya keatas.

"Cincin risik kamu... Dari Raihan". Terus Fatihah memandang mamanya. Cepat-cepat cincin yang cantik tersarung pada jari manisnya dibuka.

"Apa mama merepek ni". Terus bekas cincin itu diletak atas peha mamanya.

"Merepek apa? Betullah... Mama dengan Papa berkenan sangat Tiha dengan Raihan dari kecil lagi... Dan sekarang mama rasa waktu yang tepat untuk Tiha tahu". Terlopong Fatihah dibuatnya.

"Mama dengan papa tak boleh tentukan hidup Tiha macam ni... Tiha muda lagi... Kahwin dengan Abang Raihan? Dia tak suka Tiha mama". Fatihah bangun sambil memeluk tubuh.

"Kamu yang merepek? Bila pula Raihan tidak suka dengan kamu... Jika benar dia tak suka kamu mengapa dia ajak mama beli cincin ni semalam". Cincin yang berada di tangan mamanya Fatihah pandang.

"What no... Tiha, Tiha muda lagi... Tiha nak sambung belajar, nak ada kerjaya sendiri". Bangkang Fatihah lagi.

"Tunang sahaja dulu... Raihan faham Tiha nak sambung belajar... Kamu kahwin lepas Tiha tamat belajar... Raihan tak kisah". Fatihah terdiam.

"Tiha nak sambung sampai master". Terus mamanya menjeling membuatkan Fatihah menikus.

"Jangan nak mengada... Mama tetap nak Tiha dengan Raihan... Kalau Tiha sayang mama dengan papa terimalah pilihan kami". Cincin itu mama letak diatas meja belajar dan berlalu keluar. Fatihah sudah terdiam. Dipandang mamanya yang sudah melangkah pergi kemudian bekas cincin pula dia pandang.

--------

Fatihah berdiri dihadapan pintu kayu sambil memandang bekas cincin ditangan kanannya.

Bekas cincin itu digenggam kuat sebelum nafas berat di hembus.

Tombol pintu bilik itu terus di pulas dan dia masuk kedalam bilik tidur itu.

"Hey! Tak reti ketuk dulu ke sebelum masuk?". Terkulat-kulat Fatihah dibuatnya. Terus dia keluar kembali sebelum menutup pintu bilik itu kuat.

"Berlagak betul". Bebel Fatihah sendirian. Terus terbantut niatnya untuk bertanyakan hal cincin itu. Baru ingat nak berbaik tadi.

"Tak malu ke main masuk sahaja bilik anak teruna orang? Tak ada adab betul perempuan zaman sekarang". Membulat mata Fatihah. Terus dia tidak jadi melangkah. Tubuh dipusing ke belakang dengan wajah bengang.

"Dah tahu kita tak ada adab kenapa nak kahwin dengan kita!" Terus bekas cincin itu dilempar ke dada Raihan yang tersarung t-shirt tanpa kolar itu.

Raihan yang menayangkan wajah terkejut itu tidak Fatihah hirau kan. Terus fatihah berlari memanjat anak tangga menuju ke biliknya.

Kedebum!

Pintu dihempas kuat sehingga mamanya di dapur turut terkejut.

"Kenapa Raihan... Siapa yang hempas pintu kuat sangat tu?" Soal mama pelik. Raihan tunjuk bekas cincin yang dia sambut masa Fatihah baling tadi.

"Badmood anak dara mama tu". Selamba sahaja dia berkata. Bekas cincin di tangannya di beri pada mama.

"Maaflah, Tiha tu budak lagi... Faham-fahamlah sendiri". Bekas cincin bertukar tangan.

"Raihan faham... dari kecil dengan dia". Raihan tersenyum nipis.

--------

Fatihah bangun dari tidur dan mengeliat.

Dia yang masih mamai terus mencapai tuala dan ke bilik air.

20 minit kemudian Fatihah keluar dari bilik air dengan siap berpakaian sekolah.

Dia berjalan ke meja solek untuk menyikat rambut.

Sedang sibuk menyikat rambut matanya terpandang bekas cincin diatas meja belajar melalui pantulan cermin.

Membulat matanya. Terus di simpul kemas rambut itu dan serkup disarung pada kepala. Tudung sekolah saiz m itu disarung ke kepala.

Terus dia berjalan ke arah meja belajar. Disambar bekas cincin itu sebelum membukanya.

"Bukan aku dah baling dekat dia ke semalam?" Soal fatihah sendirian.

Cincin itu di belek-belek. Mulut mencebik geram.

----------

"Sir Faisal cari kau... Dia dekat bilik guru". Fatihah yang baru keluar dari kawasan kantin mengangguk.

"Aku jumpa Sir dulu... Korang beritahu madam Riena aku jumpa Sir tau". Husna dan Wawa mengangguk. Terus Fatihah melangkah pergi ke bilik guru meninggalkan mereka berdua.

Langkah Fatihah terhenti dihadapan pintu bilik guru yang terbuka itu. Berbulu matanya melihat adegan depan mata.

"Ustaz Raihan... Rasalah agar-agar buah saya buat ni". Ujar cikgu Wana sambil menghulurkan bekas agar-agar itu kearah Raihan.

"Terima kasih cikgu. Nanti saya rasa ya". Ujar Raihan sopan sambil mencapai bekas itu. Di buka penutupnya agar cikgu Wana tidak terasa. Dia tersenyum nipis.

"Rasa tau... Sedap tu... Ibu saya pun puji agar-agar saya". Sempat lagi cikgu Wana berkata sebelum berjalan lenggang lenggok meninggalkan meja kerja Raihan. Raihan mengangguk sebelum cikgu Wana beredar tadi.

"Setakat agar-agar aku pun pandai". Bebel Fatihah sendiri. "Eh! Bila pula aku pandai buat agar-agar ni? Makan aku tahulah". Fatihah baru teringat dia tak pernah buat agar-agar. Dia mencebik sebelum melintasi meja Raihan. Dia pura-pura tak melihat Raihan disitu. Raihan turut berbuat perkara yang sama.

"Sampai pun kamu Fatihah... Ini kuiz untuk hari ni... Maaf sangat-sangat tak dapat masuk kelas Harini... Tiba-tiba ada meeting tergempar dengan pengetua". Fatihah tersenyum sebelum mencapai kertas A4 yang agak tebal itu.

"Ini sahaja ke Sir? Sir jangan risau saya akan pastikan kelas baik-baik sahaja. Selaku penolong ketua kelas saya akan menjalankan amanah yang di beri" Lelaki separuh abad itu mengangguk. Dia tertawa sedikit melihat gaya Fatihah yang macam mementingkan pidato pada orang itu

"Jawab masa kelas saya ya... Terima kasih".

"Baik... Saya pergi dulu... Bye bye sir". Sempat Fatihah melambai tangan sebelum beredar. Sir Faisal menggeleng kepala melihat gelagat Fatihah.

Raihan yang dalam diam memerhati gelagat Fatihah itu menggeleng juga.

nak suami ustaz Where stories live. Discover now