-
Suara seseorang sayup-sayup kedengaran menyeru namaku. Aku yang betul-betul terlena di atas pangkuan siapa entah cuba membukakan mata.
"Adik.."
Mama!
Lantas aku bangun menghadap mama. Mama sedang berada di hadapan aku sekarang. Mama bangunkan aku. Aku tadi tertidur di atas pangkuan mama.
"Mama?" aku tak silap lihatkah?
"Adik kenapa ni? Mimpi apa tadi sayang?" ujar mama kehairanan.
Mimpi? Adakah aku benar-benar hanya bermimpi selama ni?
"Adik dah lama terlelap ke ma?" soalku.
"Ye dik. Dah hampir maghrib ni, sebab tu mama bangunkan. Lena ye tidur atas riba mama?" terukir cahaya kebahagiaan di wajah mama.
Tubir mataku mula panas. "Ma, adik tak mimpi kan ni?" perasaan sebak sudah membungkus diriku tika ini.
"Adik fikir ni mimpi sayang?" mama pun tersengih sebentar. "Dahlah. Pergi bersihkan diri. Mama nak pergi ni.."
Dengan segeranya aku mencengkam erat tangan mama. "Mama nak pergi mana?" aku takut yang ini hanya sebuah mimpi.
"Hey adik.." tangan lembut mama mula membelai rambutku. "Apa apa pun yang datang selepas ni, adik mesti kuatkan diri tahu? Ingat, setelah turunnya hujan, munculnya pelangi kan sayang? Mama tak nak adik gagal hadap ujian Allah. Mama yakin anak mama ni kental jiwanya."
Laju air mataku mengalir keluar. "Mama perlu pergi ke ma?" aku tengok senyuman di bibir mama tak pernah lekang.
"Mama sayang adik."
Aku pun melepaskan tangis semahunya. Tangan mama dikucupku dengan penuh rasa rindu dan hiba.
"Salah kau Fira." dengan tiba-tiba Aqram muncul di hadapan kami.
***
Aku terduduk dengan keterperanjatan yang melampau. Macam mana boleh adanya Aqram di pertengahan perbualan aku dan mama?
Keluhan berat aku lepaskan. Wajah aku raup perlahan.
Kali ini aku bermimpikan mama dan Aqram pula? Huh tiba-tiba tersesat masuk dalam mimpi orang dah pahal?
Diriku diselubungi rasa rindu yang teramat. Rindu dengan mama. Perbualan tadi seakan nyata.
Aku menahan diriku daripada menangis. Teringat kata-kata mama tadi, dia tak mahu aku gagal hadap ujian Allah. Ya Fira. Kau boleh!
Kemudian lampu aku bukakan semula. Jam loceng aku toleh. Pukul 11.05 minit malam. Selepas solat Isyak, aku terus merehatkan diri.
Bila dah tersedar macam ni, susah lah nak tidur balik. Apa aku nak buat arh??
Doktor Dahlia dah tidur ke? And Dani? Tiba rasa nak jumpa dia sangat. Kaki ni pun dah gatal nak turun ke tingkat bawah di mana ruang tamu berada.
Jom try check.
*
Aku menuruni tangga dengan langkah perlahan. Tekak ni rasa dahaga lah pula. Singgah dapur dulu lah.
Sebaik sahaja kaki hendak mencapai lantai, terdengar beberapa suara sedang bersembang di ruang tamu.
Aku mengambil keputusan untuk curi-curi dengar di balik dinding bersebelahan tangga.
"I have something to tell you guys. Perkara ni mama dah bincang dengan angah terlebih dahulu and dia setuju. Harap kalian berdua begitu juga."
Itu suara Doktor Dahlia. Dia tengah bercakap dengan siapa ye? Siapa "kalian berdua" tu?
Takda kantoi nya kalau aku cuba mengintai kecil. Aku mengeluarkan separuh wajah untuk melihat wajah wajah insan yang bersama Doktor Dahlia tika ini.
