-
Aku menemukan bilik rawatan uncle Ghaz setelah bertanya dengan jururawat yang menjaga kaunter.
Sosok tubuh Darwish yang kelihatan duduk menunggu di luar bilik, aku dekati.
"Rish?"
Darwish menoleh pantas. "Eh Fira.." dia lalu bangun menghadapku.
"Yang lain mana?"
"Along dengan Sha ada dekat dalam. Mama mungkin ada dalam bilik pejabat dia. Angah tak datang?"
Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Dia tak beritahu aku apa apa langsung ke mana dia nak pergi.
"Angah mesti macam tu," jelas kedengaran nada kecewa Darwish.
"Dia beritahu saya yang dia ada urgent matter. So dia tak dapat datang." cuba aku mem-back up Dani.
"Masalah apa yang lagi penting daripada keluarga sendiri?"
"Rish, kita kena sangka baik pada dia. Janganlah terus fikir negatif bila dia tak dapat datang. Ni uncle Ghaz macam mana?"
"Dia masih tak sedarkan diri. Jantung dia pun masih lemah. Mama cakap risiko untuk uncle stabil balik sangat rendah Fira."
Ya Allah kesian Geisha.
"Rish tak nak balik dulu? Dari semalam kan Rish dengan abang Rin tak balik?"
"Sha pun tak balik. Dia tak nak balik. Sebab tu kami stay sini temankan dia. Tak sampai hati biar dia sorang sorang."
Anak mana yang tak risau tengok ayah dia dalam keadaan tenat.
"Korang dah makan? Kalau belum saya boleh tolong belikan."
"Siapa je dapat makan dalam keadaan macam ni?" suara Geisha menjengah. Dia dan Dazrin sudah keluar dari bilik rawatan uncle Ghaz. Air wajahnya kelihatan masam.
Masa sekarang pun still juga ke nak tunjuk ketidaksukaan kau dengan aku? Aku cuma tak nak korang kelaparan kot.
"Fira bila sampai?" Dazrin menyoalku.
"Baru je."
"Angah tak dapat datang. Ada urgent." beritahu Darwish.
"Dia tu memang banyak alasan. Cakap je lah tak sudi datang kan senang."
Sumpah aku tak suka dengan percakapan Dazrin terhadap Dani. Perlu ke dia perlakukan adik kandung dia macam tu sekali dan lebihkan Geisha?
Tahu lah sepupu tapi Geisha kot yang salah tuduh Dani bunuh abang dia. Dan patut juga Dani marah.
Dalam keadaan tegang macam ni aku hanya mampu menahan diri untuk menyuarakan teguran aku terhadap Dazrin. Ini lah sebabnya aku tak nak bersama dengan mereka tanpa adanya Dani.
"Fira tak nak pergi tengok uncle Ghaz?" soal Dazrin lagi.
"Biar ayah rehat dulu. Takut dia terganggu pula." potong Geisha. Nak mengherdik lah tu.
Adoii
Nanti kalau aku cakap yang "aku tak ingin pun nak tengok ayah kau" kejam sangat kan? Bagus bagus aku simpati dengan kau tadi sekarang boleh sakit hati pula.
Sabar Fira. Take a chill pill.
*
Aku duduk sambil merenung dinding. Aku mewakilkan diri untuk teman Geisha dan biar Dazrin dan Darwish balik rumah kejap untuk bersihkan diri.
Ha aku dah buat baik pun Geisha tu takkan pandang punya. Tak tahu lah apa dia benci sangat dengan aku. Layan aku macam musuh lama dia. Sedangkan baru jumpa kot.
YOU ARE READING
Cinta Hati Mr. Annoying
Romance'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita harus percaya bahawa itu adalah kerana takdir yang mengkehendaki. Saat kehilangan sebenarnya kita sedang dipersiapkan untuk mendapatkan hal...