+
+
+
+Aku memandang doktor perempuan tersebut. Dia tersenyum manis dan bergerak ke arah aku. Dia menghulurkan tangan ke arah aku.
" Nice to see you Doktor Byun Baekhyun "
Tangan aku menggigil apabila menyambut tangannya. Aku tak salah orangkan ni?
" N-nae.. "
Dia tersenyum melihat aku lalu keluar dari wad Hara. Aku mengatakan kepada Hara yang aku ada kerja lain nak buat. Sambil tu aku mengejar doktor tersebut.
" Doktor ! "
Aku memanggilnya sambil mengejarnya tapi semakin laju pergerakannya meninggalkan aku. Aku dengan tidak sengaja menyebut nama orang yang aku sayang.
" Hyesoo! "
Terhenti doktor tersebut..
Ke-kenapa dia berhenti?
" Be-betul ke tu.. nama awak? "
Dia memusingkan badan menghadap aku dan mengelengkan kepala. Aku sedikit kecewa apabila dia mengelengkan kepalanya. Aku asyik berharap Hyesoo berada di sini, sampaikan orang lain pun aku anggap Hyesoo.
Dia mendekati aku dan berbisik di telinga aku. Aku sedikit terkejut apabila dia berkata sesuatu kepada aku.
" Shuu.. panggil aku Soohye. Jangan sampai orang tahu aku menyamar.. "
Dia menjauhi dirinya lalu mengenyitkan mata kearah aku. Dia tersenyum lalu memberikan aku satu sampul surat.
" Cau! Saya ada hal lain ni "
Dia berjalan sambil menanggalkan getah rambutnya dan dia memebetulkan rambutnya. Aku terus membuka surat tersebut dan membacanya..
-
-
-
-No one pov
" Sebelum saya mulakan majlis ni, Encik Park akan memberi ucapan terlebih dahulu... "
Semua hanya mendiamkan diri mereka apabila Encik Park mengambil alih pemberian ucapannya. Dia menunduk terlebih dahulu sebelum dia memulakan ucapannya.
" Sebelum saya memberi sedikit penjelasan dan kebenaran.. saya ucapkan tahniah atas kerjasama kamu semua yang sudah membantu keluarga saya 2 tahun yang lalu. Terutamanya, Yerin, Haemin dan Jinrae. Terima kasih kerana sentiasa dengan anak saya Hyesoo. "
Mereka bertiga mengangguk tanda faham dan tersenyum pendek ke arah Encik Park.
" Dan saya nak minta maaf kerana saya membuat kesilapan besar kepada orang rapat dengan Park Hyesoo sendiri. Kamu semua menganggap anak saya seperti keluarga sendiri. Terima kasih..
Dan saya nak katakan saya minta maaf sebab menyembunyikan Hyesoo selama 2 tahun ni dari korang semua. "
Riuh dewan ni dibuatnya. Yerin yang kurang faham dan masih mempunyai dendam terhadap lelaki ni terus menyuara dirinya.
" Saya tak faham, apa maksud Encik ni? "
Pang!
Bunyi pintu dewan di buka dengan kuat. Semua yang berada di dalam dewan terkejut dengan bunyi tersebut. Mereka semua menoleh muka ke arah pintu tersebut.
" Gwaenchana. Biar aku jelaskan. Appa mian, Hyesoo lambat sikit tadi. Ada seseorang yang Hyesoo kena jumpa dulu. "
Xiumin dan Chanyeol hanya mengelengkan kepala kearahnya. Sesungguhnya Hyesoo tidak pernah tepati masa yang penting seperti ini..
" Aku koma 4 bulan yang lalu disebabkan kesan daripada tembakan 2 tahun yang lepas dan selepas aku sedar dari koma, aku perlu membuat terapi untuk berjalan dan.. tak lupa juga.. appa sorokkan aku sebab keselamatan aku, Xiumin dan Chanyeol.. Maafkan aku semua.. buat korang sedih sebelum ni.. dan aku memang tak letak niat nak buat korang sedih time tu "
YOU ARE READING
[Complete] Dear Detective
Fanfiction" Annyeonghaseyo. Kami pelajar baru, Sila tunjuk ajar " Sekumpulan detektif yang menyamar sebagai pelajar dan seorang guru di sebuah sekolah yang harus mereka menyiasat kes-kes di sekolah tersebut. Dalam kalangan detektif itu mempunyai seorang lelak...