-
Bergegas Dani membawa aku ke hospital selepas menerima panggilan daripada Darwish. Dia memberitahu kami bahawa uncle Ghazali sudah pun menghembuskan nafas terakhir pagi ini.
Pintu bilik rawatan terbuka. Suara Geisha kedengaran menangis kuat di dalam. Mama pula terlihat sedaya-upaya memujuknya.
Aku tergamam menyaksikan suasana tersebut. Tangisan Geisha yang galak menyentuh hati aku.
Sungguh aku mengerti bagaimana perasaannya.
"Baru sekarang kau nak datang?" keluar Dazrin dari bilik dan terus memarahi Dani.
"Kau apahal?" balas Dani bersama wajah bekunya.
"Kenapa tak tunggu hari pengebumian baru nak munculkan batang hidung?"
"Kalau aku datang kelmarin uncle Ghaz akan terus sihat ke?"
"Kau jangan melampau ngah,"
"Kau dulu cari pasal dengan aku."
Sempat lagi lah Dazrin ni nak menunding jari waktu waktu macam ni.
"Abang Rin tolong jangan huru-harakan lagi keadaan boleh? Uncle Ghaz masih kat dalam sana kan? Baru beberapa minit dia hembuskan nafas terakhir. Tak patut kita sekeluarga bertekak sekarang.." aku cuba menegur.
Aku tak boleh tengok dia mempersalahkan Dani pula. Salah apa Dani buat? Tadi pun Dani nampak tak tentu arah sangat bila dikhabarkan dengan berita kematian uncle Ghaz.
Dazrin tak pernah nampak kebaikan Dani, yang dia pandang cuma sisi negatif adiknya itu.
Kenapa layan adik sendiri macam tu?
"Dia tak pernah pentingkan keluarga. Dia cuma fikirkan diri dia je. And dah tentu dia datang sini sekarang dengan terpaksa kan? Sedangkan dia tak kisah pun siapa mati."
Ya Allah lelaki nii
"Along. Apa along cakap ni? Jangan diikutlah rasa marah. Kawal sikit emosi tu. Kalau mama dengar dia akan makin sedih tau." celah Darwish.
Pemikiran Dazrin tak matang betul lah situasi sekarang ajak orang gaduh.
"Kau call dia ni tadi buat apa Rish? Kedatangan dia ni tak berguna apa apa pun." terus dan terus Dazrin menaikkan amarah Dani.
"Abang Rin!" aku mengeraskan suara.
"Kau ingat kau bagus sangat ke?" wajah Dani semakin ketat.
"At least aku ada hati perut. Tak macam kau tak sudah sudah berdendam. Sampaikan semua orang kau nak benci."
"Kalau kau ada hati perut kau takkan buat aku macam ni lah long." lantas Dani mengatur langkah pergi.
Aduh.
Bertambah lagi masalah. Ni sebab mulut Dazrin lah. Cuba kawal sikit perasaan. Masa masa sekarang juga nak lepaskan geram. Tak sesuai lah.
Tak simpati ke dengan keadaan Geisha kat dalam. Tubuh ayahnya yang sudah tidak bernyawa masih dipeluk erat.
Dan mama. Sekali lagi dia diuji dengan kematian ahli keluarga. Seperti aku kelmarin. Luaran nampak kuat tapi kat dalam? Hati yang sedang bergelora tak siapa pun faham.
Orang baik baik selalu dijemput awal kan? Semoga mereka sama-sama dipertemukan di syurga.
"Saya cuba cakap dengan Dani dulu. Korang bertiga janganlah bertengkar depan mama waktu waktu macam ni. Adik mama pakcik korang baru meninggal kan? Korang bertiga kena jadi kekuatan mama. Mama perlukan sokongan. Bukannya tengok anak-anak dia berpecah-belah macam ni." ujarku perlahan.
Wajah Dazrin dan Darwish ku pandang silih berganti. Masing-masing mendiamkan diri.
