-
Tok ! Tok !
Bahuku sedikit terhinjut. Terkejut aku mak. Yelah leka sangat duduk termengu atas katil tadi. Fikiran pun melayang entah ke mana.
"Siapa?" tanyaku acuh.
"Saya ni Dazrin. Boleh saya masuk Fira?"
Huh??
Dazrin dah balik ni so Geisha pun mesti ada sekali. Ingatlah siapa tadi. Aku tak expect siapa siapa pun datang sebab aku bukan dalam mood nak berbual.
Aku menghulurkan kaki ke bawah katil. "Masuklah abang Rin." izinku.
Pintu ditolak perlahan. Nampak wajah Dazrin yang agak tidak bermaya.
"Sorry menganggu awak tapi boleh kita bercakap? About Geisha.."
Aku mengawal riak wajah bosan. Kenapa pula dengan dia tu? Masih juga nak paksa aku terima Dazrin? Still tak nak lepaskan Dani ke tangan orang lain?
Dia tu kan susahlah
Kalau dah Tuhan kata Dani bukan untuk dia, bukan jodoh dia paksa macam mana pun mereka tak akan bersatu kot.
"Geisha kat mana sekarang?" soalku.
"Buat masa sekarang dia nak tinggal dekat rumah dia sendiri. Saya rasa itu pun terbaik untuk dia tenangkan fikiran dia. Ditambah pula bila dapat tahu awak akan kahwin dengan Dani." jelas Dazrin.
Ha baguslahh
"Semua ni salah saya kan? Patut juga dia tak suka dengan kehadiran saya dalam keluarga awak. Yelah saya ni macam tak ada lelaki lain pula. Sibuk juga nak rampas Dani daripada dia." sengaja aku menyalahkan diri.
"Saya sedar Fira saat Geisha semakin menginjak dewasa, saya nampak dia memendam perasaan pada Dani. Selepas Dayana meninggal, saya anggap dia sebagai adik perempuan saya. Sebab tu kami agak rapat,"
"Abang mana yang sanggup tengok adik perempuan dia bersedih kan? Tapi saya kat sini tak salahkan awak pun. Saya minta maaf sangat sebab boleh pula nak memperisterikan awak,"
"Saya kesiankan Sha. Dia siap merayu supaya saya setuju dengan rancangan dia. Saya tak fikir panjang masa tu. Saya minta maaf."
Apa yang Geisha cuba buat tu seumpama niat jahat. Dia tak boleh libatkan aku. Korbankan aku. Kalau nak sangat berbaik dengan Dani fikirlah cara lain. Otak tu dah geliga dah tapi di salah guna.
Dani nak kahwin dengan aku bukan atas dasar cinta kan? Jadi dia boleh apa guna peluang tu untuk buat Dani jatuh cinta pada dia.
"Abang Rin tak perlu minta maaf. Semua pun dah move on pasal tu. Dalam hal ni saya pun rasa saya ada salah. Saya masih juga nak terima Dani walaupun dah tahu yang Sha cintakan Dani."
Hurm
Dah tentunya kau akan terima Dani, Fira. Kau dah jatuh cinta pada dia. Siapa je tak nak kahwin dengan orang yang kita cinta kan?
"Tapi pilihan angah ialah awak Fira. Hak dia nak pilih pasangan hidup dia. Awak janganlah ragu-ragu dengan keputusan awak. Kalau awak terlampau fikirkan orang lain diri sendiri juga yang sakit nanti."
Di ketika ini baru aku nampak kematangan Dazrin dalam berfikir. Mujurlah dalam hal ni dia tak pentingkan Geisha saja.
"Geisha will be okay. Setiap manusia yang berhati baik akan perlahan-lahan terima hakikat dah percaya pada perancangan Tuhan. Saya percaya Sha seorang yang baik hati. Dia bersikap macam tu hanya kerana cinta."
Aku setuju. Antara dia dan Sara Marissa, Sara Marissa yang nampak macam setan di mata aku. Manusia kan boleh jadi buta sebab cinta.
"Saya juga takutkan satu perkara. Macam mana kalau perkahwinan antara saya dan Dani hanya membesarkan jurang antara dia dan Sha? Korang satu keluarga dan saya tetap orang luar,"
"Saya tak nak dianggap orang luar yang telah mengeruhkan hubungan keluarga orang lain."
Ya. Aku masih sedar diri.
