-goodluck untuk trial SPM-
Fatihah melihat sekuntum bunga Ros merah ditangannya.
Dia tahu siapa yang beri. Siapa lagi kalau bukan Emir, memang lelaki itu sahaja yang suka beri dia bunga dari dulu lagi. Nak harapkan Raihan, dalam mimpi pun takkan berlaku.
"Huyooo! Dapat bunga dari husband". Fatihah terus tekup mulut Husna itu.
"Kau ni memang dasar mulut tak ada insurans kan... Sekali aku debik baru tahu". Dia lepas mulut Husna. Husna tersengih.
"Wow, sweet juga laki kau dekat sekolah pun siap kirim bunga dengan kad ucapan". Wawa melabuhkan duduk di sebelahnya.
Fatihah hanya mengukirkan senyuman. Bunga itu di simpan di dalam laci meja. Masakan dia hendak beri tahu, yang bunga ini dari Emir bukannya Raihan.
"Eh! Aku nak pergi surau... Kau nak ikut?" Husna dan Wawa menggeleng.
"Kita orang nak pergi kantin... Lagipun kau salah waktu, kita orang dua-dua bendera merah". Husna dan Wawa bangun
"Yelah, apa-apa cari aku dekat surau". Fatihah berjalan ke luar kelas.
Seperti biasa masuk sahaja kedalam surau Fatihah terus mengambil wudhuk dan solat Sunat dhuha.
Usai sahaja menunaikan solat sunat dhuha, Fatihah menyandarkan tubuhnya pada dinding berhampiran langsir yang memisahkan saf lelaki dan perempuan.
Dia mulai tersenyum apabila suara yang dinantikan itu mula mengalunkan bacaan suci Al-Quran.
Namun hari ini, fokusnya terganggu bila suara yang tadinya merdu membaca surah al Fatihah itu hilang diganti dengan suara lain.
"Assalamualaikum, bro lewat pula kau hari ini, selalunya aku masuk sini kau dah pergi". Sapa Emir mesra.
"Waalaikumussalam, tadi aku kena ganti kelas. Ada cikgu tak datang tu lambat Harini". Fatihah yang ingin tahu segera menghampiri langsir. Suara itu, sepertinya dia kenal.
Diselak sedikit langsir untuk melihat situasi di sebelah sana. Dari bawah matanya menangkap susuk tubuh Emir yang duduk membelakanginya dan di depan Emir terdapat seorang lelaki sedang berdiri.
Sedikit demi sedikit matanya naik keatas ingin melihat gerangan siapakah yang berdiri di hadapan Emir itu.
Membulat mata Fatihah apabila lelaki yang bercakap dengan Emir itu adalah Raihan, suaminya dan yang paling membuatkan lutut nya lemah, Raihan turut bertentangan mata dengannya.
Ya, sekarang mereka masih berbalas pandangan sebelum Fatihah yang tersedar pantas menutup kembali langsir.
Fatihah terus berdiri tegak, matanya masih tidak berkedip. Dengan langkah sumbang seperti robot dia berjalan keluar dari surau.
Cepat-cepat dia pakai kasut sekolah sebelum berlari menjauh surau. Sempat dia menyumpah seranah diri sendiri kerana gatal menyelak langsir sehingga terkantoi dengan Raihan yang dia sedang mengintai.
"Mati kau Tiha nanti dekat rumah... Habislah kau".
"Kenapa kau gatal sangat pergi ngintai... Masak aku dengan abang Raihan nanti".
"Ya Allah selamatkanlah aku, takutlah nak balik rumah".
------------
Fatihah menarik nafas dalam sebelum menghembuskan nafas berat. Dia pandang pintu rumah yang tertutup itu sambil berdoa di dalam hati.
Tali beg sekolah yang tersangkut di bahu di genggam erat. Dengan langkah perlahan dia turun dari moto skuternya dan berjalan ke pintu itu.
Perlahan-lahan pintu di kuak dan kepala di jenguk ke dalam. Kosong dan sunyi, dia masuk kedalam dan kunci pintu itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
nak suami ustaz
Historia CortaObses Satu perkataan yg mengambarkan diri fatihah saat melihat lelaki berjubah Dan berkopiah. Namun, bukan ustaz Raihan yang dia dambakan. Lelaki itu sudahlah abang sepupunya. Lelaki itu membencinya sejak kecil. Kata-kata yang keluar dari mulutnya s...