-
Ruang kosong di sebelah mama aku ambil. Jarang lah dapat duduk bersama dengan mama depan tv macam ni. Mana taknya kalau mama asyik busy kat hospital.
Tapi aku faham kerja dia.
Dazrin dengan Darwish pun ada kat sini. Entah apa yang dibual mereka sejak tadi.
Aku tetap rasa kosong sebab Dani takda. See. Mana pernah hilangnya nama dia dalam kepala otak aku.
Dani
Dani
Dani
Mana lah awak pergi? Tak mungkin awak tengah meringkuk dalam penjara kan? Kalau betul pun kami dah dapat panggilan dari balai polis dah.
"Fira okay tak ni?" mama mula menegur.
Aku mengukir senyum tawar. "Okay ma. Ma, Fira nak minta izin boleh?"
"Minta izin apa tu?" dahi mama kelihatan berkerut sedikit.
"Kalau Fira keluar dengan kawan Fira esok boleh?"
Ha ni aku nak citer ni. Sampai sampai je aku kat rumah kelmarin, terus dapat call daripada Mira. Katanya nak ajak aku keluar entah pergi mana memandangkan esok dia cuti.
Sempat lagi minah tu call aku waktu dia kerja. Kalau kena makan Geisha baru tahu.
"Kawan? Kawan mana ni?"
"Fira keluar dengan abang Rin semalam. Singgah kedai Sha and jumpa kawan lama Fira kat sana."
"I see. Mama tak kisah Fira nak keluar dengan kawan. Fira pun mesti bosan juga duduk terperap dalam rumah."
Alhamdulillah mama benarkan. Tak sedap juga hati kalau tak minta izin dulu keluar masuk rumah orang kan?
"Sebelum pergi haritu Dani ada bagitahu bila dia nak balik sini semula?"
Aku menggelengkan kepala. "Mama tahu dia pergi mana?"
"Dia ada mesej mama yang dia tidur dekat rumah dia beberapa hari."
Oh so dia dah ada rumah sendiri lah ni..
"Selalu ke ma Dani tidur sana dulu?"
"Selalu. Kadang sampai sebulan. Maybe sebab rumah tu dekat dengan mall dia. Sebab tu kadang malas nak balik sini. Dani pun tak nak biarkan rumah dia kosong lama sangat. Kalau dah ada isteri, ada juga orang jaga kan?" sempat mama tersengih.
Ha betul lah. Dia pun dah sesuai jadi suami orang ma.
Di sini jelas mama dah tahu Dani pergi haritu dan tak balik tapi pasal polis datang rumah dah tentu lah Dani tak bagitahu mama tentang tu. And aku pun tak patut mention sebab tak nak risaukan mama.
"Dua kali tau kau sambung belajar. Kalau kau tak reti nak bekerja macam orang lain lepas ni, tak tahu lah berbini tak kau nanti."
Telinga aku mula menangkap perbualan dua beradik tadi.
"Kenapa dua kali?" sampukku.
"Fikiran dia berubah-ubah. Dulu dia ambil course perubatan kat U katanya nak jadi doktor macam mama, tapi tiba tiba nak jadi engineer. Tak tetap pendirian." sempat Dazrin menyindir.
Lah Darwish ni. So memang sebaya lah kami. Cuma dia masih nak belajar.
"Along sibuk jaga tepi kain orang, tepi kain dia yang dah lusuh tu dia sedar tak? Dah tua tapi tak kahwin kahwin." nampaknya Darwish nak membalas balik.
"Kau jaga ey mulut kau sikit. Along tak macam kau fikir perempuan memanjang."
"Siapa kata Rish fikir perempuan memanjang?"
YOU ARE READING
Cinta Hati Mr. Annoying
Roman d'amour'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita harus percaya bahawa itu adalah kerana takdir yang mengkehendaki. Saat kehilangan sebenarnya kita sedang dipersiapkan untuk mendapatkan hal...