+
+
+
+" Lamanya kau pergi tandas.." kata Hyesoo
Jinrae hanya tersenyum tawar.
-Skip-
Tiba waktu rehat, semua pelajar di dalam kelas bergegas ke kantin untuk mengisi perut mereka. Mereka berempat masih di dalam kelas.
" Hey, Jinrae. Aku nampak kau termenung je waktu cikgu mengajar. Kau fikir pasal siapa? " tanya Hyesoo.
" Ermm, aku just teringat pasal semalam " kata Jinrae.
" Ouh , kalau pasal kitorang marah kau. Sorry eh.. lagipun korang makan aiskrim kitorang . Memang marah la kitorang " kata Haemin pula.
" Betul tu " jawab Hyesoo.
" Eh tak la ni bukan pasal korang, lagipun semalam aku yang ajak Yerin makan sekali. Sorry.." kata Jinrae.
" Kalau bukan sebab kitorang, habis siapa yang buat kau termenung jauh tu? " tanya Hyesoo.
" Kau ingat tak budak lelaki yang aku jumpa semalam. Budak tu rupanya lelaki yang selamatkan aku waktu aku siasat dekat bangunan A " kata Jinrae.
" Asal dia nak jumpa kau?" tanya Yerin.
Jinrae menceritakan apa yang terjadi kepada dia semalam.
" Lepas kau pergi tandas dia dah tak de?" tanya Haemin.
" Haah" jawab Jinrae
" Tapi dia tu memang tak de adab ke? Boleh pulak dia kata bayar sendiri makan kau " kata Yerin seperti tidak puas hati.
" Nasib la Jimin aku tak macam budak tu " kata Yerin.
" Ish kau ni , Jimin lain Jackson lain " kata Jinrae.
" Oh, Jackson? Dari group Got7? " tanya Haemin.
" Haah, macam mana kau tau?" tanya Jinrae.
" Sebelum kita masuk sekolah ni, aku ada baca juga latar belakang pasal sekolah ni. Banyak juga budak kpop dalam ni " kata Haemin.
" Termasuklah Baekhyun kau kan? Aku pun tak tahu siapa dia , muka pun aku tak tahu " kata Hyesoo.
" Baekhyun aku? Mana adalah..." kata Haemin dengan malunya.
" Sekarang ni yang buat aku bingungnya, macam mana Gf Jackson ada dekat kedai tu?" tanya Jinrae.
" Gf ?!" Terkejut Yerin dan Haemin serentak.
" Macam mana kau tau Gf dia ada kat situ?" Tanya Hyesoo.
" Waktu aku ke tandas tadi, dia jumpa aku. Siap bagi amaran lagi, dia kata jangan berani nak rampas Bf dia " kata Jinrae.
" Habis kau jawab apa?" Tanya Haemin.
" Oh okay" jawab Jinrae.
" Tu je? " tanya Haemin lagi.
Jinrae dengan yakinnya menganggukkan sahaja kepalanya.
" Tapi...." kata-kata Jinrae tergantung apabila seseorang memanggilnya.
" Jinrae? " panggil seorang lelaki.
Mereka berempat memandang lelaki tersebut.
" Ouh, Jackson " jawab Jinrae.
" Boleh aku cakap ngan kau sekejap?" Tanya Jackson.
" Tapi aku tengah.." Jinrae memandang 3 orang rakannya.
" Ermm, kitorang dah nak gerak dulu. Kau boleh je cakap ngan dia.. " kata Hyesoo.
" Hah, kitorang pergi dulu la, jumpa dekat kantin " kata Haemin kepada Jinrae.
YOU ARE READING
[Complete] Dear Detective
Fanfiction" Annyeonghaseyo. Kami pelajar baru, Sila tunjuk ajar " Sekumpulan detektif yang menyamar sebagai pelajar dan seorang guru di sebuah sekolah yang harus mereka menyiasat kes-kes di sekolah tersebut. Dalam kalangan detektif itu mempunyai seorang lelak...