24

1K 36 4
                                    

Cikgu Sarah termenung sebaik sahaja masuk kedalam kereta dan menghidupkan enjin.

"Ustaz raihan dengan Fatihah, dia kahwin dengan pelajar dia sendiri... Budak tak matang tu? Sarah, Sarah, senanglah kau nak Tackle ustaz raihan lepas ni... Isteri dia budak mentah... Saingan tak kuat". Cikgu Sarah berkata sendiri.

Dia mula menyusun strategi untuk merapatkan diri dengan ustaz Raihan pujaan hati dia.

Tali pinggang keselamatan dipakai sebelum kereta meluncur laju membelah jalan raya.

-------------

Fatihah menghidangkan makanan diatas meja. Raihan turut membantu mengangkat cawan dan pinggan bersih untuk di susun diatas meja makan.

Harini mereka punya tetamu iaitu rakan baik Raihan. Selesai sahaja semua terhidang telefon bimbit Fatihah berdering.

"Hello, Assalamualaikum". Sapa Fatihah sebaik sahaja panggilan di jawab.

"Mama, Alhamdulillah sihat... Mama sihat?" Soal Fatihah gembira. Dia bagaikan ingin melompat kegembiraan.

"Ha? Mama dengan papa terpaksa tanggung lagi? Alah, mana boleh... Baliklah cepat". Manja Fatihah berkata.

"Yelah, Tiha faham... Ok, ya.. menantu dengan cucu macam sihat-sihat belaka". Dia kerling Raihan yang memandangnya.

"Ok, waalaikumussalam". Panggilan dimatikan. Fatihah letak telefon atas meja.

"Mama papa kirim salam, mereka tak dapat balik Harini. Lagi sebulan kena duduk sana". Raihan mengangguk. Belum sempat dia bersuara loceng rumah berbunyi.

"Abang pergi tengok dulu kawan abang tu". Fatihah mengangguk dan Raihan berlalu pergi meninggalkan dia di ruang makan.

"Nasi mana? Tiha, Tiha nasi kau tinggal". Fatihah berlalu ke dapur semula untuk mengambil mangkuk yang berisi nasi putih.

"Ni isteri aku Fatihah... Tiha,, Kenalkan bestfriend abang..."

"Abang Emir?" Fatihah yang baru keluar dari dapur dengan mangkuk di tangan melopong. Emir turut membuntang mata dia. Raihan padang mereka berdua dengan pandangan pelik.

"Kenal ke?" Soal Raihan. Fatihah sudah bergetar hebat. Suaranya seperti tersekat di kerongkong.

Emir pandang Raihan dan dia tersenyum kelat. Fatihah letak mangkuk nasi diatas meja sebelum berlari mendaki anak tangga.

Raihan pandang Emir lalu dia mengejar langkah Fatihah.

"Saya rasa tak sedap badan... Awak makan berdua sahajalah dengan kawan awak tu". Ujar Fatihah apabila Raihan berjaya tarik tangan dia untuk berhenti melangkah.

"Awak kenapa ni? Janganlah buat perangai depan kawan abang". Fatihah tunduk sahaja pandang lantai.

"Saya betul-betul tak sihat ni". Ujarnya menahan sendu. Air mata yang mula mengalir dikesat dengan hujung lengan baju.

"Hey, menangis? Kenapa ni? Cuba bagi tahu abang". Raihan angkat wajah Fatihah agar berbalas pandangan dengannya. Fatihah menggeleng kepala.

"Please, saya tak mahu turun... Please". Fatihah sudah teresak-esak.

"Okey, okey... Pergi berehat dalam bilik, abang datang nanti". Fatihah mengangguk dan berjalan meninggalkan Raihan. Raihan turun kebawah setelah memastikan Fatihah masuk kedalam bilik.

"Everything okey?" Soal Emir sebaik sahaja Raihan turun.

"Okey... Penat sikit, biasalah first time mengandung... Eh, mari kita makan... Sorry bro, isteri aku tak dapat join". Emir mengangguk. Mereka mengambil tempat di meja makan sebelum menjamah makanan sambil bersembang.

nak suami ustaz Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang