+
+
+
+'Yerin pov'
Seminggu sudah pun berlalu, misi kitorang sampai sekarang tak tangkap-tangkap lagi ketua kelab X tu. Dan kami banyak kali jumpa mayat budak sekolah yang tak bersalah dekat belakang sekolah. Semakin Hyesoo menghilangkan diri, semakin susah kitorang nak jalankan misi. Dah la otak kitorang tak banyak Idea cam Hyesoo tu. Appa ada call aku sebelum ni yang Hyesoo dah letak jawatan.. aku tak sangka dia buat betul-betul..
Aku harap Hyesoo kembali dalam kumpulan kitorang balik. Dia punya big brain lain macam tu. Jinrae dalam seminggu semakin bodoh aku tengok. Dia semakin rapat dengan Kai, yang membuatkan aku risau.. aku takut dia terjoin kelab X dan terkantoikan kitorang. Kali pertama cheif Jongsuk dengan onni Shinhye dapat tahu Hyesoo stop dari kerja dia, diorang marah gila sampaikan diorang pun bagi hukuman dekat kitorang. Diorang takkan tolong kitorang selagi tak ajak balik Hyesoo dalam group ni..
Memang salah kitorang pun sebab tak dengar dulu apa yang dia nak cakap tentang keluarga dia. Cheif Jongsuk tahu pasal keluarga Hyesoo sebab tu dia benarkan Hyesoo mencarinya sendiri tetapi Hyesoo tak pernah ketepikan job yang dia dapat. Aku rasa menyesal tak halang Hyesoo hari tu. Sekarang aku tak tahu mana Hyesoo pergi.. cari dekat rumah oppa dia, tak de.. cari dekat hospital yang dia kerja. Katanya pindah ke tempat lain tapi diorang tak cakap pun pindah dekat mana sebab tu privasi katanya.
Sekarang ni, Haemin jadi keras kepala je. Asal kitorang berdua buat kerja kitorang dia asyik marah kitorang je tapi aku pernah nampak Haemin dekat dalam bilik dia, dia seperti sorokkan kesedihan dia dekat Hyesoo..
Hyesoo dengan dia bestfriend, gaduh macam mana sekali pun diorang tetap berkawan tapi kali ni.. diorang gaduh sebab seorang lelaki je.. diorang dah berkawan. Kitorang pun dah lost contact dengan Hyesoo.
Sakit pulak punggung aku duduk dekat kerusi ni, baik aku pergi cuci mata kat dapur boleh makan apa-apa. Maklumla hari cuti sekolah diorang tapi kitorang still kerja😌. Aku hack cctv sekolah, kali ni nampak sunyi pulak sekolah diorang. Diorang tak berpesta ke?
Selalunya diorang berkeliaran.
Pelik..
Aku bangun dari tempat aku duduk dan terus naik ke atas. Aku rasa sehari aku duduk kat ruang bawah tanah ni😌. Selepas selesai aku naik ke atas, aku ternampak Jinrae tergesa-gesa.
" Kau apahal ni? Nak pergi mana? "
Aku pergi kearahnya lalu memeluk tubuh sambil memandanya pelik. Dia memakai kasut sambil memandang aku.
" Nak pergi mana lagi jumpa Kai la 😅 "
Jawabnya sambil ketawa kecil, apa yang lawaknya tak tahu la. Aku menarik lengannya.
" Misi kita tak selesai lagi kau dah nak pergi dating. Kalau Hyesoo dapat tahu kau dah rapat dengan Kai, mesti dia bagi batang penyapu dekat kau."
Dia menarik lengan dia dengan kasar lalu memegang tombol pintu.
" Sukahati aku la nak buat apa sekali pun, Hyesoo dah tak balik dah pun. "
Dia terus keluar dari rumah ni. Selepas itu, aku dilanggar bahu dengan Haemin pulak. Ni lagi seorang, nak pi mana pulak..
" Kau nak pergi mana ni? " soalku.
Dia memakai kasut lalu berdiri tegak memandang aku.
" Aku nak cari Hyesoo lagi. Aku terlalu ego sangat masa tu.. baru aku faham sekarang.. Hyesoo cari orang yang bunuh keluarga dia sebab nak cari kebenaran sahaja.. dan aku ada jumpa ni. "
Haemin menghulurkan sekeping kertas ke arah aku. Aku membukanya dan membaca.
" Aku jumpa ni dekat atas meja kerja lama dia dekat office.. mesti dia tertinggal.. "
YOU ARE READING
[Complete] Dear Detective
Fanfiction" Annyeonghaseyo. Kami pelajar baru, Sila tunjuk ajar " Sekumpulan detektif yang menyamar sebagai pelajar dan seorang guru di sebuah sekolah yang harus mereka menyiasat kes-kes di sekolah tersebut. Dalam kalangan detektif itu mempunyai seorang lelak...