Bab 50

4.9K 292 58
                                    

-

Sedang Dani memasukkan dua buah bagasi ke dalam bonet kereta, aku bersalaman dahulu dengan mama. Mama memeluk erat badanku seakan berat nak melepaskan aku pergi.

"Fira jaga diri elok-elok. Kalau ada apa-apa masalah call mama terus." pesan mama.

Aku mengangguk sambil menguntum senyuman. "Mama pun jaga diri. Jangan terlalu sibukkan diri dengan kerja. Darwish tengokkan mama tau?" Darwish yang berdiri di sisi mama aku pandang.

"No worries." jawabnya pantas.

Kemudian Dani datang menyalami mamanya.

"Take care ma."

"Take care honey."

"Mama tak payah risau, Dani akan bawa Fira balik sini bila Dani free. Lagipun mama percaya Dani kan yang Dani boleh jaga anak perempuan mama ni baik-baik?"

"Yes, mama trust you dear." pipi flawless Dani sempat mama usap.

Aku mengerling Dazrin yang turut berada di sini. Dia nampaknya masih membisu.

"Angah dah bagi alamat rumah angah pada kau Rish. Nanti free ajak mama pergi sana."

"Rojer ngah."

Kemudian Dani terhenti di hadapan Dazrin. Kami semua terdiam memandang mereka silih berganti.

Tanpa disangka Dani mendekati abangnya itu lalu mereka saling berpelukan. Alhamdulillah. Lega hati ini melihat tingkah Dani. Dia sudah perlahan-lahan belajar untuk memaafkan dan melupakan kisah silam.

"Aku pergi dulu. Kau terus uruskan syarikat papa betul-betul. Kami percayakan kau."

Alahai terasa pedih pula mata ni. Mama dan Darwish masing-masing tersenyum gembira. Akhirnya kasih keluarga ini kembali bersatu.

Selepas pelukan lerai, Dazrin menumbuk perlahan dada Dani. "Kau detektif kan? Buat kerja hati-hati sikit. Aku tak nak kau cedera macam apa yang mama cerita."

"Jangan risau lah long. Aku tak gentar dengan peluru."

Kami pun sama-sama tertawa kecil.

"Budak sebelah kau ni nasihatkan sikit. Lepas habis belajar terus suruh dia cari kerja. Jadi lelaki ni kena pandai cari duit poket sendiri." Dani memerli adiknya.

"Nanti dia tak kerja aku heret bawa masuk pejabat papa. No hal." sahut Dazrin turut bersekongkol mengenakan Darwish.

"Eleh korang bukan main seronok hentam aku. Ma tengok mereka berdua ni,"

Aku menyimpan senyuman. Seronok tengok kerenah mereka bertiga. Dari dulu berbaik macam ni kan bagus. Masing-masing bawa ego tak ke mana pun. Air yang dicincang tak akan putus punya.

"Long.." suara Dani terhenti. Mata kami tertumpu padanya menunggu sesuatu yang ingin dilafazkannya. Dia sedang cuba menyusun kata.

"Kirim salam aku pada Sha."

Dazrin mengangguk. "Sure."

Senang betul hati aku sekarang. Tahniah pada awak Dani. Berjaya runtuhkan hati batu awak yang selama ni menghasut fikiran awak. Harap Geisha juga begitu.

🥀🥀🥀

Mataku tidak lepas menatap rumah teres dua tingkat Dani yang hampir besar seperti rumah mama. Terpegun! Sungguh tak percaya rumah sebesar ini kepunyaan suami sendiri.

"Cantiknya rumah hubby," pujiku riang.

"Cantik lagi rumah mama."

Cinta Hati Mr. AnnoyingWhere stories live. Discover now