Bab 39

4.4K 334 16
                                    

-

Pejam celik pejam celik dah dua minggu berlalu. Persiapan kahwin aku pun 90 peratus dah selesai. Mujurlah keluarga ni setuju dengan aku untuk buat majlis dekat rumah je.

Kalau nak sewa dewan macam keterlaluan sangat. Even majlis kahwin sendiri tak nak lah buat yang gilang gemilang sangat. Halaman banglo mama kan luas. Muat lah nak bina kanopi. Ikut kenduri cara kampung best lagi.

Ditambah pula majlis akad nikah dan majlis bersanding diadakan serentak.

Harini kami berdua on the way pergi butik untuk ambil tempahan baju pengantin. Dah lah yang call beritahu baju dah siap tu Evina. Ditambah lagi yang dia call tu nombor aku. Ini kerja Dani lah beri nombor aku pada dia pula.

Menyampah aku dengan dia tak habis lagi tauu

"Kenapa bagi number phone saya pada Evina?" aku lalu berpaling ke arah Dani di sebelah yang sedang memandu.

"Supaya dia dapat bagitahu kita baju dah siap."

"Ye tapi kenapa number phone saya yang awak bagi? Sendiri kan ada number. Dahlah tadi sempat tanya awak ke yang datang ambil. Kan bagus kalau dia dapat bercakap dengan tuan punya badan sendiri."

Panas hati akuu

"Kalau aku bagi number aku nanti, kau marah aku pula. Kau nak ke yang perempuan lain ada number aku?"

"Tak kuasa saya nak marah. Tak ada hak pun. Saya still bukan isteri awak."

"Apa kau cakap ni bunny? Sebab kau nak jadi isteri aku lah aku kena jaga hati kau. Baru layak digelar suami idaman hati. Tak ke betul macam tu?"

Aku hanya meng"em"kan saja. Dia lah saja yang betul. Sakit sakit pun tetap tak nak kalah dengan aku. Ini dah masuk tiga minggu demam dia tak hilang. Entah ada ke tak makan ubat.

Tika mata menghala ke luar tingkap, terus kepala aku terfikirkan sesuatu.

Hurm

"Awak.. erm Aqram apa khabar sekarang? Dah lama saya tak jumpa dia." soalku berhati-hati.

Aku perasan wajah Dani mula menunjukkan riak bosan. Aku tanya pasal "kawan baik" dia kott

"Kenapa? Kau nak jumpa dia?"

"Jika diberikan kesempatan.."

"Aku boleh bawa kau pergi jumpa dia lepas balik butik."

Aku diam. Asal nada macam tak ikhlas je.

"Nanti aku ajak dia jumpa dekat tasik yang aku pernah bawa kau."

"Awak tak marah?" inginku tahu.

"Buat apa nak marah? Bukannya aku bagi kau lari dengan Aqram pun. Lagipun ada baiknya korang berbaik sebelum majlis kita. Kau boleh invite dia datang."

Asal suara macam cemburu je? Cemburu eh?

"Awak belum bagitahu dia tentang hal kita?"

"Dah. Tapi tak secara detail sangat. Aku serba salah kalau rahsiakan perkara kita daripada dia."

Apa lah yang Aqram rasa bilamana dapat tahu yang aku akan kahwin dengan orang lain tak lama lagi?

Dia dah ada Sara Marissa kan? Apa nak kesah tentang aku lagi? Dia yang terlebih dahulu jumpa pendamping hidup. Dia yang terlebih dahulu bertukar pasangan. Dia yang terlebih dahulu gantikan tempat aku dengan orang lain.

Tapi tak bermaksud aku salahkan dia. Aku percaya dengan aturan Tuhan. Mungkin Sara mampu jaga dia dengan lebih baik berbanding aku. Harapan aku cuma nak persahabatan kami kekal sampai bila-bila.

Cinta Hati Mr. AnnoyingWhere stories live. Discover now