-
Si Sara terkesima dengan reaksiku. Begitu juga Dani dan Aqram.
"Penjelasan kau cuma tambahkan rasa benci aku pada kau. Aku tak boleh nak terima dan maafkan kau semudah tu je tau. Kau ingat kau sekadar putuskan hubungan orang yang ber-couple ke apa? Eh kau putuskan tali pertunangan orang lah. Benda tu besar tau bagi aku."
Dia masih menahan pipinya yang aku lempang tadi. Drama air mata dia pula masih tak habis.
"Am cinta pertama aku Sara. Aku dah berangan tinggi nak jadikan dia yang terakhir. Datang datang kau sekelip mata musnahkan impian aku. Kau tak fikir perasaan orang lain ke? Mak bapak kau tak ajar ke yang hak orang jangan dikacau?!" aku menolak kasar bahunya.
Datang Aqram menahan isterinya dari tertolak ke belakang. "Fira don't do this to her please?"
Kenapa kau merayu macam tu Aqram? Sara tu dah jadi orang special ke pada kau?
"Dan awak Am. Kenapa berputus-asa terus dengan saya? Kenapa tak terus cuba buktikan kat depan mata saya yang awak cuma difitnah oleh dia? Kenapa Am? Kenapa nak juga awak kahwin dengan dia? Bersama dengan dia? Perempuan ni dah fitnah awak!" bentakku.
"Saya tak tahu Fira. Saat kebenaran terbongkar kami dah pun berkahwin."
"Habistu kenapa tak ceraikan dia dan datang pada saya semula? Awak dah berubah hati ke ha?"
"No Fira no. Sekarang pun saya mengaku yang saya masih cintakan awak. Tak ada sesiapa boleh ganti tempat awak di hati saya. No one Fira. Saya teruskan ikatan perkahwinan kami demi anak dalam kandungan dia."
Aku tersengih sinis. Mulia betul hati kau ey?
"Awak lebih pentingkan anak luar nikah dia berbanding saya? Macam tu? Mulianya hati awak jadi pak sanggup. Awak lebih pilih anak dia berbanding saya?"
"Fira listen. Dulu saya sangat terkilan dengan kemarahan awak pada saya. Sampai saya takut nak terus merayu. Saya takut rayuan saya hanya akan buat awak semakin benci. Saya tak sanggup dibenci oleh orang yang saya cinta."
"Alasan."
"Saya pun sakit dengan pengakuan Sara. Dia dah hancurkan dua hati yang saling mencintai. Dia dah hancurkan harapan dua jiwa yang mengimpikan bahagia. Tapi ini jalan yang Allah dah tulis untuk kita. Kita takkan mampu ubah sedikit pun perancangan Tuhan."
Aku menghela nafas berat. Menahan air mata yang penuh di tubir.
"Maafkan saya Fira. Saya pun tak rela tinggalkan awak. Awak cinta pertama saya. Tak mudah untuk saya lupakan apalagi berubah hati. Awak pilihan saya. Pilihan saya selamanya."
Aqram masih cintakan aku? Hati dia masih ada aku? Tapi sampai bila dia nak hidup dengan Sara kalau cinta dia milik aku?
"Maafkan I Fira. I betul-betul dah sedar. I pun tak nak benda ni berlaku. I dianiaya. I tak pilih jalan hidup macam ni. Siapa yang nak harga diri dia tercalar? Tolong Fira. Jangan hukum Am lagi."
"Boleh. Tapi jangan harap aku boleh terima kau. Seumur hidup pun kau tak akan dapat maaf daripada aku." nampak jahat kan aku? Inilah balasan daripada aku kalau seseorang dah rampas cinta hati aku.
Kisah aku dengan Aqram bukan sehari dua lah tapi dah empat tahun. Selama empat tahun tu kami sama-sama usaha jaga hubungan kami sampai dapat restu orang tua.
Nak kekalkan rasa cinta dalam hubungan bukan benda yang mudah. Dua dua kena saling berjuang.
Dan semua benda yang aku dan Aqram buat punah sekelip mata saat datangnya manusia berhati busuk bernama Sara Marissa.
