Raihan yang mendengar kekecohan di hadapan pintu bilik tidurnya itu menghampiri pintu. Tombol pintu dipulas dan tersembul tubuh Fatihah yang membelakanginya. Dan lebih mengejutkan wajah Wawa dan Husna menyapa matanya.
Mata Fatihah membulat, begitu juga Wawa dan Husna. Lambat-lambat Fatihah memusingkan tubuh.
"Ustaz Raihan buat apa dalam bilik Tiha?" Soal Husna lurus. Fatihah sudah tepuk dahi.
"Kau orang tinggal sebilik ke?" Wawa pandang mereka silih berganti.
Fatihah kalih badannya memandang rakan dia sembilan tersenyum macam kerang busuk. Raihan jongket kening.
-----------
Setelah beberapa hari berlalu, Fatihah dan Raihan kembali hidup berdua. Fatihah juga sudah kembali ke sekolah.
"Hadiah siapa ni?" Soal Fatihah sebaik sahaja melabuhkan punggung diatas kerusi.
"Hadiah untuk abang Raihan". Fatihah merenung Wawa dengan wajah tanda tanya.
"Hadiah untuk apa? Hari guru dah lepas kan?" Soalnya membuatkan Wawa berpaling.
"Hadiah birthday lah... Takkan kau tak tahu harini birthday abang Raihan". Fatihah tersenyum sumbing.
"Er, aku... aku tahu, mestilah aku tahu. Takkan tak tahu kan". Fatihah menampar lengan Wawa sambil tertawa. Wawa pandang Fatihah dengan muka tak percaya.
"Weh! Aku baru balik dari bilik guru. Nak tahu tak meja abang Raihan penuh dengan hadiah beb". Husna yang baru masuk kedalam kelas menepuk meja. Terperanjat Fatihah dengan Wawa dibuatnya.
"Alah. Aku ingat aku yang paling cepat, baru nak letak hadiah ni dekat meja dia". Wawa berkata dengan suara mengadanya siap pakej muncung lagi.
"Kau tak payah menggedik ya, ustaz Raihan tu dah kahwin". Lengan Wawa, Fatihah cubit geram. Mengelupir gadis itu dibuatnya.
"Kau bagi hadiah apa dekat hubby kau?" Soal Husna tiba-tiba. Fatihah garu kepala memikirkannya.
Sudahlah dia baru tahu harini hari ulang tahun Raihan, kelas pula sampai ke petang, bilanya dia nak keluar mencari hadiah buat suaminya itu. Sudahlah kalau nak keluar kena di usung raihannya
"Em, adalah... Mana boleh bagi tahu, special punya". Wawa dan Husna mencebik.
"Entah-entah tak beli pun hadiahnya". Tepat pula tekaan si Wawa itu
"Eh, kau pandai-pandai saja... Sudahlah jangan kacau aku". Terus Fatihah buka buku biologi dan pura-pura membacanya.
-----------
Fatihah menunggang moto skuternya ke supermarket berdekatan rumah.Dia berura-ura untuk memasak makan malam istimewa buat Raihan.
Hampir setengah jam didalam supermarket dan akhirnya semua barang yang akan digunakan untuk memasak sudah ada di tangan.
Dia menjinjing beg 2 plastik menuju kearah moto skuternya sebelum pulang kerumah.
Sampai sahaja rumah dia terus bergegas ke dapur untuk memasak. Mujur sahaja dia sudah solat asar di sekolah selepas tamat kelas tambahan.
Dengan masih lengkap berpakaian sekolah dia mula memasak. Cuma tudung sudah terbang entah kemana.
Kelibat Raihan masih tidak kelihatan di mana-mana. Pasti sahaja lelaki itu sedang mentelaah tafsir Al-Quran di dalam bilik. Itu yang tidak turun-turun.
"Huh! Siap". Lega Fatihah. Peluh di dahi di kesat dengan hujung lengan baju. Dia segera menanggalkan apron dan memanjat anak tangga.
"Lewat balik". Baru sahaja Fatihah melangkah masuk, Raihan sudah menyapa.
YOU ARE READING
nak suami ustaz
Short StoryObses Satu perkataan yg mengambarkan diri fatihah saat melihat lelaki berjubah Dan berkopiah. Namun, bukan ustaz Raihan yang dia dambakan. Lelaki itu sudahlah abang sepupunya. Lelaki itu membencinya sejak kecil. Kata-kata yang keluar dari mulutnya s...