23

1K 35 0
                                        

-goodluck SPM... You can do it, abang pulangkan kembali gelang ini sebab awak pernah cakap gelang ini penguat semangat-

Fatihah genggam gelang kayu yang dia pulangkan 2 minggu lepas.

Surat bertulis jawi itu di koyak sebelum dibuang ke dalam tong sampah di luar kelas.

Dia tidak mahu cari pasal dengan Raihan sudahlah esok SPM kertas pertama akan berlangsung.

"Makcik, jom cepat... majlis restu dah nak mula". Fatihah memeluk bahu Husna.

"Jom". Mereka berdua jalan beriringan. Wawa sudah kedewan awal tadi kerana dia merupakan pengacara majlis.

"Majlis ni pelajar tingkatan 5 dengan cikgu yang mengajar tingkatan 5 je kan?" Soal Fatihah. Dia baru teringat yang Emir mengajar di situ juga.

"Haah". Fatihah melepaskan keluhan lega. Mujur sahaja Emir mengajar pelajar tingkatan 4 sahaja.

Tidak sanggup hendak bertentangan mata dengan Emir. Gelang kayu ditangannya di simpan kedalam kocek baju kurung.

"Eh jom cepat... Orang dah ramai". Segera Fatihah menarik tangan Husna agar berjalan cepat.

"Amboi tahulah nak minta restu dari husband dia". Fatihah kerut dahi.

"Eeee, mana ada... Kau tu jangan nak menggatal dengan laki aku ya". Baru dia teringat Raihan mengajar pelajar tingkatan 5 dan salah satunya kelas dia.

------------

Fatihah memeluk bahu Wawa dan Husna dari belakang. Gembira tak terkata bila tamat sahaja kertas terakhir untuk SPM.

"Weh! Dah besar perut kau!" Husna pegang perut Fatihah.

"Jangan cakap kuat-kuat nanti orang dengar". Marah Fatihah sambil memukul lembut tangan Husna

"Macam manalah kau cover perut kan?" Soal Wawa pelik sambil memasukkan alat tulis kedalam kotak pensil.

"Jangan bagi orang rapat dengan kita and tangan selalu dekat perut bila berjalan... Tak adalah orang perasan, nasib tudung aku labuh". Fatihah turut mengemas begnya.

"So, lepas ni apa rancangan kau orang?". Mereka jalan beriringan.

"Aku nak besarkan baby dalam ni". Ujar Fatihah sambil mengusap perutnya di sebalik tudung labuh. Wawa dan Husna muncung.

"Untunglah orang ada baby. Aku mungkin kerja dengan daddy aku, lepas results SPM keluar. Baru sambung belajar". Fatihah jongket bahu. Dari jauh dia boleh nampak kereta Raihan sudah berhenti elok di tepi jalan.

Masuk sahaja kandungannya 4 bulan Raihan tidak izinkan dia menunggang motosikal sendiri.

"Weh perempuan. Kaulah yang buat Badrul tinggalkan aku kan?" Fatihah terdorong ke belakang sedikit.

" Apa masalah kau". Terkejut mereka bertiga dengan kemunculan Diana yang tiba-tiba itu.

"Masalah aku dengan kau, Badrul tinggalkan aku. Kau yang gatal ngorat dia kenapa?" Diana masih tidak puas hati. Fatihah tersenyum senget apabila Diana menolak-nolak bahunya.

"Bila pula aku ngorat pakwe Playboy kau tu? Tak hengenlah aku". Fatihah tolak balik Diana.

Raihan turun dari kereta apabila situasi semakin tegang. Dia pantas menghampiri mereka.

"Aku akan pastikan kau menyesal sebab menggatal dengan pakwe aku". Dia tolak kuat tubuh Fatihah. Fatihah yang hilang pertimbangan jatuh terduduk.

"Allah". Hanya itu yang mampu dia ucapkan. Bawah perutnya sakit. Raihan berlari mendapatkan tubuh itu.

nak suami ustaz Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang