Emir tersenyum apabila melihat figura Fatihah dari jauh. Hendak mendekati gadis itu dia takut. Sudah beberapa kali juga dia cuba bercakap dengan Fatihah namun gadis itu seperti melarikan diri darinya.
Fatihah yang sedang bergurau-senda dengan Husna dan Wawa di padang sekolah itu kelihatan manis sekali pada pandangannya.
Wajah comel itu semakin matang berbanding 2 tahun lepas. Dia rindu, rindu dengan kenangan lama.
Namun dia akur, dia tinggalkan Fatihah untuk mencari tuhannya, ikutkan hati dia tidak mahu lukai Fatihah, namun dia rasa berdosa dengan mencintai wanita yang tidak halal baginya.
Dulu mungkin dia tidak kisah andai menjalinkan hubungan cinta tanpa ikatan yang sah, tapi selepas ditegur baru dia mulai terfikir.
Lama dia fikir, dan dengan berat hati dia terus meninggalkan Fatihah untuk membaiki dirinya.
Dan kini dia sudah bersedia, bersedia untuk menghalalkan gadis itu walaupun Fatihah baru berusia 17 tahun. Dia bertekad hujung tahun ini dia akan masuk meminang Fatihah.
"Ustaz Emir. Oh, ustaz Emir". Emir tersedar dari lamunannya.
Figura Fatihah dan rakan-rakan dicari namun mereka sudah pergi. Emir pandang pelajar lelaki yang menegurnya itu.
"Kenapa Akim?". Soalnya sambil memandang pelajar lelaki tingkatan 5 itu.
"Tadi Shahrul kata ustaz cari saya?" Ujar lelaki itu.
"Allahu... Ya saya cari awak, awak yang terlibat uruskan sambutan kemerdekaan bulan depan tu kan?" Soal Emir dan lelaki itu mengangguk.
"Ya, saya ketua Program, penolong saya Wawa. Maksud saya Hawa Mawaddah". Terang Akim.
"Saya guru pembimbing kamu bagi sambutan kemerdekaan itu... Boleh awak kumpulkan semua pelajar-pelajar yang terlibat?" Soal Emir sambil berjalan ke arah bilik guru. Akim mengikuti langkah guru muda itu.
"Insya Allah boleh, ustaz nak buat perjumpaan bila?" Soalnya.
"Kalau boleh esok lepas habis waktu sekolah dekat dewan". Lelaki itu mengangguk.
"Baik akan saya sampaikan. Ada apa-apa lagi". Emir menggeleng.
"Terima kasih Akim... Awak boleh masuk kelas awak". Akim mengangguk dan berlalu dari situ.
-----------
Fatihah berjalan laju mendaki anak tangga. Lelaki yang menyeru namanya itu tidak di hiraukan. Sudahlah kawasan tangga ini sunyi kerana berada di hujung kawasan sekolah.
Entah kenapa harini dia gatal lalu tangga ini untuk ke tandas.
"Tiha... Tunggu kejap, aku ada benda nak cakap dengan kau". Lagi cepat Fatihah turun tangga. Bunyi derapan kasut yang makin hampir dengannya itu mengganggu dia.
"Aku dah cakap jangan kacau aku kan? Kau ni memang tak faham bahasa ke?" Soal Fatihah geram tanpa menoleh.
"Cuba kau bagi aku satu peluang... Aku sukakan kau lama dah, kenapa kau tak pernah buka pintu hati kau untuk aku". Soal Badrul.
"Kau merepek apa ni? Kau dah ada makwe kot... Janganlah ganggu aku". Fatihah tidak berhenti. Badrul yang berjalan di sebelahnya tidak dihiraukan.
"Please lah... Kalau kau terima aku aku putuskan hubungan aku dengan Dania". Langkah Fatihah terhenti. Dia menghadiahkan jelingan tajam buat Badrul.
"Kau memang dah mereng. Kau putus dengan Dania pun belum tentu aku akan terima kau". Fatihah meneruskan jalannya, banyak pula anak tangga ni dari biasa.
"Kau jangan berlagak sangat Tiha". Suara Badrul sudah meninggi. Dia terus mencengkam pergelangan tangan Fatihah yang berlapik baju kurung dan handsock itu. Fatihah tersentak.
"Kau dah lama hidup ke? Kau lepas tangan aku". Ujar Fatihah dengan suara mendatar namun tegas. Fatihah tarik kasar tangannya. Badrul makin kuatkan cengkamannya.
"Kau memang berlagak kan? Mentang-mentang kau cantik, apa kurangnya aku? Aku lelaki paling hot dalam sekolah ni dan kau berani tolak aku mentah-mentah". Suara Badrul kedengaran bengis walaupun perlahan dan hanya didengari fatihah. Fatihah masih cuba menarik tangannya dari cengkaman Badrul.
"Lepaslah... Kau jangan nak kurang ajar". Kesabaran Fatihah semakin menipis.
"Aku takkan lepaskan kau". Fatihah tendang betis Badrul dan terus pegangan pada tangan dia terlepas.
"Satu je yang kau kurang. Kau kurang beradap dengan perempuan". Terus Fatihah berlalu dari situ. Badrul yang masih kesakitan menahan sakit kaki yang disepak Fatihah tadi dibiarkan begitu sahaja.
-----------
"Berapa kali abang nak cakap jangan rapat dengan lelaki!" Fatihah yang baru melangkah masuk kedalam rumah tersentak. Dia pandang wajah Raihan yang tajam merenungnya itu.
"Bila pula saya rapat dengan lelaki?" Pelik dia, sudahlah baru pulang dari kelas tambahan tiba-tiba di tuduh pula.
"Jangan nak tipu... Abang nampak korang berdating dekat tangga hujung bangunan sekolah". Fatihah mengetap bibir menahan rasa geram.
"Bila pula saya dating? Dia yang tiba-tiba halang laluan saya... Bukan saya yang cari dia". Ujar Fatihah sambil menahan suara agar tidak meninggi.
"Jangan tipu Fatihah Maryam... Abang dah pernah katakan jaga adab awak, jaga pergaulan awak... Ini siap bagi dia pegang lengan awak, walaupun berlapik. Ingat sikit awak tu isteri orang, buatlah cara dah bersuami". Marah Raihan dengan suara mendatar. Fatihah menghampiri raihan.
"Jaga mulut abang... Jangan nak tuduh saya yang bukan-bukan... Dia yang tiba-tiba pegang tangan saya, bukan saya yang beri dia pegang tangan saya... Saya tahulah status saya". Fatihah terus berlari naik ke bilik. Meninggalkan Raihan di ruang tamu
----------
"Berdosa tidur membelakangi suami". Ujar Raihan yang berada berbaring disebelahnya itu.
Fatihah yang malas memusingkan tubuhnya pura-pura berdengkur menandakan dia sudah tidur.
Raihan diam dan tutup lampu tidur. Dia baring menghadap syiling dan pejam mata.
Apabila keadaan menjadi sunyi dan kelam, Fatihah buka mata kemudian pusingkan tubuhnya menghadap kearah Raihan. Wajah Raihan yang sedang memejam mata itu di tenung.
"Betul ke mama cakap abang akan bahagiakan saya? Kenapa saya rasa tak? Abang tak pernah manjakan saya, saya pun teringin nak dipujuk, bagi coklat macam pakwe orang lain, macam suami orang lain. Apa yang saya buat semua tak boleh, apa yang saya pakai semua tak kena. Saya bosan hidup di kongkong macam ni". Luah Fatihah sendirian. Dia mengeluh perlahan sebelum melelapkan mata sambil memandang wajah pulus Raihan yang sedang tidur itu.
------------
'Abang minta maaf Fatihah Maryam'
Fatihah lipat balik kertas A4 yang dia buka itu. Kening dia kerutkan.
Sudahlah surat itu tiada nama pengirim. Dan ayat yang tertera dalam kertas itu ditulis menggunakan tulisan jawi.
"Abang Raihan bagi ke?" Soalnya sendiri "hah? Dia dengar ke luahan hati aku semalam?" Fatihah sudah menggeletar. Matanya membulat.
"Weh! Tiha... Cepatlah perhimpunan dah nak mula". Fatihah yang sedang berfikir terus gelabah apabila disergah begitu.
Terus surat ditangannya disorokkan kedalam helaian buku. Dia bangun dan terus berlari ke muka pintu.
"Asal lama sangat letak beg?" Soal Wawa pula. Dia sudah siap dengan buku nota kecil dan pen di tangan.
"Tak ada apa-apa. Jom cepat". Fatihah tarik tangan Husna dan Wawa untuk melangkah pergi ke dewan sekolah.
Surat tadi masih menganggu fikiran dia. Namun akhirnya dia tersenyum. Sweet juga Raihan beri surat minta maaf.

ANDA SEDANG MEMBACA
nak suami ustaz
Historia CortaObses Satu perkataan yg mengambarkan diri fatihah saat melihat lelaki berjubah Dan berkopiah. Namun, bukan ustaz Raihan yang dia dambakan. Lelaki itu sudahlah abang sepupunya. Lelaki itu membencinya sejak kecil. Kata-kata yang keluar dari mulutnya s...