Fatihah memusingkan tubuh menghadap cermin meja solek itu.
Cantik juga dia memakai baju kurung moden dengan kain bentuk trumpet itu. Warna baju putih bersih itu menimbulkan kulit kuning langsatnya.
"Cantiknya anak mama". Muncul mama dari muka pintu. Pintu mama tutup sebelum melangkah menghampiri Fatihah. Fatihah senyum.
"Tiha memang cantik dari dulu, pakai apa pun cantik". Ujar Fatihah tanpa segan silu. Ni kalau ada Farihah pasti sudah kecoh budak tu.
"Ini tudung Raihan bagi. Dia mahu kamu pakai tudung ni nikah lusa". Tudung putih yang berlipat kemas itu Fatihah sambut.
"Besarnya". Komen Fatihah sebaik sahaja lipatan itu dibuka.
"Kan lagi manis anak mama pakai tudung labuh".
Fatihah melihat dirinya dari dalam cermin. Tudung bawal putih bidang 60 itu dia lipat segi tiga dan letak atas kepala.
"Hem". Ujarnya perlahan.
"Esok lepas solat Jumaat kamu teman Raihan ambil Farihah boleh? Papa dengan mama tak sempat, tolong ya". Fatihah muncung.
"Yelah... Apa-apa sahaja". Tudung dikepala kembali dilipat.
---------
Usai sahaja solat zohor Fatihah bersiap. Blaus labuh pada bahagian belakang dan pendek pada bahagian depan berwarna merah jambu itu disarung pada tubuh.
Seluar slack hitam dipadankan dengan tudung bidang 45 warna merah maroon.
Usai mengoleskan lips gloss dia mencapai beg silang berwarna hitam dan telefon bimbit.
Dia melangkah keluar sebaik sahaja Suiz kipas dan lampu dimatikan.
Fatihah turun ke bawah. Nampaknya Raihan sudah menunggu di sofa. Dia pandang Raihan, Raihan pandang dia.
Raihan bangun dari duduknya dan berjalan ke pintu utama. Fatihah yang baru tersedar juga berjalan merapati pintu utama.
"Pakai ni. Nanti melecet kaki siapa pula nak dukung". Sepasang stokin berwarna hitam Fatihah pandang. Lambat-lambat dicapai stokin yang dihulurkan Raihan itu.
"Ye pun nak suruh pakai stokin takpayah perli. Selama ni saya pakai kasut sarung ni tak ada pula melecet". Bebel Fatihah. Tapi tetap stokin itu disarung pada kaki.
"Jangan membebel. Nampak macam mak nenek. Cepat". Terus Raihan beredar ke kereta.
Fatihah menyarung kasut sarung sambil mengajuk cakap Raihan secara diam-diam.
--------
"Eh! Nak pergi mana tu?" Soal Raihan. Fatihah yang ingin membuka pintu kereta menoleh.
"Nak tolong adik angkat barang lah... Soalan apakah".
"Dengan tudung lilit tengkuk macam ni? Tak payah... Biar abang je yang turun". Terus terbantut niat Fatihah dibuatnya. Raihan keluar dari kereta tanpa menghiraukan wajah Fatihah yang sudah berubah itu.
Terus fatihah lihat dirinya. Lilitan tudung pada leher di rungkai dan biarkan tudung lurus ke bawah. Dia memeluk tubuh melihat figura Raihan dan Farihah yang menghampiri kereta.
"Kakak". Farihah yang sudah masuk dan duduk di bahagian belakang menyalami tangan Fatihah.
"Sengih-sengih... Adalah tu". Faham benar Fatihah dengan perangai adiknya itu.
"Esok akak kahwin... Seronoknya, dengan abang Raihan pula tu... Tak sabar Adik". Fatihah mencebik. Raihan dipandang sekilas.
Lelaki itu diam dan fokus dengan pemanduannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/127952703-288-k144681.jpg)
YOU ARE READING
nak suami ustaz
Historia CortaObses Satu perkataan yg mengambarkan diri fatihah saat melihat lelaki berjubah Dan berkopiah. Namun, bukan ustaz Raihan yang dia dambakan. Lelaki itu sudahlah abang sepupunya. Lelaki itu membencinya sejak kecil. Kata-kata yang keluar dari mulutnya s...