"Fira," kali ini suara Dani mula menjengah. Aku memalingkan wajah dari mereka bertiga.
"Kau dengar cakap aku kan? Aku tak suka kau macam ni."
"Saya tak nak dah tengok perempuan tu lagi Dani. Saya benci dia sangat. Kalau awak utamakan perasaan saya halau dia balik." lantas aku membawa diri ke tingkat atas.
Aku dah penat bertikam lidah. Aku dah penat menahan rasa perit. Aku tak boleh lama lama dalam situasi tersebut.
Aku tak nak terlanjur geram dengan Sara memandangkan dia tengah pregnant budak yang tak bersalah.
*
Pintu aku tutup dan kunci. Serta-merta aku jatuh terduduk.
Aku tak nak pun keruhkan keadaan. Aku tak nak pun jadi sekejam tadi. Tapi aku cuma aku. Yang tak boleh terima kenyataan bilamana orang lain cuba menghancurkan hidup aku demi kepentingan diri dia sendiri.
Aku terkilan. Yang aku tahu tadi aku tak boleh berlembut dengan Sara. Kalau dia boleh buat sesuatu yang melampau aku pun boleh balas balik.
Tadi aku sekadar tolak bahu dia dan bercakap kasar. Tapi dia?
Siap lemparkan fitnah pada Aqram. Buat aku benci Aqram. Putuskan tali pertunangan kami. Rampas Aqram daripada aku.
Ingat benda tu kecik ke? Sengsara kau tahu tak Sara kalau kau berada kat tempat aku ketika itu.
Dengan parents aku baru meninggal. Abang-abang aku halau aku dari rumah. Kau pula datang tambahkan sakit aku semata-mata nak selamatkan diri sendiri dari mulut busuk manusia lain.
Ya. Kau dianiaya. Kau tak nak pun benda tu berlaku. Dan aku? Apa yang kau buat bukan satu penganiayaan ke? Kau ingat aku tunggu ke kemunculan kau rampas cinta hati aku?
Kalau aku tak dapat kawal aku punya emosi tadi, muka kau dah kena tenyel dengan belacan. Sama sama busuk dengan perbuatan kau.
"Fira buka pintu,"
Aku mengesat air mata yang gugur. Aku tak boleh jumpa Dani sekarang. Jiwa aku masih bercelaru. Aku tak nak dia terkena tempias.
"Buka Fira. Aku nak bercakap dengan kau."
"Pergilah awak. Saya tengah penat."
"Aku tak penting lagi ke Fira?"
Aku sedikit terkedu dengan kata-kata tersebut. Arh aku tak boleh lah biarkan dia macam tu.
Aku gagahkan kaki untuk bangun."Awak janganlah cakap macam tu.." pintaku.
"Habistu buka lah pintu ni. Tolong?"
Okey ni first time dia bertutur dengan penuh lembut. Aku mula perasan yang dia dah mula berbeza. Cara dia layan aku. Cara dia bercakap dengan aku. Boleh kira dalam 90 peratus berbeza.
Kenapa tiba-tiba?
Tanpa berlengah aku terus membuka pintu. Makin lama makin serba-salah tak tengok wajah dia.
"Mereka dah balik." ujarnya saat kami bersua.
Alhamdulillah.
"Penat tadi kan? Pergilah tidur."
"Okey." balasku pendek. Tadi sungguh benar suruh orang buka pintu.
"Goodnight bunny."
Automatik tangan aku menutup semula pintu. Tanpa aku sedar pipi aku naik sampai ke telinga. Haha
Dah pandai membungakan hati aku. Kalau macam ni terus memang tak boleh murung lama lama lah aku.
🎈
Kenapa aku rasa bab ni berterabur ey??
Hrmmmmmmm
Yg penting cute star tepi tu sila tekan!
\(〇_o)/
YOU ARE READING
Cinta Hati Mr. Annoying
Romance'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita harus percaya bahawa itu adalah kerana takdir yang mengkehendaki. Saat kehilangan sebenarnya kita sedang dipersiapkan untuk mendapatkan hal...