Bab 52

4.6K 297 26
                                    

-

"I'm sorry if you have been waiting so long for me to say this. I love you Aafira Khalisya."

Aku tergamam. Masa seolah telah terhenti.
Air liur aku telan. Aku tak salah dengar kan? Dani lafaz kata cinta pada aku tadi kan?

"Hubby tak tahu sejak bila hubby jatuh cinta pada awak tapi hati hubby dah lama terpikat dengan awak sayang." jelas terpancar keihklasan di wajahnya.

Ya Allah aku tersangat gembira bahagia sekarang! Rupanya selama ni aku tak syok sendiri! Aku mencintai seseorang yang turut mencintai aku dalam diam!

"Selama ni hubby sengaja pendam perasaan. Sebab hubby tak sangka yang hubby boleh jatuh cinta. Hubby tak pernah mencintai seseorang seperti hubby mencintai awak. Hubby tak pandai bermain cinta,"

"Hubby tak pandai ambil hati orang yang hubby cinta. Hubby tak tahu apa yang hubby perlu buat ketika hubby jatuh cinta. Hubby juga takut kalau cinta hubby ni tak ke mana,"

Dia menghela nafas sebentar.

"Kerana Aqram hubby takut cinta hubby takkan terbalas. Hubby tahu melupakan orang yang kita cinta mengambil masa yang lama. Tapi setiap hari hubby harap, bila awak celik je mata, cinta awak perlahan-lahan pudar untuk Aqram dan beralih kepada hubby pula," sempat dia menyengih kecil.

"Bunyi macam hubby pentingkan diri kan? Tapi hubby dah berhasrat nak bahagiakan awak dengan cinta hubby. Hubby tak pasti boleh lakukannya atau tak, cuma hubby juga ingin bahagia bersama awak sayang. Orang yang hubby cinta."

Air mata mula memenuhi tubir mataku. Sungguh aku terharu. Hati ini benar-benar tersentuh dengan setiap bibit bicaranya.

"Hubby, I just need a man who can heard all my tears, who can be my shoulder to cry on, who can make me laugh when I'm feeling down. And alhamdulillah I found someone who is you Ammar Danial,"

"Terima kasih kerana sudi mencintai Fira yang tak punya apa-apa. Every time I see you I forget everything. I can't stop myself from smiling, even if I'm having problems or going through difficult times. Saya akan jaga cinta hubby."

Pipiku lalu diusap Dani perlahan.

"Aafira Khalisya, I might make you sad, I might make it hard for you too. But I'd like to spend the rest of my life with you."

Aku mengangguk sambil menahan sebak di jiwa. Dani tersenyum lalu menarik tubuhku ke dalam dakapannya.

"Hah lega rasanya sekarang. Isi hati yang selama ni tersimpan akhirnya terluah jua." tangannya mengelus lembut rambutku.

"Fira betul betul ingat yang selama ni Fira  hanya bertepuk sebelah tangan. Fira tak rasa yang lelaki dingin macam hubby boleh jatuh hati pada Fira." tak terfikir bahawa aturan Allah itu seindah ini.

Orang yang aku suka juga menyukaiku. Ia memang satu keajaiban!

"You killed the old me sayang. Hubby akui dulu hubby takut bila sayang jumpa Am semula. Hubby takut sangat yang sayang akan kembali pada dia. Lebih lebih lagi bila dapat tahu hubungan korang bermasalah bukan salah dia,"

"Dia memang lelaki yang baik. Hubby nampak betapa cinta matinya dia pada isteri hubby ni. Sampai sekarang tau hubby tengok cinta dia pada sayang tak pernah mati. Hubby yakin dia boleh jaga sayang sebaiknya. Tapi hubby pun mampu buat. Maybe 60 peratus lagi baik. Hubby tak sanggup lepaskan sayang."

Cinta Hati Mr. AnnoyingWhere stories live. Discover now