Terdapat dua orang lelaki muda sedang duduk menghadap doktor. Ermm rasaku mereka mungkin sibling Dani.
"What is that ma?" soal lelaki yang kelihatan lebih kurang sebaya dengan aku. Yang satu tu pula jelas tampaknya seperti abang sulung.
"Family kita akan dapat ahli baru." ujar Doktor Dahlia straight.
Agak terlopong wajah lelaki muda tadi. "Are you pregnant ma?"
What theee ? Tergeli hati aku dengan dia tu. Boleh pula itu yang difikirnya haha
"Darwish.." Doktor Dahlia mengeraskan suara. Agaknya tercuit juga hatinya dengan ayat anaknya tadi.
"Serious sikit Rish." tegur yang satu pula. Jelas layaknya seperti abang. Darwish kelihatan sedikit mencebik.
Sekali lagi aku tersengih.
Doktor Dahlia pasti ingin memberitahu tentang aku kepada mereka. Aku yang akan tinggal di sini sebagai anak angkat mama mereka.
Mulianya hati Doktor Dahlia kerana sudi mengutip aku.
Pada mulanya aku teragak-agak juga nak mempersetujui keputusan beliau untuk bawa masuk aku ke dalam keluarga dia. Tetapi rasanya ada baik juga aku tinggal bersama mereka daripada bersama keluarga Aqram.
Hurmm
"Woi!"
Sergahan yang tiba-tiba tersebut betul-betul buat aku terperanjat dan hampir nak jatuh tetapi lantas muncul figura Dani memegang pergelangan tanganku.
Dan apa yang dia buat selepas berjaya mencapai tanganku memang hadiahkan aku kejutan yang amat besar.
Dilepasnya semula tangan aku..? Tak ke naya aku jatuh terhempuk kat atas lantai. Sakit punggung hasilnya. Sempat aku mengerling ke ruang tamu. Nasib Doktor Dahlia dan yang lain tidak menyedari adegan ini.
Aku mendongak memandang wajah Dani. Selamba amat tunjuk muka tak bersalah dia. Cuba aku mendirikan kaki semula.
Huh. Tak pasal pasal kena accident kecil malam ni.
"Apa awak buat tadi ha? Sakit tahu tak?" omelku dengan rasa tak puas hati.
"Kau buat apa tadi? Tak rasa bersalah ke curi dengar cakap orang?"
"Awak tu kenapa? Sakit lah saya." geram benar aku dengan dia ni.
"Peduli apa aku."
Aku melepaskan keluhan kecil. Sampai ke esok pun dia takkan lafaz punya kata maaf Fira oii
"Jangan lupa Fira. Biar sakit sekarang. Jangan sakit di sana." katanya serious.
Dahiku lalu berkerut hairan. "Sakit di sana"? Maksud? Sakit kat mana tu? Heishh tak faham arr
"Bukan tadi kau dah mampus ke kat atas?"
Eh amboii
Ayat tu tak boleh ke berhemah lagi??
"Ke kau ngigau ni? Hello? Fira? Fira?" usik Dani sambil melambaikan kedua tangannya di hadapan wajahku.
Makin sakit hati kite nii
Terdengar pula dia tergelak kecil. Ya Tuhan.. mental kah yang menyerang dia malam ni?
Aku merenung tajam tepat ke wajahnya. Tapi perlahan-lahan renunganku itu pudar. Aku cair dengan dia punya dimples lah. Alahai usahlah muncul wahai dimples. Terus tak menjadi pandangan helang aku.
"Tak payah tergoda dengan aku punya lesung batu." sindirnya poyo seraya mendaki anak tangga.
Lesung batu konon. Ada juga yang kena campak dengan lesung batu kang ish!
🎈
ehekhekhek
Vote✔
Comment and share jika mahuTerimaKasih♡
YOU ARE READING
Cinta Hati Mr. Annoying
Romance'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita harus percaya bahawa itu adalah kerana takdir yang mengkehendaki. Saat kehilangan sebenarnya kita sedang dipersiapkan untuk mendapatkan hal...