16

1K 27 0
                                    

Raihan menghampiri Husna yang sedang kehulu-kehilir di hadapan wad kecemasan itu. Dia terus ke hospital apabila kelasnya dengan 4 sains teknologi itu tamat.

Mujurlah Wawa mencarinya dan memberitahu keadaan Fatihah.

"Husna, Fatihah di mana?" Soal Raihan dengan wajah cemas. Husna garu kepala.

"Fatihah dekat dalam, dia dah sedar tapi... She pregnant". Terang Husna. Mata Raihan juga membulat seperti Fatihah tadi.

Raihan terus berjalan ke wad kecemasan diikuti Husna dari belakang.

"Fatihah... Awak tak apa-apa?" Soal Raihan sebaik sahaja dia melihat kelibat Fatihah yang sedang duduk diatas katil itu. Terus wanita itu ditarik kedalam dakapannya.

Jangan kata Husna dan Fatihah terkejut, cikgu Kalsom yang ada di sebelah lagi terperanjat dengan kelakuan Raihan itu. Fatihah kemam bibir apabila melihat wajah terkejut cikgu Kalsom itu.

"Abang... Ada cikgu Kalsom" kata Fatihah berbisik. Raihan yang tersedar terus melepaskan rangkulan nya.

"Ustaz Raihan? Buat apa di sini?" Soal cikgu kalsom apabila Raihan menoleh memandang dia. Fatihah sudah tersengih malu.

"Cikgu Kalsom... Terima kasih bawa Fatihah ke mari, sebenarnya Fatihah ni isteri saya". Terang Raihan. Lagi terperanjat cikgu Kalsom dibuatnya.

"Maaf cikgu... Kami tak mahu kecoh-kecoh sebab kami belum buat majlis resepsi lagi, sebab mama dan papa saya terpaksa ke luar negara sebab kerja. lepas mereka pulang baru ada majlis resepsi nya". Sampuk Fatihah pula.

"Astaghfirullah... Mati-matian saya ingat Fatihah di rogol". Raihan dan Fatihah berpandangan sesama mereka.

"Laporan polis tu macam mana cikgu". Selit Husna yang diam dari tadi.

"Nanti cikgu cakap dengan doktor". Cikgu Kalsom sudah berura-ura untuk mencari doktor tadi namun ditahan Raihan.

"Tak apa cikgu, biar saya uruskan". Raihan terus berlalu. Cikgu Kalsom pandang Fatihah yang tersengih itu.

------------

"Saya tak sangka ustaz raihan dah kahwin... Sampai hati ustaz tak tunggu saya". Ujar cikgu Sarah mengada.

"Maaf cikgu, nampaknya kita tak ada jodoh".

"Siapalah yang bertuah dapat ustaz Raihan ni kan?" Soal cikgu Sarah berbaur cemburu. Raihan tersenyum sahaja.

Nampaknya cikgu Kalsom menepati janjinya untuk merahsiakan hubungan Fatihah dan Raihan.

"Maaf cikgu, saya ada kelas ni... Pergi dulu" terus ditinggal cikgu Sarah sendirian.

-----------

Akhirnya Fatihah dibenarkan pulang, namun dia harus menjaga kesihatannya agar bayi dalam kandungannya tidak apa-apa.

Fatihah kehulu-kehilir sambil mengira sesuatu dengan jari. Dia kemam bibir.

Raihan pula yang naik rimas dengan telatah Fatihah yang tidak reti duduk diam itu.

"Awak kira apa Fatihah". Langkah Fatihah terhenti. Dia pandang Raihan sambil kerutkan dahi.

"Tak, saya risau perut ni membesar sebelum habis SPM". Ujarnya. Raihan terus mengira.

"Tak nampak sangat rasanya... Sekarang dah bulan 7, bulan 11 SPM, kandungan awak baru 5 bulan... Insya Allah tak nampak". Raihan cuba menyedapkan hati Fatihah.

"Saya haraplah... Nasib saya pakai tudung labuh pergi sekolah... Tak adalah ketara sangat perut ni nanti". Fatihah labuhkan duduk di birai katil.

"Come". Raihan mengamit Fatihah agar menghampirinya. Perlahan-lahan Fatihah merangkap kearah Raihan yang bersandar pada kepala katil.

nak suami ustaz Where stories live. Discover now