Bab 54

4.2K 316 24
                                    

-

"Kena serang?"

"Ye Fira. Zahra kena serang lelaki yang bernama Kamil dekat depan sekolah tempat dia mengajar. Ustaz Akram jadi saksi." sahut Geisha.

Kamil memang makin menjadi-jadi! Dia dah mula libatkan orang lain.

"Ustaz Akram ni mengajar di sekolah yang sama?" soalku.

Terlihat dia mengangguk. "Ye saya."

"Macam mana Mira boleh jumpa lelaki tu?"

"Masa tu cikgu Ira tengah memantau pelajar yang datang di depan pagar sekolah. Saya pula dalam perjalanan menuju ke situ. Dari jauh saya hairan tengok seorang lelaki datang entah dari mana mencengkam kasar bahu dia. Saya ragu-ragu nak masuk campur takut mungkin mereka bergaduh atas sebab hal peribadi,"

"Tapi saya nampak lelaki tu seperti cuba memaksa cikgu Ira untuk melakukan sesuatu tapi cikgu Ira enggan. Lelaki tu pun mula berkasar dengan dia. Cikgu Ira yang kesakitan meronta untuk dilepaskan. Saya dengan pakcik guard pun terus meluru ke arah mereka."

"Sesampainya kami di situ baju cikgu Ira terkoyak akibat pergelutan mereka. Lelaki tu pun terus melarikan diri. Saya yakin cikgu Ira bukan setakat trauma dengan kejadian itu. Dia juga mungkin malu kerana bajunya yang terkoyak telah mendedahkan tubuhnya." terang Ustaz Akram sepenuhnya.

Aku melepaskan satu keluhan. Kamil nak apa daripada Mira?! Dia dah aibkan kawan baik aku harini. Dia memang tak boleh dibiarkan.

"Am, Kamil memang dah keterlaluan. Kita tak tahu siapa lagi akan jadi mangsa dia lepas ni. Saya risau lah." ujarku kepada Aqram yang turut berada di sini.

"Saya akan laporkan kejadian ni kepada pihak polis. Dia mesti masih berada berdekatan kita."

Asal lah kau macam belut Kamil? Susah betul polis nak tangkap kau!

"Fira, saya pergi dulu. Kalau ada apa-apa call saya. Saya ada benda nak selesaikan."

Segera aku berdiri menghadapnya. "Awak nak pergi balai je kan? Tak buat benda lain selain dari tu kan?"

"Don't worry about me." Aqram pun beredar pergi.

Bukannya apa aku cuma takut dia pula yang jadi polis cari keberadaan Kamil sekarang. Aku tak nak apa apa buruk jadi pada dia. Tahu je lah Kamil tu pendendam orangnya.

"Fira.."

Aku beralih ke arah Geisha yang sudah mendekati.

"Saya minta maaf."

Nampaknya dia dah berubah. Baguslah. Taklah aku banyak fikir sangat.

Ustaz Akram sudah turut berdiri. Tak sangka nama serupa dengan Aqram.

"Erm cik Geisha? Awak nak balik ikut saya atau--"

"Takpa, ustaz baliklah dulu. Saya boleh guna teksi."

"Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu. Kirim salam pada cikgu Ira."

Aku tersenyum. "Baiklah. Terima kasih banyak ustaz atas pertolongan." kalau tak ada dia pasti tak boleh bayangkan lah keadaan Mira macam mana.

"Sama-sama, assalamualaikum." ucapnya. Aku dah Geisha menyahut serentak. Sejurus selepas itu dia pun berlalu pergi.

Dan tinggallah kami berdua di sini. Mira pula aku biarkan rehat kat dalam bilik. Emosi dia tak stabil lagi.

"Fira, awak jangan salah sangka selama kehilangan saya. Saya pergi bukan atas sebab bersedih dengan perkahwinan awak dan Dani. Saya pergi sebab nak uruskan kerja yang arwah papa tinggalkan."

Aku berdiam.

"Fira, saya dah relakan Dani untuk awak. So awak jangan risau lagi. Saya tak datang nak rampas Dani pun," Geisha tersengih kecil. Tangan kananku lalu dicapainya. "Saya gembira bila dapat salam daripada Dani. Akhirnya dia dapat terima saya sebagai sepupu dia semula. Jadi Fira.. saya nak perbaiki hubungan kita. Maafkan saya?"

