-
"Kau dah rosakkan mood makan malam aku." ujar Dani dingin.
Huh apa?
"Keluarga sendiri sakit sampai masuk hospital, awak masih boleh fikir pasal makan?" boleh naik juga darah aku dengan dia ni.
"Biar aku tanya kau Fira, apa perasaan kau bila dituduh sebagai pembunuh?"
Hah
"Ya. Geisha pernah tuduh aku pembunuh."
Aku terpana. Teruk sangat tuduhan Geisha tu.
Aku perasan air wajah Dani saat ini menggambarkan yang dia sedang menahan geram di hati.
"Dia tuduh aku bunuh abang dia. Kalau kau kat tempat aku apa yang kau akan rasa?"
What ??
"Apa alasan dia buat macam tu? Kenapa dia yang awak tuduh?" apalah si Sha ni main tuduh bunuh membunuh pula. Bunuh bunuh mana boleh buat main sesuka hati.
"Itulah peristiwa paling pahit dalam hidup aku Fira. Kematian papa dan adik aku tak mampu mengalahkan pahitnya hari itu dalam hati aku."
Terkesima. Perkara ni betul-betul di luar jangkaan aku. Aku ingatkan hubungan dia dan Geisha tak ngam sebab hal biasa saja tapi ni..
Allahu
"Kalau ia dah pahit untuk aku, macam mana aku nak kongsi kisah ni dengan orang yang bergelar kau Fira?"
Dahiku mengerut.
'Orang bergelar aku'?
Apa maksud tu.. adakah mungkin kerana aku orang luar?
"Aku sangat benci bercakap tentang benda ni. Kau sendiri tengok kan, aku dan along aku boleh bergaduh sebab benda ni? Jadi minta aku, jangan sesekali tanya lagi tentang ni kalau bukan aku sendiri yang sudi berkongsi."
Tapi takkan tak nak langsung jenguk uncle Ghaz? Uncle Ghaz cuma ayah Geisha. Dia tak salah pun.
"Awak.. tapi uncle Ghaz tetap keluarga awak. Dia tengah sakit sekarang. Dia perlukan kekuatan. Awak tak boleh jadikan isu antara awak dan Sha jadi asbab awak tak jumpa uncle Ghaz, iaitu pakcik awak sendiri." aku cuba memberi secebis nasihat.
Dani mengunci mulut.
"Dani, saya yakin walau hati awak beku macam mana pun, mesti ada sikit rasa simpati dalam diri awak. Kalau tak macam mana saya boleh ada kat sini sekarang kan?"
"Saya takkan boleh bercakap macam ni sekarang depan awak kalau dulu awak tak tolong saya. Jadi tolonglah.. jangan libatkan orang lain dalam masalah awak dan Geisha." pujukku lembut.
Aku tahu kau orang yang baik Dani. Kau datang dari keluarga yang berdarah mulia. Kalau tak aku mungkin tak wujud dalam keluarga ni sekarang.
Kau beri aku kehidupan baru bahkan keluarga baru. Betapa aku terhutang budi dengan kau.
Diri kau cuma punya sedikit keegoan. Itu yang menjadikan sikap kau dingin."Esok je lah pergi."
Muncul segaris senyuman di bibirku. Syukur dia tak terlalu terpedaya dengan permainan ego.
"Alright. Sebagai hadiahnya saya akan masakkan asam pedas untuk awak." ujarku riang.
"Kenapa asam pedas boleh jadi hadiah pula?"
"Sebab awak dah berjaya pecahkan sedikit batu dalam hati awak." sempat aku berseloroh.
"Kau pandai masak asam pedas?"
YOU ARE READING
Cinta Hati Mr. Annoying
Romance'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita harus percaya bahawa itu adalah kerana takdir yang mengkehendaki. Saat kehilangan sebenarnya kita sedang dipersiapkan untuk mendapatkan hal...