Bab 17

4.7K 417 22
                                    

-

Aku berdiri di hadapan cermin sambil mengeringkan rambutku menggunakan towel.
Dah namanya baru lepas mandi. Rambut pun basah.

Seketika aku memerhati diri di hadapan cermin.

Semua yang aku guna dan pakai kat dalam bilik ni, semua kepunyaan orang. Kadang-kala aku rasa segan dengan diri sendiri. Terus menerus menumpang di rumah orang.

Sampai bila aku nak harapkan orang pelihara aku? Dan bila masanya pula aku nak berdikari? Aku rasa aku dah boleh start cari kerja nanti.

Bila ada duit sendiri senang sikit nak tampung hidup.

Pintu bilik dibuka.

Tahu siapa datang?

Geisha.

Entah apa dia nak. Ingatkan dah tidur kat bilik tetamu sana.

"Nak apa Sha?" soalku lembut.

Dia tersengih kecil. Lawak ke soalan aku?

"Saya sepatutnya tanya awak nak apa."

Dahiku mengerut hairan.

"Fira," dia mula melangkah masuk. "Awak nak apa datang menumpang kat sini?"

Aku menahan rasa kecewa di hati. Tak sangka wujud juga this type of person dalam keluarga Doktor Dahlia.

"Maafkan saya kalau kehadiran saya menganggu mata awak. Tapi Doktor Dahlia ambil saya dengan cara baik. Tak salah kalau awak layan saya dengan cara baik juga."

Anak-anak Doktor Dahlia baik je dengan aku, ni kau cuma anak saudara.

"Layan awak dengan cara baik? Kalau saya tak suka dengan kedatangan awak, macam mana boleh layanan saya baik terhadap awak?"

Eee mulut tuu

"Saya pun tak selesa dengan kedatangan awak sekarang. Saya nak masuk tidur. Pergilah bilik awak sendiri." usirku.

"Yang sepatutnya tidur bilik tetamu tu awak. Orang luar. Ni bilik Dayana, anak aunty Dahlia. Macam mana orang luar boleh senang senang tidur bilik ni?"

"Maafkan saya. Tapi malam ni awak yang menumpang. So bilik tetamu lah bilik awak." ingat aku tak pandai menjawab ke apa.

Aku tengok dia terus melabuhkan punggungnya di atas katil.

"Saya rindu Dayana lah. Dia bukan setakat sepupu bagi saya, tapi juga kawan baik. Boleh bagi saya lepaskan rindu dengan tidur bilik dia malam ni?"

Alasan lahh

"Kalau awak tetap nak tidur bilik ni pun boleh. Tapi atas lantai lah."

Aisyy aku sabar je dengan engkau Geisha. Sumpah muka kau memang cantik, tapi sayangnya perangai kau terlalu buruk.

Takpa ni baru permulaan.

"Baiklah Sha. Awak ubatlah rindu awak puas-puas malam ni." aku sengaja mengalah dan melangkah keluar dari bilik.

Tapi bukan bererti permainan ni dah tamat. Berani kau main dengan aku ye perempuan?
Kalau ikutkan hati, nak aje aku ketuk pintu bilik Dani sekarang, ajak dia serang kau. Biar padan sikit.

Aku nak jaga hati Dani lah aku tak buat tau. Tadi pun dia nampak kecewa mama dia ajak kau bermalam kat sini.

Kalau setiap cerita tak ada perempuan berpewatakkan macam kau tak sah kan?

Pendam dan diam dulu Fira. Mata kau pun dah ngantuk ni. Terpaksa aku tidur sorang sorang kat tingkat bawah. Bilik setiap isi rumah ni semua terletak kat tingkat dua.

Cinta Hati Mr. AnnoyingWhere stories live. Discover now