"Siapa orang luar?" muncul Dani secara tiba-tiba di muka pintu. Sah dia dah lama dengar perbualan kami.
"Takkan ada orang anggap awak macam tu Fira. Awak bukan orang luar." Dazrin meyakinkan aku.
"Tapi Geisha?" sambungku.
"Apa yang kau cakap ni Fira? Berhenti anggap diri tu orang luar boleh?" celah Dani yang kelihatan agak bengang.
Aku cuba mendiamkan diri.
"Kau pula buat apa kat sini?" dia beralih kepada Dazrin.
"Aku berbual sikit dengan Fira tadi." Dazrin menepuk perlahan bahu kiri Dani, "Maaf." seraya beredar keluar.
Nasib bukan bahu kanannya yang cedera tu disentuh. Kalau tak naya kita oii.
"Tak habis habis lagi fikir benda lain? Fokus dengan diri sendiri dulu boleh? Kau tak nak bahagia ke?"
"Saya takut saya tersilap langkah. Saya tak nak jadi macam Sara Marissa. Saya tak nak digelar sebagai orang ketiga."
Dahi Dani mula berkerut. "Apa maksud kau dengan orang ketiga? Kau jadi orang ketiga dalam hubungan siapa? Aku dengan Geisha tu tak ada apa apa hubungan lah. Dia je yang syok lebih. Harap lebih lebih."
Aku lalu menundukkan wajah. Mata ni dah terasa panasnya.
"Kau lupa betapa senangnya kau bila aku ajak kau kahwin haritu? Kau terlampau fikirkan sesuatu sampai lupa cara nak bahagiakan diri sendiri. Kau tak ingat ke betapa deritanya kau dulu hilang orang kesayangan sekelip mata? Kali ni kau sanggup ke nak hilang aku?"
Ya Allah
Apa ni awak? Pedih tahu tak hati ni dengar suara sayu awak. Siapa tak nak bahagia awak? Siapa yang nak sengsara selamanya? Siapa je sanggup lepaskan cinta hati pada orang lain?
Saya cuma tak nak jadi sebab hidup orang lain hancur.
"Aku dah tak terlalu penting bagi kau ke?"
"Tak awak. Tak pernah terdetik pun kat hati saya yang saya tak perlukan awak lagi. Tapi awak sendiri tengok kan betapa bencinya saya dengan perampas. Seksa jiwa saya bila Sara rampas Am daripada saya. Jadi saya tak nak Geisha rasa macam tu awak."
"Kau cakap ada fikir dulu? Kes kau dulu dengan kes Geisha sekarang lain Fira. Kau dengan Am saling mencintai. Pasangan kekasih. Tapi aku dengan Geisha?"
"Dia yang ada perasaan pada aku tapi aku tak. Aku bukan partner dia, dia bukan partner aku. Kami tak lebih daripada sepupu. Sekarang kau jelas kan?"
Ada betulnya. Dia memang pandai.
"Kenapa awak nak sangat kahwin dengan saya? Awak tak .. tu saya pun kan?"
"Tu apa Fira? Kau ni kahwin pun kena ada alasan?"
"Eh sudah tentu lah. Awak ingat kahwin ni benda main-main?" sekarang aku pula rasa bengang.
"Jangan banyak tanya lah kau. Esok siap awal awal."
Aku sekadar menganggukan kepala.
"And one more thing,"
"Apa itu awak?"
"Buat solat Istikharah." sejurus setelah itu dia turut berlalu.
Terbit senyuman di bibir. Aku hampir terlupa tentang Istikharah. Nasib dia ingatkan.
Sebenarnya tadi aku nak tanya yang dia cintakan aku atau tak. Aku nak tahu isi hati dia. Dah dia bersungguh-sungguh ajak aku kahwin.
Aku tak berharap tinggi pun untuk dia jatuh cinta pada aku. Yelah mana mungkin lelaki dingin macam tu suka dekat perempuan macam aku.
Aku minta maaf Geisha. Apapun hati orang kita tak boleh paksa. Kau tak boleh nak paksa Dani jadi milik kau kalau itu bukan ketentuan Tuhan.
Aku minta maaf.
🎈
Vote ya geng
I appreciate so mashemmmm
YOU ARE READING
Cinta Hati Mr. Annoying
Romance'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita harus percaya bahawa itu adalah kerana takdir yang mengkehendaki. Saat kehilangan sebenarnya kita sedang dipersiapkan untuk mendapatkan hal...