Part 35~ lapar

19 5 8
                                    

+
+
+
+

' Hyesoo pov '

Aku baru sahaja lepas membuat dua panggilan. Mereka berempat berada di dapur untuk menjamu selera, manakala aku masih berada di sisi lelaki yang bernama Chanyeol.

" Asal aku dapat rasakan yang kita ni macam dah kenal lama eh? "

Aku menyoal diri aku sambil memandang Chanyeol yang masih tidak sedarkan diri. Dalam beberapa minit kemudian, Jinrae memanggil aku dari dapur untuk menjamah makanan sekali.

" Hyesoo! Jom la makan sekali! "

" Kejap lagi aku datang! "

Aku menyaut panggilan Jinrae lalu kembali memandang Chanyeol buat kali terakhir sebelum aku ke dapur. Aku mahu bergerak pergi ke dapur, tetapi perjalanan aku terhenti apabila seseorang menarik lengan aku. Aku terkejut dan terus memusingkan badan ke belakang.

Chanyeol telah menyedarkan diri, aku dapat rasakan yang dia mahu berkata sesuatu. Aku mendekatkan diri aku pada dia lalu mendengarkan apa yang dia nak katakan.

" Kam-sa-hab-nida... "

Dia berterima kasih kepada aku sebab aku menyelamatkan dia tadi. Well, memang tugas aku pun.. kkk

Aku mengelengkan kepala aku lalu berkata-kata. " Tak apa, memang tugas saya untuk selamatkan awak "

Dia hanya memberikan senyuman tawar kepadaku. Sedang aku cuba nak memapah Chanyeol ke dapur, Haemin terpekik-pekik memanggil aku.

" Woi! Hyesoo! Makanan habis padan muka! " jeritnya dari dapur.

" Sabar la Bab-! Aku nak tolong Chanyeol ni." Balas aku dengan nada geram. Sakit pulak hati kita ni. Semasa aku memapah Chanyeol ke dapur, Hanbin muncul dan turut membantu aku memapah Chanyeol.

Aku dan Hanbin perlahan-lahan meletakkan Chanyeol di kerusi aku. Aku melihat meja yang di penuhi dengan makanan.

Lapar..

Aku tengok makanan ni cukup-cukup untuk 5 orang dan mangkuk yang berisi nasi ini aku punya tetapi aku berikan makanan tersebut kepada Chanyeol. Dia lebih perlukan dari aku.

" Bogo.. "

Aku memberikan senyuman manis kepadanya. Semua memandang aku dengan muka terkejut.

Apa?

Salah ke aku buat benda betul?

" Hyesoo... kau tak makan ke? "

Jinrae memandang aku dengan muka risau dia. Aku memandang makanan yang berada di hadapan aku lalu mengelengkan kepala aku.

" Tak pe, aku dah kenyang "

Aku menipu mereka berlima lalu pergi ke peti ais yang berada di belakang aku. Lagi lama aku pandang makanan... nanti lapar karang baik aku pandang tempat lain...

Aku membuka peti ais lalu mengambil coklat cabry milik aku. Makan coklat pun boleh ah..

" Hyesoo, awak boleh makan saya punya. Saya tak makan lagi. " Hanbin menawarkan makanannya kepada aku tetapi aku menolaknya. Aku mengelengkan kepala aku lalu pergi ke ruang tamu.

Semasa perjalanan aku ke ruang tamu, telefon aku berbunyi menandakan bunyi mesej masuk. Aku membuka mesej tersebut.

Ouh Jimin ..

Jiminiepabo;)

Weh Hyesoo!

Tadi kau ada call aku tanya pasal report seorang budak hilang selama seminggu tu kan.

[Complete] Dear DetectiveWhere stories live. Discover now