13

1K 28 0
                                    

"Abang Emir?".

"Fatihah?"

Mereka terkaku. Mata masing-masing masih memandang antara satu sama lain. Masa sepertinya terhenti.

Fatihah geleng kepala, langkah diatur untuk beredar.

"Boleh kita bercakap sebentar?" Langkah Fatihah terhenti. Tangan disebalik tudung itu mengenangkan cincin yang dibuat buah rantai. Dia pejam mata seraya mengangguk.

"Nak cakap apa?" Tanpa menoleh Fatihah berkata. Dia masih diam tidak bergerak dari tempat dia berdiri itu.

"Fatihah sihat?" Soal Emir sambil melabuhkan duduk di kerusi batu berdekatan Fatihah itu.

"Alhamdulillah sihat. Abb... Abang sihat?" Soalnya tergagap.

Lama dia tidak bersua muka dengan lelaki itu, wajahnya kian matang dengan janggut sejemput nya. Mata redup itu tidak sanggup di tatap.

"Abang sihat, Alhamdulillah". Lama dia diam. Fatihah sudah berura-ura hendak beredar. "Abang minta maaf sebab tinggalkan Fatihah dua tahun lepas tanpa khabar berita". Fatihah tidak jadi melangkah.

"Fatihah dah maafkan abang... Jangan risau, em... kalau tak ada apa-apa Fatihah pergi dulu".

"Nanti Fatihah, abang... Abang, nak teruskan hubungan kita kembali tapi dengan cara menghalalkan Fatihah". Fatihah terus angkat wajah menatap wajah redup itu. Mata Fatihah berkaca.

"Sudah terlambat". Perlahan, sangat perlahan. Mungkin Emir tidak mendengar ucapannya itu, dia seperti berbisik sendiri.

Cincin yang masih didalam genggaman tangan nya di genggam lebih kuat. Fatihah gelengkan kepala sebelum berlari meninggalkan Emir yang sudah terpinga-pinga dengan tindakannya itu.

----------

Fatihah menangis teresak esak diatas katil. Lutut ditarik rapat ke dada dan wajah disembahkan ke lututnya.

Kecewa tapi tak tahu pada siapa dia kecewa. Mungkin kecewa dengan Emir, kecewa dengan dirinya sendiri ataupun kecewa dengan jalan hidupnya.

"Hey! Kenapa menangis ni?" Raihan yang baru pulang terus meluru kearah katil. Beg pakaiannya sudah dicampak kemana pun tidak pasti.

Fatihah mengangkat wajah lalu menggeleng. Dia lap air mata yang sudah melencunkan wajahnya sebelum menatap wajah cemas Raihan.

"Saya, saya..." Tidak tahu mahu meluahkan perasaannya bagai mana. Wajah Raihan yang hampir dengan wajahnya di pegang dan diusap lembut.

"Siapa buat awak? Beritahu abang". Kini Raihan pula yang pegang kedua belah pipi Fatihah dengan tangannya.

"Saya rindu abang". Lain di hati, lain pula yang dituturkan mulutnya. Terus Raihan lepaskan pegangan pada pipi Fatihah itu.

"Abang ingatkan sakit dekat mana-mana lah. Abang baru pergi 2 hari". Raihan terus bangun dari duduknya.

Fatihah diam membisu. Dipandang sahaja belakang tubuh Raihan yang semakin menghilang dari pandangan matanya.

Raihan memboloskan diri kedalam bilik air. Badan yang melekit harus dibersihkan. Dia yang baru pulang dari mengiringi pemain-pemain bola sepak sekolah ke pertandingan peringkat daerah itu perlu menyegarkan badannya dengan air.

----------

"Ada ustaz baru lapor diri kelmarin". Wawa yang baru sampai terus membuka cerita. Fatihah terkedu. Dia tidak menoleh.

"Amboi kau baru je balik dari pertandingan badminton terus tahu cerita, cepat benar ya. Aku yang tak kemana ni pun tak tahu". Sampuk Husna yang sudah memusingkan dirinya ke belakang menghadap Wawa dan Fatihah.

nak suami ustaz Where stories live. Discover now