17

958 34 0
                                    

"Weh! Cikgu Sarah tu macam suka je dengan husband kau". Bisik Wawa sebaik sahaja khemah berjaya didirikan.

"Haah... Tu tengok tu, menggedik je tu". Husna menjuihkan pada cikgu muda berdua itu. Fatihah memandang kearah yang ditunjukkan Husna.

Kelihatan Raihan sedang membantu cikgu Sarah mendirikan khemah. Berbulu jugalah mata Fatihah tengok cikgu Sarah sengaja merapati Raihan.

Fatihah bangun lalu membuka sweater yang tersarung di tubuhnya dari tadi dan berjalan meninggalkan khemahnya. Dia berjalan menghampiri mereka berdua. Husna dan Wawa hanya memerhati.

"Susah sangat ke cikgu nak pasang khemah ni?" Soal Fatihah sebaik sahaja berdiri di sisi cikgu Sarah. Cikgu Sarah menoleh dan tersenyum.

"Saya tak pernah pasang khemah, nasib sahaja ustaz Raihan nak tolong". Fatihah mengangguk, Raihan hanya diam menyelesaikan tugasnya. Fatihah di belakang langsung dia tak pandang

"Marilah saya tolong ustaz Raihan... Macam susah sangat je nak pasang khemah cikgu Sarah ni". Terus Fatihah mencangkung di sebelah Raihan dan membantunya memasang khemah itu.

Tidak pula Raihan bersuara apa-apa. Sempat Fatihah hadiahkan jelingan pada Raihan yang memandangnya sebentar tadi.

------------

Mereka semua berkumpul di dewan terbuka yang telah disewa ditapak perkhemahan itu.

"Alhamdulillah, kita semua dah selesai memasang khemah dan makan tengah hari bersama tadi, jadi sekarang sesi pertama kita akan bermula. Sesi pertama ini akan diketuai cikgu Khairie. Sebelum itu saya telah membahagikan kumpulan". Ujar Raihan dengan kertas di tangan.

Terdapat 4 helai kertas ditangan Raihan dan telah dihulurkan pada cikgu yang bertugas.

15 minit kemudian...

Mereka semua telah dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing.

"Sesi pertama ini merupakan sesi ice breaking, aktiviti wajib setiap perkhemahan". Cikgu khairie mula bersuara.

Yang lain hanya diam menanti ucapan seterusnya.

"Semua ambil sorang satu dan keluar pensil, cikgu Sarah tolong berikan mereka kertas". Cikgu Sarah mengangguk dan kertas A4 di hulurkan kepada pelajar-pelajar.

"Saya nak kamu lukis gambar kamu besar-besar... gambar muka sahaja. Jangan tunjuk pada kawan, bila dah siap terus lipat bagi kecil dan masukkan dalam kotak ini, faham?" Soalnya.

"Faham!" Laung pelajar-pelajar dengan bersemangat termasuklah Fatihah.

"Ok saya bagi kamu masa 15 minit bermula sekarang". Dan masing-masing diam menunduk dan bersusah payang melukis gambar mereka sendiri.

Bersemangat Fatihah melukis gambarnya sendiri. Sempat lagi dia keluarkan telefon dan membuka galeri untuk melihat gambar selfienya.

15 minit kemudian...

Semua sudah selesai melukis dan kotak kosong tadi sudah penuh dengan kertas yang dilipat.

"Okey, kamu semua perlu mencabut satu helai kertas dan sebutkan nama tuan empunya kertas itu, siapa salah dia akan di denda. Jadi sila ambil sorang satu". Kotak tadi di hulurkan pada pelajar-pelajar dan masing-masing mengambil sehelai kertas.

"Siapa nak mula dulu?" Dan semua diam membisu. Kau pandang aku, aku pandang kau. Cikgu khairie berbalas pandangan dengan Raihan yang dari tadi hanya duduk memerhatikan.

"Baiklah kalau tak ada siapa yang nak bangun kita mulakan dengan kamu yang di hujung sekali itu". Semua menoleh ke arah yang ditunjukkan cikgu khairie.

nak suami ustaz Where stories live. Discover now