Part 48~ shoot

17 5 4
                                    

+
+
+
+

Hyesoo pov

Aku berjalan di sebelah Xiumin ke dewan yang di mana Krystal dan ahlinya berada.  Setelah sampai di dewan, kelihatan Baekhyun dan... Chen? Felix?

Eh? 

" Sampai juga orang yang aku dah lama tunggu, awal juga kau datang. Aku bagi masa tapi sukahati kau la. "

Krystal bermain-main kepala Baekhyun. Aku hanya memerhati pergerakan dia.

" Aku dah cakapkan mana ada hantu dekat sekolah ni. Kau buat kita mati awal ada la.." marah Chen kepada Felix.

Felix hanya menunduk malu.

" Siapa suruh ikut aku pergi cari hantu... aku tak ingat pula kelab x buat perjumpaan malam.... "

" KORANG BERDUA, BOLEH TOLONG DIAM TAK! " 

Jerit Krystal dan lepaskan satu tembakan ke arah kotak. Aku yang mempunyai fobia terhadap bunyi tembakan terus menutup telinga. Walaupun hati aku berdebar-debar dan badan aku menggigil aku tetap berjalan ke arah Krystal.

" Aip~Berhenti sebelum orang ni mati. " 

Langkah aku terhenti apabila pistol tersebut diacu ke arah Baekhyun. Aku mengenggam tangan aku lalu memandang Krystal tajam.

" Sebelum kau apa-apakan orang lain. Kau kena lawan aku dulu- "

" Heh😏 boleh je- "

Dia terus menghala pistol ke arah aku. Aku masih tenang di situ dan sambung ayat aku.

" tanpa senjata. Kalau aku kalah, kau boleh ambil document harta milik aku. Kalau aku menang, kau kena ikut aku ke makamah. "

Dia tersenyum senget dan mengangguk tanda setuju. Aku mencampak pisau dan segala senjata aku ke tepi. 

Aku dah bersedia.. aku tahu dia mesti main tipu. Aku menghala penumbuk ke arahnya setelah dia mencampak pistol dia ke tepi.

Aku menutup mata aku sambil mengunakan telinga untuk mendengar bunyi tapak kasut. Aku tahu bukan Krystal yang lawan aku tapi.. lelaki yang bertopeng muka. Aku dengar tapak kasut mendekati aku, aku cepat-cepat menukar posisi dengan merebahkan diri aku dan berguling.

Betul cakap aku..

Lelaki tu cuba memeluk aku dari belakang.  Aku cepat-cepat bagun daripada baring di atas lantai.

" Ops.. aku lupa nak cakap, aku tak de masa nak lawan dengan orang yang tak setanding aku. Biar dia buat kerja dia. " Krystal duduk di kerusi yang berdekatan dengan Baekhyun dan yang lain.

Lelaki tu menumbuk aku ke sana ke sini. Aku sempat mengelak banyak kali dan aku sempat menendang mukanya sampaikan topengnya tertanggal.

" Kai ? "

Chen dengan Baekhyun terkejut melihat lelaki yang baru sahaja memaparkan mukanya. Kai memandang aku dengan marahnya dan terus menyambung menumbuk ke arah aku.

Aku sempat mengelak dan sempat memegang lengannya. Aku memandangnya kesian dan terus menjatuhkan diri Kai ke lantai. Aku berada di atas belakangnya.

" Hyesoo.. tolong aku... " 

Aku dapat mendengar Kai berkata berbisik dengan aku. Tolong aku..?

Aku tak salah dengarkan? 

" Nanti aku explain... tolong aku... "

Dia berbisik lagi. Aku terdiam seketika dan tumbuknya dengan kuat sampai pengsan. Aku bangun dan terus ke arah Krystal.

Krystal memandang aku dengan ketakutan dan dalam beberapa saat, dia ketawa besar dan mengacukan pistol ke arah aku.  

[Complete] Dear DetectiveWhere stories live. Discover now