Bab 46

4.4K 304 39
                                    

-

Hadiah-hadiah kahwin aku belek satu persatu. Ada yang diletakkan di dalam kotak kecik dan dibalut, ada juga di dalam kotak besar. Di setiap kotak, mereka tinggalkan ucapan ringkas.

"Selamat Pengantin Baru Dani dan isteri. Moga kekal hingga jannah."

"Happy Wedding DaniFira."

"May you have a happy wedded life."

"Tahniah diberi kepada pasangan pengantin. Cepat-cepat dapat anak!"

Lebih kurang begitulah ucapan yang ditinggalkan. Berbunga hati ini dengan harapan dan doa mereka untuk kami berdua.

Kemudian mata aku terhenti di salah satu kotak kecil yang dibalut dengan seluruh pembalut bewarna merah ? Pemberinya turut meninggalkan secebis kata.

"I actually like both of you. Do you have any idea how rare that is? Congrats Mr&Mrs."

Dahiku berkerut. Siapa yang bagi ni? Aqram ke? Entah kenapa naluri aku berkata yang ayat ni ada maksud tersirat di sebaliknya.

I don't mind lah.

Tak sangka ramai juga insan Tuhan berikan kami hadiah. Seperti mimpi je tengok semua present ni.

Kadang hati kecil ini juga teringin nak berjumpa dengan orang tua kandung. Sepatutnya ayah kandungku yang menjadi wali perkahwinanku.

"Aku terima nikahnya Aafira Khalisya binti Abdullah dengan mas kahwinnya sebanyak seribu dua ratus ringgit tunai."

Terngiang semula lafaz akad yang dilafaz oleh Dani. Nama pula hanya berbintikan Abdullah.

Tuhan,

bisakah aku bertemu mereka semula? Apakah mereka ingin mencari dan menemuiku?

Pilu hati aku mengenangkan diri dibuang oleh orang tua kandung.

Apalah salah Fira ibu, ayah?

"Aya.."

Lantas aku menyeka jernihan mutiara di tubir mata. Aku menghadiahkan mak tok senyuman kelat. Tanpa berlengah dia melabuhkan punggung di atas katil.

"Aya fikir apa ni? Mak tok tengok Aya termenung seorang diri,"

"Tak fikir apa pun mak tok. Hadiah ni banyak sangat. Rasanya boleh penat kena alih sorang sorang."

"Mak tok boleh tolong kalau Aya mahu,"

"Eh tak payahlah mak tok. Tak pasal pasal sakit pinggang mak tok tu nanti."

Sejurus selepas itu terdengar deheman daripada Eliya di muka pintu. Manusia tu bila muncul?

"Iya boleh tolong Fira angkut hadiah tu bawa ke bilik abang."

Sibuklah si penyibuk ni!

Belum sempat aku berkata apa-apa dia melangkah masuk mencapai dua buah kotak hadiah dan dibawa beredar. Dalam diam aku menjelingnya.

"Iya memang macam tu. Dia suka sangat nak hulur tangan bila hal berkaitan Am."

Erk

Kenapa bunyinya mak tok macam suka je tengok perangai cucu dia macam tu?

"Harap Aya tak ambil hati,"

"Taklah mak tok. Baguslah kalau dia ringan tangan sangat nak tolong. Aya tak kisah."

Werk menyampah sebenarnya.

"Aya tahu tak esok kami dah nak balik?"

"Tak pun. Kenapa cepat sangat mak tok?"

Cinta Hati Mr. AnnoyingWhere stories live. Discover now