Part 24~ Hyesoo Oppa

29 9 6
                                    

+
+
+
+

' No One Pov '

Hyesoo dan Yerin melangkah pergi daripada Hospital. Sedang Hyesoo memegang perutnya yang tengah main drum menandakan dia sangat lapar, seseorang memanggilnya dari belakang.

" Hyesoo ! " Panggil seorang lelaki.

Hyesoo dan Yerin memusingkan badannya memandang belakang untuk melihat siapa memanggilnya.

" Doktor Kim, Kenapa doktor panggil saya? " tanya Hyesoo.

" Hanbin please... saya nak bagitahu awak, dalam seminggu ni saya tak de. Saya kena jadi doktor sukarelawan dekat satu sekolah. " kata Hanbin.

" Okay " jawab Hyesoo sepatah.

Yerin yang dari tadi berdiri macam tunggul, dia menyiku lengan Hyesoo untuk pergi dari situ.

" Kalau tak de apa-apa lagi kami gerak dulu eh. " kata Hyesoo lagi.

" Hah baiklah, lagipun saya pun nak gerak dah. Jumpa nanti Hyesoo dan awak juga Yerin. " kata Hanbin seperti dia dah lama kenal si Yerin tu. Hanbin pun berlalu pergi dari pandangan Hyesoo dan Yerin.

" How does he know my name?! " terkejut Yerin.

" I don't know and I don't care. " jawab Hyesoo dan berlalu pergi dari Yerin.

" The hack.. woi tunggu aku la, aku penat-penat tunggu kau balik. Kau tinggalkan aku je. " bebel Yerin dan dia pun mengejar Hyesoo yang dah menjauhi Yerin.

................................

Hyesoo memegang perutnya lalu memandang Yerin yang dari tadi dengan telefon dia.

" Aku lapar la.. " kata Hyesoo.

" Pergi la makan " jawab Yerin sambil bermain telefon.

" Ish kau ni, aku ikut kau dari tadi. Aku ingat kau ajak aku pergi makan. Satu hapak aku tak nampak kedai makan kat sini, yang aku nampak tiang, rumput, pokok dan tasik. " kata Hyesoo sambil mengambarkan dia berada di taman.

Yerin hanya memekakkan telinganya sambil melihat telefonnya lagi. Hyesoo yang memandang Yerin dengan tajam, tiba-tiba jadi bahan ketawa kerana Yerin baru sahaja bercium dengan tiang di depannya.

" PADAN MUKA KAU! HAHAHAHA! " Hyesoo gelak sakan.

Yerin yang baru saja terlanggar tiang tu hanya memandang Hyesoo dengan geram sambil mengosok kepalanya.

" Lain kali.. Ahahaha.. kau main lagi phone sambil berjalan. Tak sabar aku nak tengok kau langgar tiang lagi. Tak sia-sia kau bagi tiang tu ciuman percuma" kata Hyesoo sambil ada sisa tawanya.

" Senyap la kau. BAB- " marah Yerin.

" Amboi mencarut.. aku tahu la perangai aku macam binatang kau sebut tu tapi aku bukan Bab- okay.. " kata Hyesoo.

" Okay la, aku nak pergi makan. Kau balik la dulu. " kata Hyesoo lagi.

" Dah la, gelakkan aku. Lepastu halau aku. Majuk ah cam ni " Yerin menyilangkan tangan.

" Tak de masa la, aku nak layan kau. Baik aku isi makan dalam perut aku, sebelum dia main drum kuat-kuat. " kata Hyesoo dan dia pun berlalu pergi dari Yerin.

" Weh.. aku nak ikut kau.. Aku tak nak duduk rumah seseorang. "

Sedang Hyesoo mempercepatkan perjalanannya ke kedai makan, langkahnya terhenti apabila terlihat seseorang yang dia kenal.

" Asal kau berhent-" belum sempat Yerin habiskan ayat dia, Hyesoo dah menutup mulutnya dan menarik dia ke belakang semak.

" Diam.. " kata Hyesoo dan dia sambung melihat di sebalik semak.

" Tu bukan Jinrae ke? " bisik Yerin.

" Haah.. tapi kenapa dia dengan Kai? " tanya Hyesoo secara berbisik.

" Aku pun tak tahu tapi... pagi tadi dia ada cakap dia kena jumpa Kai. " kata Yerin berbisik.

" Aku rasa Jinrae tak selamat la " kata Yerin lagi.