"Saya tak suka dengar kata maaf. Kita sama sama ada salah antara satu sama lain. Lega tengok awak dah balik. Dah jumpa mama?"

"Lepas ni mungkin. Kalau Dani tak busy, ajak lah dia pergi makan kek di kedai saya. Boleh kita borak panjang lagi."

Aku mengangguk saja dengan senyuman.

"Zahra macam mana?"

"Oh takpa. Biar dia tidur sini dulu untuk tenangkan diri dia. Thanks to you Sha for helping her."

"Small matter. Hope she will be fine."

*

Aku menghentikan langkah di hadapan pintu bilik tidur. Mata menangkap figura Dani yang tengah bersiap untuk keluar. Ke mana pula nak pergi ni sedangkan baru balik kerja?

"Hubby, malam ni Fira tidur dengan Mira."

"Suka hati lah." tangannya mencapai kunci motor dan dompet di atas laci. Kemudian bergegas menapak keluar bilik melewati aku. Jasad aku yang sedang berdiri kat sini pula sama sekali tidak dihiraukan.

Ya. Sikap dia masih dingin pada aku. Aku apalagi terus lah kejar. Tak boleh nak tengok dia layan aku macam ni lama lama. Dulu dulu bolehlah sebab dia bukan suami aku. Nanti aku jadi isteri derhaka pula.

Pergelangan tangannya aku capai. "Hubby,"

Dia berhenti. Huh. Mujur dia tak tepis tangan aku.

"Nak apa lagi?" soalnya tanpa menoleh ke arahku.

Aku menahan rasa pedih di mata. "Hubby nak pergi mana?" takkan nak larikan diri daripada aku sebab dah tawar hati? Tak boleh! Dia baru confess dengan aku kot semalam!

"Balik rumah mama."

Laju kepala aku tunduk memandang lantai. Tangannya aku lepas. Memang dia nak lari. Dah bosan ke dengan perangai aku?

"Fira minta maaf pasal semalam.." haih aku sendiri pun boring dengar kata maaf. "Hubby masih marahkan Fira?"

Kedengaran Dani mengeluh. Aku perasan dia mula memusingkan badan ke arahku.

"Hubby tak marahkan sayang. Hubby cuma marah dengan situasi kita." tangannya memaut kedua-dua bahuku. Aku cuba mendongak memandangnya.

Alhamdulillah aura dingin di wajahnya dah hilang.

"Fira tahu yang Fira ada buat salah semalam. Hubby janganlah sampai tinggalkan Fira.."

Dia tersengih kecil. "Apa sayang cakap ni? Hubby tak tinggalkan sayang pun lah. Dan tak akan okey?"

"Habistu kenapa hubby nak balik rumah mama?"

"Ada sesuatu yang hubby nak ambil kat sana."

"Nak ikut." kataku laju.

"Kalau sayang ikut, Mira macam mana? Hubby tak pergi lama pun okey? So you stay here. Teman Mira."

Ya tak ya juga. Hampir lupa aku dengan si Mira tadi.

"Sayang jaga diri. Lepas hubby pergi je make sure kunci semua pintu dan tingkap. Jangan tinggal satu pun. Kalau ada apa-apa bunyi pelik, terus call Am. Boleh?"

Kepala aku angguk. "Alright boss."

"Satu lagi pesan hubby, jangan sesekali gantikan perkataan "hubby" tu dengan "awak". Bukannya apa, hubby boleh salah faham tau sebab tu. Nanti hubby fikir sayang tak cintakan hubby lagi? Okay bunny?"

"Okay hubby."

"Good girl." dia lalu mengucup lembut dahiku.

Bahagia.

"Tunggu hubby tau? See you soon sayang." kakinya mula menyusun langkah.

Bila dengar dia ucap macam tu tetiba berat pula hati ni nak lepaskan dia pergi.

🎈

I want your star vote !

(⌒_⌒;)

Cinta Hati Mr. AnnoyingWhere stories live. Discover now