+
+
+
+Xiumin pov
Aku meludah gumpalan darah yang terkumpul di dalam mulut aku. Aku di belasah teruk oleh lelaki yang memakai penutup muka tu.
Aku tahu krystal mesti tidak akan berdiam diri. Dari dulu aku kenal perangai setan dia, walaupun hubungan aku dengan dia tak berapa baik. Nak di bandingkan bapak dia dengan dia, yang lagi jahat adalah dia dari bapak dia. Bagi aku dua-dua sama je.
" Oppa~ still tak nak bagi Hyesoo datang ke~? "
Tergedik-gedik dia bercakap dengan aku. Aku benci bila dia menyentuh dada aku. Aku terasa jijik pula.
" Kalau dia datang pun, dia takkan bagi la file tu! "
Aku menoleh muka ke arah lain apabila krystal mendekatkan mukanya dengan aku. Krystal dengan geram terus menampar aku tanpa sebab. Perempuan gila memang pun.
" Ops.. oppa.. mianhae.. sebenarnya Krystal tak berniat nak tampar oppa. Kalau nak tahu oppa first crush Krystal... " Dia duduk di atas aku dan memeluk aku, manakala aku duduk di atas kerusi dan tangan di ikat di belakang. Aku rasa macam dalam movie pulak.
" Kalau kau suka aku kenapa tak lepaskan aku? "
Dia ketawa melihat aku dan membelai pipi aku dengan lembut sekali..
" HAHAHA, nak buat apa saya lepaskan cinta saya. Baik saya gunakan dia. "
Aku terdiam dan terus meronta supaya dia jauh dari aku. Dia yang terasa rimas pun turun dari aku dan berdiri di hadapan aku.
" Apa kau nak sebenarnya? Kenapa kau kacau keluarga aku? "
Dia berjalan ke hulu ke hilir untuk memikirkan ayat dia. Memang sah aku ni tengah berlakon dalam movie. Sama doh situasi aku. Takutttt.
Apa aku ni?
" Park-Hae-Yeol, apa yang dia buat dekat appa aku. Aku akan balas balik. Appa aku masuk penjara di sebab kan lelaki tak guna. Nasib dia dah mampus tapi.. harta dia belum pupus lagi, so aku nak dapatkan ke semua harta dia sebab tu aku culik Chanyeol time dia kecil lagi tapi malangnya file tu tak de dengan penjaga dia, a.k.a P.A. dia. Aku apa lagi bunuh je la P.A dia dan aku jaga Chanyeol. Ops salah, bukan aku tapi perempuan tua kat rumah aku tu. "
Terang dia panjang berjela. Aku dengar pun rasa mengantuk, kkk serius..
" Appa aku just minta kerja dengan baik dengan pakcik kau tu.. tapi... apa yang dia buat? Reject dia, appa aku mengamuk dan aku yang kena. Aku nak buat appa aku happy, macam ni la aku buat sekarang umpan Hyesoo ambil kes dadah supaya aku dekat dengan dia. Diakan ada file dekat dengan dia. Dan kau pula sedaya upaya nak sorokkan identiti dia tapi dia degil guna juga nama sebenar dia. Macam aku tak kenal. "
Dia menampar perlahan pipi aku dan akhiri menampar pipi aku dengan sekuat hati dia. Eh, perempuan ni kalau aku dah lepas nanti, aku panggang badan kau karang baru tahu.
Boleh buat jamuan makan manusia secara free karang. Eih geram je aku.
" Dulu dia hampir mati tapi esok aku akan pastikan dia mati depan mata aku. " Dia mengeluarkan pistol dia dari poket seluarnya dan melihat peluru di dalam. Aku mampu menelan liurku dengan peritnya.
" Aku rasa penat pulak, tata! aku nak pergi berpesta dekat dewan sana. " Dia mengguna pintu rahsia dia ke dewan. Lelaki bertopeng tu juga mengikuti krystal dan tinggal aku berseorangan di dalam ruangan kecil ni dan dua pengawal di luar pintu.
" Aku gagal jaga Hyesoo.. Hyesoo jangan datang pleasee... oppa tak sanggup hilang kau buat kali kedua.. " Aku tertunduk dan cuba menahan tangisan aku. Aku betul-betul menyesal benarkan dia join polis dulu. Kalau dia tak join, dia boleh hidup bahagia dengan aku..
YOU ARE READING
[Complete] Dear Detective
Fanfiction" Annyeonghaseyo. Kami pelajar baru, Sila tunjuk ajar " Sekumpulan detektif yang menyamar sebagai pelajar dan seorang guru di sebuah sekolah yang harus mereka menyiasat kes-kes di sekolah tersebut. Dalam kalangan detektif itu mempunyai seorang lelak...