-
Nasib baik lah angin Geisha tu elok benarkan Mira luangkan masa dengan aku kejap. Mungkin sebab Dazrin ada.
Boleh aku berbual dengan Mira daripada ikut Dazrin hadap muka dia yang bak Elsa dalam cerita frozen tu.
Ha cantik bukan?
"Fira kau cakap betul-betul Dazrin tu siapa? Tak mungkin lah dia abang kau. Aku ingat lah nama abang abang kau lagi. Kamil dan Nizam kan?"
Masih segar otak dia ni.
"Panjang ceritanya Mira. Banyak yang kau tak tahu."
Fira Mira ha giteww. Bff mesti sweet sikit.
"Apa citer nya wei? Kau tahu tak aku banyak kali cuba call kau tapi tak dapat? Kau tukar number phone tak bagitahu aku pun.."
"Aku dah tak ada phone."
"Huh asal pula?? Rosak ke? Kenapa tak suruh papa kau beli baru?"
Sedap betul kepala dia ni.
"Mira.. sebenarnya mama papa aku dah lama meninggal dunia."
Sudah tentulah Mira terkejut beruk di situ. Ni baru permulaan dah macam beruk muka dia. Lepas ni berubah jadi binatang apa pula kalau dengar keseluruhan cerita aku.
"Betul ke apa aku dengar ni babe?"
Aku menganggukan kepala. "Hari di mana aku balik Malaysia, hari itu lah mama papa aku dikebumikan. Tapi aku tak dapat ikut serta."
Perlahan-lahan air mata memenuhi tubir mataku.
"Abang abang aku pula halau aku."
"What?! Apa kena dengan mereka tu? Sampai hati betul diorang buat kau macam tu. Apa yang diorang fikir ha?"
"Bukan setakat tu je yang berlaku hari tu Mira.."
Tanganku sudah digenggam Mira cuba untuk menyalurkan kekuatan pada aku supaya aku dapat terus bercerita.
Semuanya aku ceritakan pada dia. Tentang kecurangan Aqram sehingga aku diangkat oleh keluarga Doktor Dahlia.
Sepanjang aku bercerita sepanjang itu lah air mata aku tak henti keluar. Aku tak kuat nak tahan sebak di dada. Sedangkan parut di hati aku pun masih terasa pedihnya.
"Fira, dugaan kau betul-betul berat babe. Hati aku sendiri pun luluh dengan apa yang dah berlaku pada kau. Maafkan aku sebab tak ada bersama kau masa tu."
"It's okay lah babe. Aku luah dengan kau pasal ni pun dah buat aku lega."
"Kau kuat lah Fira. Aku respect kau. Kalau aku kat tempat kau kan dah lama aku bunuh diri."
Segera aku menepis tangannya. "Aku masih waras lah." yelah sangat Fira. Bukan kau dulu pernah terfikir ke yang dah tak ada gunanya kau hidup lagi kat dunia ni?
Kau memang bongok lah masa tu Aafira. Kalau memang serious kau nak commite suicide, memang neraka menanti lah.
Astagfirullahhal'azim
"Tapi pasal Am tu aku tak boleh blah arh Fira. Rasa sekarang juga tau aku nak cari dia nak bagi dia pengajaran. Semua orang percayakan dia untuk jaga kau, last last dia bertukar jadi jin pula. Eh tak guna punya jantan lah."
"Kau lupakanlah apa yang pernah dia buat Mira. Dia dah bertanggungjawab pun." ha baik kan aku tak ajak orang benci dia.
Yang patut dibenci perbuatan dia bukan diri dia.
"Siapa pula nak bertanggungjawab dengan diri kau yang disakiti ni?"
"Aku okey. Aku dah boleh move on. Kau tu ha over."
"Tengok lah siapa. Hati aku tak selembut macam hati kau Fira. Apa yang Am buat melampau tau? Dasar anjing jantan kurap."
Tu baru sikit dia buka mulut minah pokpek dia ni.
"Kau tengok nanti bila aku jumpa si anjing jantan kurap tu, aku sepak sepak dia biar nazak."
Air mata aku pun boleh kering dengan makcik joyah ni caci orang.
"Abang kau dua ekor tu pun satu. Ish geram aku. Ada ke patut buat kau macam sampah."
"Dah memang asalnya aku dikutip macam sampah."
"Apa kau mengarut ni Fira? Perangai diorang tu yang sampah. Takpa babe. Karma itu ada. Kifarah Allah itu pasti. Mereka berdua akan dapat balasan."
"Aku dah okey pun dengan abang Nizam."
"Lantak kau lah. Aku tetap dah tak suka diorang tau. Ni macam mana tinggal dengan keluarga baru. Okey?"
Serta-merta wajah si jengkel Dani bermain di mata. Aku rindu kau mr. annoying.
"Alhamdulillah everything is fine buat masa sekarang Mira. Diorang baik sangat dengan aku. Diorang tak layan aku macam orang luar pun waima baru beberapa hari aku masuk dalam keluarga diorang."
"Syukur wei. Susah nak cari orang baik macam mereka zaman sekarang. Allah masih sayang kau tu tau. Allah ambil keluarga kau tapi dia bagi pula keluarga baru."
Aku tersenyum kelat.
Betul lah tapi aku je yang selalu pertikaikan takdir Allah.
Berdosanya rasa.
"Apa hubungan Dazrin dengan boss aku? Kau tahu?"
"Mereka cousin."
"Wow keciknya dunia."
Kannn
"Kenapa kau boleh kerja sini?"
"Sementara tunggu kerja tetap je. Dua minggu lagi aku ada interview cikgu."
"Kawan aku nak jadi cikgu lahh. Habislah bakal pelajar kau nanti. Cikgu singa mari." usikku. Kena lah dengan peribadi dia.
"Doakan aku tau?"
"Sure wei."
Mira lalu menghulurkan sekeping kertas dan sebatang pen seraya bangun dari kerusi. "Minta nombor telefon rumah kau boleh?"
Tanpa banyak mengomel, aku mencatat nombor telefon rumah di atas kertas tadi. Itu je mampu.
"Thanks babe. Aku kena pergi sambung kerja balik ni. Nanti kena potong gaji. Aku call kau nanti tau? Take care."
"Alright.."
Tinggallah aku sendirian di sini seperti tunggul. Dazrin dan Geisha nampak masih rancak berbual.
Memang habiskan masa keluar harini kat sini aje lah nampaknya. Menyesal pula ikut Dazrin keluar tapi tak ke mana pun.
Huh
Keluar dengan Dani juga seronok. Apa lah yang dia tengah buat sekarang? Kan ada baiknya dia tak pulangkan handphone aku pada abang Nizam. Senang sikit aku nak contact dia.
Ni nak dapat khabar dari dia pun susah.
Mama tahu tak ey pasal dia tak balik? Dalam kesenduan lah aku dua tiga hari ni.🎈
Fira relaks lah.
Sy ni dah lama sendu
ಥ_ಥ
Cewahh
YOU ARE READING
Cinta Hati Mr. Annoying
Romance'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita harus percaya bahawa itu adalah kerana takdir yang mengkehendaki. Saat kehilangan sebenarnya kita sedang dipersiapkan untuk mendapatkan hal...