Aku pun beredar mencari Dani. Rasanya dia mesti ada kat parking kereta. Poket seluar terasa bergetar. Segera aku mengeluarkan phone dari dalam poket.
Tertera satu mesej di skrin.
From: MY Prince Charming
Fira kau jangan keluar dari hospital tanpa mama. Aku kena pergi uruskan hal kain kafan dengan liang lahad. Tolong tenangkan mama.Aku melepaskan satu keluhan. Yang penting aku tahu dia masih tak lepas tangan dalam hal ni. Nasib dia tak layan rasa amarah.
🥀🥀🥀
Mama membawa Geisha balik ke rumahnya selesai saja pengebumian uncle Ghazali. Syukur semuanya berjalan lancar.
Kami semua naik satu kereta kecuali Dani. Dia sorang yang tak ikut kami balik sekali. Mungkin sebab ada kerja. Dia tak pula mesej aku apa-apa.
Tak apalah. Mungkin dengan cara tak bersua muka dengan Dazrin hati dia tenang sikit. Mereka masih berperang dingin. Entahlah sampai bila.
Mama membawa Geisha duduk di ruang tamu. Bukan mata Geisha saja nampak sembab, mata mama pun sama. Tengok air mata mama tumpah kat kubur tadi buat aku juga rasa ingin menangis.
Dia tak henti-henti memujuk Geisha tapi di masa yang sama dia juga perlukan dorongan orang sekeliling untuk terus bertabah.
Aku berdiri di samping mama.
"Kenapa abang Rin tak hantar Sha balik rumah terus?" nada serak Geisha kedengaran.
"Macam mana kami nak biarkan Sha seorang diri kat rumah dalam keadaan Sha sekarang?" Dazrin yang sedang duduk di atas sofa lain menjawab.
"Betul Sha. Buat masa sekarang Sha tinggal sini ye. Tinggal dengan kami. Kami boleh jaga Sha." sahut mama pula.
"Thank you aunty. Sha lega yang Sha masih ada aunty sekeluarga."
"Kita kan memang satu keluarga. Sekarang Sha tangungjawab aunty. Sha anak kepada arwah adik aunty sendiri. Jadi Sha adalah amanah aunty sekarang."
Geisha tersenyum. Beruntung betul orang yang kenal keluarga ni.
"Fira," namaku diseru mama.
Aku menoleh. "Ye ma?"
"Dani pergi mana? Ada beritahu Fira?"
Belum sempat aku membuka mulut, si Dazrin terlebih dahulu memintas. "Keluarga mana pernah penting bagi dia ma. Dia utamakan hati perasaan dia je."
"Along." Darwish yang sedang berdiri di muka pintu menegur. "Apa yang along cakap ni? Ada fikir dulu tak?"
Aku menggelengkan kepala. Dazrin ni memang tak sudah. Depan mama pun dia dah tak boleh nak jaga mulut. Apa nak jadi lah dia tu?
"Fira, boleh Sha tidur sebilik dengan Fira?" mama mengabaikan sindiran Dazrin.
Aku sekadar menganggukan kepala.
"Sha ikut Fira rehat dalam bilik. Jangan banyak fikir ye?"
"Thank you again aunty." Geisha terus memeluk mama.
Entah kenapa aku rasa agak cemburu?
Kau tak patut rasa macam tu Fira. Mama adalah mak saudara Geisha. Anak adik kandung mama sendiri. Sepatutnya lah mama berikan dia perhatian.
Sampai bila-bila status kau tak akan dapat menyaingi status Geisha.
Kau cuma anak "angkat". Anak angkat yang tetap orang luar.
🎈
fuhhhh makin jem kepala betaa
Vote👉🏻👈🏻
Thankie!
YOU ARE READING
Cinta Hati Mr. Annoying
Romance'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita harus percaya bahawa itu adalah kerana takdir yang mengkehendaki. Saat kehilangan sebenarnya kita sedang dipersiapkan untuk mendapatkan hal...