-
Aku memeriksa Dani yang tak keluar keluar dari dapur. Rupanya tu ha tengah duduk termenung sorang sorang di meja makan.
"Kenapa awak tak pergi makan lagi?" kakiku berjalan mendekatinya.
"Tak payah sibuk lah."
Muka dah elok macam putera Thailand dibuat monyok gitu. Dah serupa shrek aku tengok.
"Kan mama ajak awak makan sekali tadi. Mama tunggu tu."
"Biarlah."
Eh amboi. "Biarlah" dia jawab?
"Kau pun satu lah. Bodoh. Orang dah buat kau macam tu pun kau masih ingin nak hadap muka dia?"
Dia bodohkan aku?
"Apa maksud awak ni?"
"Aku kalau orang dah buat jahat dekat aku, muka dia pun jijik aku nak tengok apalagi nak hadam makanan dia."
Oh I got it. Emosi dengan Geisha lah ni.
"Saya nak jaga hati mama. Nanti mama cakap apa pula.."
"Sekarang kau jaga hati aku pula."
Asal hati aku berbunga semacam dengar dia cakap macam tu.. ehek
"Masak mee goreng daging untuk aku."
Cehh
"Makanan banyak kat luar tu pun sibuk sibuk suruh orang masak lagi. Membazir betul."
"Aku tak nak makan masakan dia. Lagipun aku takut kalau dia letak minyak pengasih kang terlepas kau nanti." kemudian dia pun bangun membuka peti ais.
Minyak pengasih bagai lah dia ni.
Tapi ayat tadi tu cuma nak berseloroh saja atau nak bagi hint? Hint untuk apanya Fira? Dia dah ada kekasih hati kot.
Sebungkus mee kuning dan daging dikeluarkan Dani dari dalam peti ais.
"Aku siat daging ni halus, kau sediakan bahan untuk digoreng sekali."
Aku menahan senyuman bahagia. Takkan kau nak lepaskan peluang terunggul ni Fira? Orang lain makan kat luar, kau berdua masak bersama kat dapur.
"Apa kau mengelamun lagi? Atau kau tak reti masak?"
"Excuse me. Erm kenapa tak keluarkan sayur sekali?" bidasku segera lalu aku mengambil pengisar untuk mengisar bawang.
"Aku tak nak ada bawang dan sayur. Just cili."
"Kenapa pula? Peliklah awak ni."
Memilih juga rupanya dia ni. Dahlah sayur pun tak nak. Macam budak-budak.
Dia sudah mula menyiat-nyiat daging dalam saiz kecil di hadapan sinki. Cili aku dah selesai kisar. Ada yang aku potong kecil untuk ditabur atas mee bila dah siap nanti.
Sekejap je tak lama mana pun.
And then aku nak buat apa?
"Fira sini tengok aku buat kerja." panggilnya.
Huh
Aku pun menuju ke arah sinki.
"Siat daging kecil-kecil macam ni. Aku tak suka yang saiz besar. Susah nak telan. Kau faham?" dia mengajar aku.
Yelah mat cerewet.
Mata aku mengambil kesempatan merenungnya yang sedang fokus membuat kerja.
Gatal kau mata.
YOU ARE READING
Cinta Hati Mr. Annoying
Romance'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita harus percaya bahawa itu adalah kerana takdir yang mengkehendaki. Saat kehilangan sebenarnya kita sedang dipersiapkan untuk mendapatkan hal...