-
Tiga bulan kemudian
"Here Fira." satu botol kecil minyak angin bertukar tangan. "Sapu dekat kepala Dani. Biar reda sikit mabuk dia."
"Okey ma. Thank you."
"Ubat yang mama beri jangan lupa suruh dia makan tepat pada waktunya. Tapi betul ke Dani tu demam biasa? Ke ada benda lain..?" mata mama mengerling perutku.
Aku senyum segaris. "Eh taklah ma. Mana ada. Maybe dia dah lama juga tak naik kapal terbang, tu sebab boleh muntah bagai." tanganku mengusap-usap perutku yang tak nampak boyot sedikit pun.
"Ni Fira ambil je," laju tangan mama menyerahkan pregnancy test kepadaku. "Sengaja mama beli benda tu. Mana tahu Fira perlu ke apa nanti. Fira mesti tahu guna kan?"
Aku mengangguk kecil. Sebenarnya aku tak kisah pun kalau mama mengharap sesuatu daripada aku tapi pegang benda ni buat aku kekok.
"Fira?!!"
Si Geisha yang datang bersama Dazrin segera berlari memeluk lenganku. Rindu sangat dia ni pada aku haha
"Awak balik tak bagitahu pun? Terujanya!!"
"Kenapa seronok sangat ni Sha? Ada apa-apa ke ha?"
Laju Geisha menunjukkan tangan kirinya kepadaku. Terdapat satu cincin tersarung di jari manisnya.
Aku memandang dia dan mama silih berganti. Mereka masing-masing menyimpan senyuman.
"Seriously Sha? Bila? Dengan siapa?"
"With dia ni laa. Siapa lagi yang dari dulu try hard ambil hati saya." Dazrin di sisi, disikunya manja. "Bila tu tak tahu lagi. Masih tengah bincang."
Wah mereka ni. Dalam diam eyh bercintaa
"Angah mana Fira? Sepatutnya korang balik empat hari lagi kan?" soal Dazrin.
"Dani dalam bilik. Tengah rehat. Dia tak sihat sangat tu sebab Fira ajak balik awal. Tarikh kahwin korang jangan decide lama sangat. Tak sabar Fira tunggu."
Mereka berdua tersengih malu. Suka aku tengok. Memang bagai pinang dibelah dua. Selama ni Dazrin layan Geisha baik rupanya bersebab. Geisha dia anggap lebih daripada seorang adik sepupu.
*
Dani keluar dari bilik mandi sambil menahan perutnya. Wajahnya dah nampak pucat lesu bila asyik muntah. Dia mengambil ruang di sebelahku yang duduk menunggunya di birai katil.
"Fira ada bawa minyak angin. Kenapa makin teruk ni hubby? Kita pergi klinik je lah."
"Takpa sayang. Kepala hubby ni masih pening, tu sebab mual tak hilang lagi. Nanti hilang lah sendiri." dia membaringkan kepalanya ke atas pahaku.
Aku menyapu sedikit minyak angin di dahinya. Kemudian tanganku mengurut-urut perlahan.
"Kalau dah tahu tak sihat, kenapa tetap ajak Fira pergi honeymoon jauh jauh? Kan diri sendiri juga yang naya."
"Itu hadiah untuk sayang. Kita dah berapa bulan kahwin, baru sekarang hubby dapat bawa sayang pergi honeymoon. Hubby nak happy-kan isteri hubby ni betul betul."
"Happy ke sekarang? Mabuk muntah bagai. Tengoklah apa dah jadi?"
"Asalkan sayang okey, hubby happy la. Sorry sebab kita terpaksa balik harini. Rosak plan hubby nak celebrate birthday sayang kat sana."
"Fira tak kisah pun lah."
Aku tak harapkan hadiah atau kejutan pun sempena hari lahir aku ni. Cukuplah masih ada dia di sisi.
YOU ARE READING
Cinta Hati Mr. Annoying
Romansa'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita harus percaya bahawa itu adalah kerana takdir yang mengkehendaki. Saat kehilangan sebenarnya kita sedang dipersiapkan untuk mendapatkan hal...