+
+
+
+Taeyeon menembak terus ke arah Baekhyun. Hati aku terlalu kencang dan tidak berfikir panjang. Aku terus memeluk Baekhyun.
Sebutir peluru menusuk di bahagian belakang aku. Aku terkejut dan menahan kesakitan dan sewaktu itu la, aku mengingati sesuatu.
" Ommaa!! Chan menangis! "
Aku sedaya upaya memujuknya sambil menepuk perlahan belakangnya.
" Gwaenchana? "
Aku menyoal Chan iaitu adikku. Dia mengangguk dan mengelap air matanya dengan lengan bajunya.
" Kaja.. kita cari omma dengan appa.. "
Aku menghulurkan tangan ke arah Chanyeol dan kami pun menuruni tangga. Kami berdua terkejut apabila dua orang lelaki memegang pistol dan mengacukan ke arah omma dan appa.
Chanyeol mula menangis kembali.. aku hanya memandang lelaki tu sambil memegang tangan Chanyeol.
" Kamu! Turun ke bawah.. bawak adik kamu.. pergi sana.. "
Aku cepat-cepat mengikut arahan lelaki tu. Omma menarik kami berdua dan terus memeluk kami.
" Kami ada anak kami.. tolong jangan buat macam ni.. "
Appa cuba pertahankan kami semua, dia perlahan-lahan mendekati lelaki tu. Aku menarik appa aku dan mengelengkan kepala tanda jangan pergi. Dia merendahkan diri paras aku dan memegang kedua belah tangan aku.
" Gwaencanha.. appa gwaenchana~ "
Dengan lembut dia mengusap pipi aku. Air mata aku mula mengalir ketakutan melihat lelaki tu.
" Kami takkan bagi apa yang kau nak! "
" Sayang! "
" Ahhh !"
Satu tembakan ke arah ommaku menusuk di dadanya. Chan yang berdiri disebelahnya terkejut dan menangis. Aku turut mengikutnya kerana aku takut...
" Sa-sayang... KAU.. ! "
Appa pergi ke arahnya dan membawa pisau sekali tetapi lelaki tu sempat menembak appa aku di badannya.
Aku dan Chan menangis. Chan lari ke arah aku dan memeluk aku. Aku mengundur diri bersama Chan apabila lelaki tu mendekati kami..
" Kamu berdua ikut aku! "
Dengan kasarnya dia menarik lengan aku dan Chan. Semakin kuat tangisan Chanyeol. Aku dengan beraninya melawanya.
" Tak nak!! "
Aku menarik semula tangan aku dan menarik Chanyeol.
" Jom pergi!! "
" Tak nak laaa!!! "
Aku mengigitnya dengan sekuat hati aku selepas dia menarik lengan aku buat kali kedua. Aku di tampar kuat oleh lelaki tu dan di tembaknya hampir di kepala aku.
" NOONAAA!!! HUAAWAAA! NOONAA!! "
Aku terjatuh terbaring sambil melihat Chan di tarik oleh lelaki tersebut. Kepala aku terhantuk dengan kuat di lantai. Mereka cepat-cepat menghilangkan diri setelah dapat tahu polis dalam perjalanan ke rumah kami. Aku menangis sambil melihat appa dan ommaku.
Mata aku terlalu penat dan kepala aku berpusing-pusing. Aku membuka perlahan mata aku kembali dan kelihatan seorang lelaki yang tua sedikit dari aku, memegang pipi aku.
YOU ARE READING
[Complete] Dear Detective
Fanfiction" Annyeonghaseyo. Kami pelajar baru, Sila tunjuk ajar " Sekumpulan detektif yang menyamar sebagai pelajar dan seorang guru di sebuah sekolah yang harus mereka menyiasat kes-kes di sekolah tersebut. Dalam kalangan detektif itu mempunyai seorang lelak...