" Tak aku rasa Jinrae dah mulakan misi dengan baik la." kata Hyesoo.

Hyesoo mengeluarkan phonenya dengan niat nak ambil gambar tapi niat dia terbantut apabila melihat satu mesej, dia cepat-cepat pergi dari situ tanpa memberitahu Yerin pun.

............................

Hyesoo melihat kiri dan kanan untuk memastikan tiada siapa mengekorinya. Selepa itu dia membuka pintu pagar satu rumah.

" Hyesoo! Aku ingat kau dah tak nak balik " Kata seorang lelaki yang dia amat kenali dan sayang.

" Ala.. Umin oppa ni.. dah tahukan Hyesoo dalam misi lagikan. Mana boleh balik selalu. Jumpa dekat sekolah cukup la " kata Hyesoo seperti budak lima tahun.

" Hah yela.. tapikan.. selalunya kau balik umah seorang-seorang. Hari ni kau balik dengan kawan kau ke? " tanya Xiumin.

" Kawan?! " terkejut Hyesoo dan memusingkan badannya kebelakang.

Hyesoo tak pernah bagitahu kawan-kawannya yang dia ada keluarga lain. Yang kawan-kawan dia tahu, ibu bapa Hyesoo di bunuh waktu kecil. Selebihnya diorang tak pernah tahu pun sebab Hyesoo mahu menyimpan untuk diri dia sendiri dan tak nak libatkan orang lain tentang keluarga dia.

" Yerin?! Kau ikut aku ? " terkebil-kebil Hyesoo di buatnya.

" Yela, takkan aku nak balik seorang-seorang. Takut aku. Jahat betul kau tinggalkan aku." kata Yerin sambil menyilangkan tangannya.

" Siapa ni? Boyfriend kau ke? " tanya Yerin.

" Bwo?! Ani.. " Tangan Hyesoo mula berpeluh tanda gemuruh. Dia tak pernah bagitahu tentang keluarga baru dia.

" Tak nak aku jadi boyfriend dia. Aku oppa dia dah cukup dah. " kata Xiumin.

" Oppa? "

" Hyesoo? Kau tak bagitahu kawan-kawan kau ke? " tanya Xiumin.

Hyesoo hanya mengelengkan kepalanya.

" Aku abang angkat Hyesoo. Aku jaga dia sejak ibu bapa dia tak de. " kata Xiumin lagi.

" Siapa je yang dah tahu ? " tanya Yerin.

" Appa kau.. Cheif Lee dan Jinrae tapi Jinrae baru tahu haritu. Dia jumpa Umin oppa dekat sekolah. Xiumin oppa cikgu sekolah tu dan geng EXO jugak.... " kata Hyesoo.

" Yerin.. kau dah tahu rahsia aku.. jangan bagitahu sesiapa boleh? Aku tak suka orang lain masuk campur hal keluarga aku. " kata Hyesoo sambil memegang tangan Yerin.

" Okay.. aku simpan rahsia kau.. " kata Yerin.

" Dah jom la masuk. Aku ada masak hari ni. " kata Xiumin.

" Jinja?! Masak apa ? " tanya Hyesoo dengan terujanya.

" Masak anjing kau. " jawab Xiumin dengan teruja.

" Hwan?! Oppa buat apa dekat Hwan? " tanya Hyesoo dengan terkejut.

" Panggang dia hidup-hidup " gurau Xiumin.

" OPPAAA!! " marah Hyesoo sambil mencubik pipi Xiumin.

" AHHH okay.. okay.. Hwan ada dalam rumah. " kata Xiumin sambil memegang tangan Hyesoo.

" Tula jangan main-main lagi, kalau tak nak kena cubit ." kata Hyesoo lalu melepaskan cubitan.

" Biar ah.. sapa suruh tinggalkan oppa dekat tangga hospital tadi. " kata Xiumin.

" Ala.. sorry ah.. "

Yerin yang dari tadi melihat gelagat mereka berdua hanya mampu berdehem je.

" Aku baru tahu Hyesoo ni manja rupanya... " Bisik hati Yerin.

" Yerin jom ah masuk. Biar orang yang muka macam cekodok duduk luar. " perli Hyesoo.

" Cekodok kau panggil aku? Hiya! " kata Xiumin sambil terjerit-jerit.

Hyesoo hanya memekakkan telinganya dan menarik Yerin masuk ke dalam rumah.

...........................................

900^w

[Complete] Dear DetectiveWhere stories live. Discover now