Part 22~terkantoi?

36 10 5
                                    

+
+
+
+

" Baekhyun?! Gwaenchanayo? " aku dan Mina ke arah lelaki yang baru sahaja jatuh macam nangka busuk.

" But..but how-" Baekhyun tergagap-gagap nak bercakap dengan aku.

Aku tengok dia seperti dia baru tengok hantu kak limah yang duduk dekat tepi pintu sambil nyanyi lagu enjet-enjet semut.

( Author: enjet atau injit eh? )

" Shushh!! " aku menutup mulutnya.

" Nanti aku bagitahu tapi kau kena diam." kataku sambil memandang anak matanya.

Dia hanya menganggukkan kepalanya. Mina yang berada di sebelah aku tengah blur.

" Mina tolong saya angkat dia. " aku dan Mina mengangkat Baekhyun. Sekarang ni aku nak marah budak ni, kenapa dia berat sangat? Aku macam baru angkat gajah yang jatuh je. 

Tapi aku dengan Mina dapat juga bantuan dari Baekhyun. Dia meringankan dirinya, senang sikit aku dan Mina angkat dia. 

" Sekarang ni, awak sakit dekat mana? " tanyaku sambil melihat file yang aku lempar tadi. Kesian file tu, tak bersalah tapi kena lempar jauh-jauh. Ni semua salah Baekhyun, kalau dia tak jatuh tadi, tak de aku baling kau, file.

" Aku sakit dekat bahagian kaki belah kiri dan bahu kanan. " katanya. 

Aku memegang bahu Baekhyun dan menolaknya sedikit. Selepas itu memegang kaki Baekhyun pula.

" Mina, Encik Byun dah buat X-tray ke? " tanyaku.

" Dah tapi saya belum ambil lagi tadi diorang kata ambil selepas 20 minit. Doktor nak saya ambil sekarang ke? " tanya Mina.

" Haah dan lagi satu jangan lupa bawak alat untuk simen kaki sekali. "

Mina nod dan keluar dari wad tersebut.

Aku melihat Baekhyun kembali dan hanya mampu mengeluh apabila tengok jejaka yang aku memang tak nak jumpa ni.

" Asal jadi macam ni? " tanyaku seakan marah kepadanya.

" Semalam, lepas aku balik dari jumpa kau. Aku terus berlatih sampai la kaki aku terseliuh. Pagi tadi aku bangun dari tidur. Kaki aku macam patah kut lepastu bahu aku sakit. " kata Baekhyun.

" Tu la, lain kali. Kau berlatih la menari lagi sampai kaki kau tercabut lepas ni." perliku.

" Ceh, aku ingat kau kesiankan aku. Kau perli aku , ada la. " Baekhyun memuncungkan mulutnya lalu memandang tempat lain. Merajuk la tu, tak hingin aku nak layan kau.

Aku menjeling Baekhyun dan terus memegang kaki Baekhyun dengan kasar. Pergh mesti sakitkan.. tapi nasib kau la Baekhyun dapat doktor macam aku. Ni balasan sebab kau buat dekat dahi aku.

" Arghhhh! Sakit la babi " Baekhyun mengadu kesakitan.

" Hiya! Budak, jangan sedap mulut je nak mencarut dekat orang lebih tua. " marah aku.

Aku pantang betul kalau orang panggil aku binatang. Kalau dia sebut kucing ke, singa ke, tak pe la juga ni dia panggil aku Babi sekali lagi aku sebut B-A-B-I .

" Eh, sekarang ni siapa senior kau, aku ke kau? " Dia menunding kepala aku guna kaki dia.

Kurang di ajar betul mamat ni. Dia bagi kaki dekat aku, dah la busuk. Kalau wangi tak pe la juga.

" Aku lebih tua dari kau " jawabku dengan hati yang panas.

" Asal pulak? Kau 17 tahun, aku 19 tahun. Hah siapa lagi tua? " Baekhyun sedang menafikan dirinya betul.

[Complete] Dear DetectiveWhere stories live. Discover now