22

997 31 3
                                    

Fatihah berdiri dihadapan cermin besar. Kenapa perutnya semakin nampak sedangkan kandungan dia baru berusia 3 bulan.

Dia sudah mula gelisah. Bagaimana mahu menutup perutnya. Fatihah kehulu-kehilir di hadapan cermin besar itu.

"Dah kenapa asyik kehulu-kehilir ni? Rimas abang". Raihan di sofa naik rimas dibuatnya.

"Perut saya, baru 3 bulan... Macam mana ni?" Soal Fatihah sambil duduk di sebelah Raihan.

"Itulah, haritu abang suruh beritahu yang kita sudah kahwin tak mahu, suruh rahsiakan... Ini kalau bagi tahu sekarang pun tak guna". Raihan tampak tenang dengan telefon ditangan.

"Macam mana ni, habislah saya... Abanglah ni, aduh!"

"Abang pula yang salah dia yang rahsiakan". Fatihah pelik tubuh.

"Aduh! Apa nak buat ni? SPM bulan sebelas tengah baru habis... Haaaaaaa, macam mana ni".

"Buat tak tahu sahajalah... Yang nak takut sangat kenapa? Bukannya anak tu tak ada bapa pun". Fatihah menghadiahkan jelingan tajam pada Raihan.

"Abang ni suka ambil mudah. Malas cakap". Fatihah terus keluar dari bilik meninggalkan Raihan sendirian.

------------

"Assalamualaikum". Emir memusingkan tubuhnya.

"Waalaikumussalam... Terima kasih kerana awak masih nak berjumpa abang". Fatihah mengangguk.

"Kenapa abang nak jumpa saya? Saya tak boleh lama ni". Emir melabuhkan duduknya diatas kerusi itu.

Fatihah sudah gelisah apabila lelaki itu masih berdiam. Sudahlah dia tidak boleh lama, dia jumpa Emir pun Raihan tidak tahu. Takkanlah dia nak beritahu Raihan yang dia ingin berjumpa Emir.

"Abang ada benda nak cakap dekat awak, tapi sebelum tu abang nak minta maaf kerana pernah tinggalkan awak dahulu".

"Kalau berkenaan itu, saya dah maafkan abang lama dulu... Jangan risau".

"Lega abang dengar perkataan maaf yang ikhlas dari awak". Emir tersenyum. Dia melontarkan pandangan ke hadapan. Memandang tasik buatan manusia itu.

"Kalau tak ada apa-apa saya balik dululah". Fatihah sudah berura-ura untuk melangkah pergi.

"Fatihah Maryam, abang nak kita sambung kembali hubungan kita tapi dengan cara yang halal". Terhenti langkah Fatihah. Tiba-tiba lutut rasa lemah.

"Saya... Saya... Saya tak boleh". Ucapnya lirih. Air mata cuba ditahan agar tidak gugur.

"Abang bersalah pernah lukakan hati awak, tolong terima abang kembali... Kita mulakan hubungan baru kita dengan hubungan yang halal, abang cintakan awak". Fatihah menggeleng. Air mata yang dia tahan tadi akhirnya gugur.

Perkataan cinta itu meluluhkan hati nya. Cinta, ya Emir Shah cinta pertamanya. Bukan senang untuk melupakan lelaki sebaik Emir.

"Cinta? Tapi saya dah tak cintakan awak". Pedih hatinya apabila menuturkan ayat itu.

Emir bangun dari duduknya. Terus dia meluru kearah Fatihah yang membelakangi dia itu. Dia pandang tangan Fatihah.

"Tak cinta? Tapi awak masih pakai gelang kayu yang saya hadiahkan itu". Fatihah pandang tangan dia sendiri.

"Saya pakai pun sebab nak pulangkan balik". Terketar-ketar tangan dia membuka gelang kayu itu.

Sebenarnya dia tak pernah buka gelang kayu itu sejak Emir memberikan gelang itu sebagai hadiah hari lahirnya yang ke 14 itu.

"Abang minta maaf, tolong terima abang... Tolong". Emir tidak menyambut gelang yang Fatihah hulur itu.

"Maaf, abang sudah terlambat... Saya pergi dulu, Assalamualaikum". Dia berlalu dari situ selepas gelang itu dia letak di atas rumput di depan Emir.

nak suami ustaz Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang